8149556812 27626dec06 malaysia 1

2 orang ini adalah lubuk anda dapatkan hartanah below market value

Lebih rendah harga rumah yang kita beli, lebih bagus.

Tambah pula, kena pada tempatnya. Kawasan tu ada potensi besar untuk membangun dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi (contoh).

Mungkin tak ramai lagi yang tahu kat mana nak cari hartanah ni.

In Shaa Allah, perkongsian kali ini akan berikan idea untuk korang mulakan tindakan.

Tok yakin korang cukup kenal Abang Ensem a.k.a Meor Zaidee. Ilmu yang AE kongsikan ni padat dan sesuai untuk pelabur baru, serta senang untuk semua orang hadam.

Anda tengah planning nak beli rumah sub-sale? Baca dulu artikel ini

Umum dah tahu yang ada pelbagai kategori hartanah dalam pelaburan hartanah.

Ada rumah undercon (dalam pembinaan), ada rumah auction (lelong), ada rumah sub-sale, dan beberapa ketegori hartanah lagi.

Ramai yang dah sedia maklum, yang saya lebih sinonim dengan hartanah sub-sale. Tak kurang juga yang masih ingat akan ayat berikut yang pernah terlakar kat dinding Facebook saya:

“Jangan tunggu untuk beli rumah. Sebaliknya, beli rumah dan tunggu.”

Cara terbaik nak dapatkan rumah bawah market value

Ya. Setiap hari adalah hari yang terbaik untuk kita beli rumah. Dengan syarat, rumah tu mesti below market value (bawah nilai pasaran).

Dan ia mengundang persoalan ini:

“Kat mana aku nak cari lubuk rumah below market value ni?”

Korang sebenarnya tak keseorangan. Ramai pelabur baru yang masih fresh dalam pelaburan ini, akan ajukan soalan yang sama.

Jadi, saya nak kongsikan 2 lubuk rahsia kat mana saya dapatkan rumah below market value. Dan saya harap ia adalah lubuk yang mampu berikan pulangan yang berbaloi buat korang.

Lubuk #1: Mula berkawan dengan banker

Pengalaman menjadi seorang pegawai bank selama 15 tahun ternyata membuka mata saya pasal lubuk pertama ni.

Sekitar tahun 2004 (masa ni, saya ditempatkan kat Bahagian Pengawalan Kredit (Credit Control) betul-betul buatkan saya tersedar.

Tugas “mengejar” peminjam culas secara tak langsung membuka peluang saya untuk dapatkan rumah below market.

Setiap peminjam yang berjaya dikesan dan berjumpa dengan saya, pasti akan tawarkan peluang ini.

Biasanya, peminjam bermasalah ini akan tawarkan rumah mereka untuk saya beli, dan bayar balik hutang mereka. Seterusnya, lepaskan diri mereka dari disenarai-hitamkan oleh bank.

Hampir setiap minggu, saya akan terima tawaran macam ni. Dan ternyata tak semua saya mampu beli.

Akhirnya, ia jadi habuan rakan-rakan terdekat saya yang “terpaksa” beli rumah below market value ini. Untung mereka kan?

Lubuk #2: Buat networking dengan ejen hartanah

Ramai yang mengeluh bila nama ejen hartanah tersenarai sebagai sumber bagi mendapatkan rumah below market value.

Bagi mereka, ejen hartanah pasti lebih teruja untuk menjual rumah pada harga semaksimum mungkin, supaya komisyen mereka meletup.

Sangkaan korang ini salah. Percayalah, mereka adalah golongan yang membantu saya dapatkan rumah below market value yang saya miliki.

Ejen hartanah adalah individu yang ada pengetahuan luas tentang harga pasaran hartanah, dan tak semua yang bersikap pentingkan konmisyen semata-mata.

Mengikuti pemerhatian dan pengalaman saya, mereke lebih pentingkan hubungan dengan para klien, terutama sekali dari kalangan pelabur hartanah.

Kalau ada rumah below market value kat dalam listing mereka, pastinya klien mereka antara orang terawal yang berpeluang membeli rumah ini. Ini berdasarkan pengalaman personal saya berurusan dengan mereka selama ini.

Pendek cerita, rumah below market value bukan satu perkara yang mustahil untuk kita cari. Saya dah selesai pun kongsikan 2 lubuk rahsia ni.

Apa yang perlu korang buat adalah mula buat networking dengan mereka yang tersenarai dalam lubuk ini. Semoga korang dapat cari rumah below market value yang kena dengan matlamat pelaburan korang. In Shaa Allah.

Macam biasa. Bila dah baca, kenalah buat. Kalau tak, sampai bila-bila tak akan ada hasil.

Buat pelabur baru, Tok harap perkongsian ini dapat berikan idea supaya korang boleh mula merangka pelan tindakan.

Oh ya. Sentiasa bawa business card korang setiap masa ya. Senang kalau terjumpa 2 orang ini kat mana-mana nanti. Baru senang nak buat networking. Hehe.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.