PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Peluang rakyat Melaka buat pinjaman untuk beli rumah kos rendah.

Sebanyak 62 permohonan pinjaman perumahan kos rendah bernilai RM2.6 juta te­lah diluluskan oleh Dunia Melayu Dunia Islam Finance House (DMDIFH) sejak Julai tahun lalu.

Ini sebaagai usaha bagi membantu pemohon memiliki rumah kos rendah di negeri ini.

Pengerusinya, Senator Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, pinjaman bagi rumah kos rendah bernilai RM50,000 ke bawah seunit itu menawarkan bayaran balik dalam tempoh maksimum 25 tahun dengan kadar faedah 6% setahun.

Menurutnya, pinjaman itu juga membantu pemohon yang gagal memperoleh mana-mana pinjaman daripada institusi kewangan di negara ini, untuk memiliki kediaman kos rendah sendiri.

“Setakat ini, DMDIFH sudah luluskan kepada semua 62 orang yang memohon pinjaman di mana sebahagian mereka merupakan pemohon yang gagal memperoleh pinjaman bank kerana beberapa sebab.”

Mahu bantu pembeli yang tak layak dapatkan pinjaman bank. 

“DMDIFH hanya membe­ri pinjaman kepada pemohon rumah kos rendah bawah RM50,000 seunit di mana bayaran balik dalam tempoh 25 tahun maksimum dengan faedah 6% bagi satu tahun.”

“Secara tidak langsung, ini dapat membantu mereka yang tidak layak mendapat pinjaman bank mendapatkan pinjaman daripada DMDIFH,” katanya.

Mohd. Ali berkata, DMDIFH telah memperoleh lesen pinjaman wang daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 1 Julai 2015 dan meluluskan kesemua 62 permohonan untuk memiliki rumah kos rendah bernilai RM50,000 ke bawah.

Dalam pada itu kata Mohd. Ali, Lembaga Perumahan Melaka masih mempunyai 200 unit rumah yang disewa tetapi masih belum dibeli oleh penyewa.

“Jika penyewa tidak dapat pinjaman, bank mereka boleh mohon kepada DMDIFH yang boleh meluluskan pinjaman kepada mereka sekiranya diluluskan pemilikan oleh Lembaga Perumahan Melaka,” katanya.

Mohd. Ali berkata, sehingga kini jumlah penyewa rumah pangsa Lembaga Perumahan Me­laka di Kampung Padang ialah seramai 241 orang manakala di Peringgit seramai 214 orang.

Katanya, selain memberi pinjaman perumahan, DMDIFH turut memberi pinjaman peribadi RM5,000 ke bawah dan mereka yang berminat untuk mendapat maklumat lanjut tentang pinjaman yang ditawarkan boleh ke pejabat DMDIFH di UTC Jalan Hang Tuah.

[Sumber asal: Utusan Online]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *