PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Mah Sing mahu JV dengan kerajaan sebagai usaha bekalkan rumah mampu-milik.

Mah Sing Group sedang berunding dengan kerajaan untuk mengembangkan portfolio rumah mampu-milik bagi penduduk negara ini.

Pengarah urusan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, kumpulan itu sedang mencari lebih banyak tawaran pengambilan tanah dan usaha sama.

Syarikat pemaju hartanah ini kini sedang duduk atas timbunan wang tunai sebanyak RM1.1 bilion dan net gearing sebanyak 0.09 kali.

Beliau berkata, kumpulan itu sedang dalam perbincangan untuk jalankan kerjasama dengan kerajaan, tapi masih belum ada sebarang projek yang disahkan buat masa ini.

Beliau juga menambah, fokus utama Mah Sing adalah projek perumahan mampu-milik, dan merancang untuk keluarkan produk yang sesuai dengan pasaran massa.

Kerajaan masih ada banyak tanah yang belum terusik.

“Kerajaan ada banyak tanah. Jadi, adalah sesuai pada ketika ini sebab ia akan berikan manfaat kat kedua-dua belah pihak,” katanya kat taklimat media selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan itu minggu lepas.

Mereka sedang giat mencari tanah kat kawasan Kuala Lumpur, Lembah Klang, Iskandar Malaysia, dan juga Seberang Prai, dan tak merancang untuk terokai ke luar Malaysia.

“Malaysia akan tetap menjadi tempat yang terbaik buat kami,” kata Leong.

Mah Sing kini mempunyai 46 projek pembangunan dengan 35 projek sedang dalam proses pembinaan.

“Kami mempunyai 2,522 hektar tanah bank sedia ada, yang akan buatkan kami sibuk dalam tempoh 8 tahun akan datang,” tambah Leong.

Kumpulan ini sedang giat berusaha untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM2.3 bilion, dengan beberapa pelancaran projek akan datang pada separuh kedua tahun ini.

“Kami menjangka pelancaran yang akan datang ini akan membantu capai target yang dah ditetapkan.

Dan Separuh kedua tahun ini akan menjadi tempoh penting buat syarikat ini, dan kami bersedia menyahut cabaran ini,” katanya.

Projek baru dapat maklum balas positif.

Menurut beliau juga, pelancaran projek akan datang Mah Sing menerima maklum balas yang baik daripada orang ramai, dan berjaya catatkan 4.5 kali lebihan langganan untuk Cerrado kat Bangi serta Batu Feringghi Residence 2 kat Pulau Pinang.

Mengulas tentang prestasi syarikat ini pada suku pertama, Leong berkata, walaupun waktu kerja yang singkat sebab musim perayaan yang panjang, Mah Sing berjaya mencapai jualan hartanah sebanyak RM536 juta sehingga 30 April, 2016.

Kumpulan itu juga dibayar sekurang-kurangnya 40% daripada keuntungan bersih sebagai dividen bagi tahun ke-10 berturut-turut.

Para pemegang saham juga meluluskan beberapa resolusi.

Antaranya, dividen pertama dan akhir single-tier sebanyak 6.5 sen untuk setiap saham biasa yang bernilai RM0.50 bagi kewangan berakhir 31 Disember, 2015, berjaya hasilkan dividen kira-kira 4.5%.

Sehingga 31 Mac 2016, baki nilai pembangunan kasar dan jualan yang belum dibil berjumlah kira-kira RM32.26 bilion.

(Sumber asal: starproperty.com.my)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *