Login

Register

Login

Register

Bank reject permohonan loan rumah anda sebab reschedule PTPTN?

| | ,

“Dah hantar dokumen permohonan loan rumah, tapi kena reject dengan bank?”

Tok faham betapa pedihnya rasa hati korang tu. Nak menangis, mengamuk, semua ada.

Padahal, korang sendiri yang tak tau CCRIS korang rabak. Memang patut la loan rumah korang bank takkan lepaskan sampai bila-bila.

Ramai yang tak fahamkan betul-betul cara baca laporan CCRIS. Lagi-lagi tentang kod dan status pinjaman.

Nah, korang hadamkan perkongsian ilmu Tuan Khairul Ezuwan yang mantap ni. Lepas habis baca nanti, SHARE artikel ni supaya lebih ramai anak muda dekat luar sana tahu.

Apa benda status “C” ni?

Boleh tahan ramai orang tak faham bacaan dalam laporan CCRIS. especially code pinjaman dan status pinjaman.

Hari ini saya nak terangkan mengenai status “C” dalam CCRIS.

“C” tu adalah status untuk reschedule. Dan apa yang kita faham tentang “reschedule”?

Reschedule adalah membuat penjadualan semula pinjaman yang telah sedia ada. Ini boleh terjadi akibat 2 perkara:

Sebab #1: Anda kantoi bayar loan yang ada

Yang pertama, bank yang cadangkan kepada korang untuk buat reschedule. Ini akan berlaku bila korang kerap kantoi bayar hutang.

Saya bagi satu contoh.

Katakan, korang ada loan kereta bertempoh 9 tahun. Dan masa korang ada masalah untuk bayar ansuran bulanan masa loan tu berbaki 4 tahun.

Bank akan tawarkan kat korang untuk buat reschedule loan kereta, dengan mengambil baki pinjaman dan panjangkan semula tempoh pinjaman jadi 9 tahun.

Ini bertujuan supaya korang mampu bayar balik ansuran bulanan yang lebih rendah.

Sebab #2: Anda sendiri yang menggatal nak reschedule

Yang ke-2 pulak, sebab korang sendiri yang memohon kepada bank untuk buat penjadualan semula loan yang berbaki 4 tahun tu.

Semata-mata nak kurangkan komitmen bulanan, ramai yang sanggup susahkan diri dengan buat benda ni. Korang memang sengaja cari pasal.

Mungkin korang berani buat reschedule sebab fikir masalah akan selesai.

Betul, memang masalah korang boleh selesai. Tapi untuk jangka masa pendek je. Bukan untuk jangka masa panjang.

Atas ni adalah contoh laporan CCRIS dengan status “C.”

Dan bila buat proses reschedule ni, status dalam CCRIS korang akan ada status “C” ke atas pinjaman tersebut.

Apa jadi kalau ada status ini dalam CCRIS?

Korang akan jadi susah untuk buat pinjaman baru daripada bank.

Kalau korang fikir korang takde masalah untuk meminjam, korang memang silap. Ada potensi, loan application korang tu akan ditolak.

“Kenapa pulak bank tolak?”

Pada pandangan bank, bila pelanggan ada buat reschedule, bermakna mereka ada masalah dalam membuat bayaran ansuran bulanan.

Status ni jugak akan trigger secara automatik masa korang buat pinjaman baru, dan buatkan risk grade korang meningkat ke paras yang tinggi.

Hasilnya?

Permohonan loan korang ada potensi besar untuk ditolak, walaupun gaji korang tinggi, DSR korang rendah, dan rekod bayaran hutang korang cun.

Ini kesan paling tak best kalau anda buat reschedule

Selain loan kenderaan, proses restructure biasanya digunakan mereka yang ada masalah dalam membuat bayaran kad kredit, yang membuat conversion kepada term loan.

Tujuan reschedule ini adalah untuk memudahkan korang dari masalah untuk membuat bayaran bulanan dengan komitmen yang tinggi daripada tersangkut bayar.

Keburukannya? Kesannya adalah sama seperti kena BLACKLISTED.

Korang tak boleh buat pinjaman atau pembiayaan baru. Jadi, jangan gatal tangan sengaja minta reschedule untuk kurangkan komitmen.

Takut korang menyesal je nanti.

Macam mana nak kasi status “C” ni hilang dalam CCRIS?

Korang kena buat pembayaran penuh. Full settlement.

Reschedule dan refinance – Tak sama ke?

Tak sama. Reschedule, refinance, redraw, dan remortgage tu semuanya berbeza. Rajinkan diri korang untuk belajar dan korek semua benda ni dalam-dalam.

Apa kaitan status “C” dengan mereka yang kantoi bayar loan PTPTN?

Status ini kerap keluar dalam CCRIS peminjam PTPTN. Dah ramai yang terkesan dengan status “C” ini.

Pujuk hati korang tu. Bertabahlah.

Harap pihak PTPTN memandang serius perkara ini sebab proses reschedule ini akan menghukum peminjam tu untuk satu jangka masa panjang.

Kalau 25 tahun? Alamat tak berumah la mereka nanti.

Sebaiknya, biarkan proses penjadualan semula dibuat oleh PTPTN, tanpa melibatkan kemasukan status “C” dalam CCRIS korang.

Reschedule yang korang buat sendiri tu, bukan menggalakkan pembayaran semula. Tapi lebih kepada terus menghukum dan menyusahkan anak muda untuk memiliki hartanah.

Saya setuju dengan usaha penjadualan semula semua peminjam, supaya mereka dapat membuat bayaran semula bermula dari sekarang.

Tetapi jangan gunakan elemen reschedule ini. Baik cakap BLACKLISTED terus. Kan lagi senang?

Buat peminjam, buatlah bayaran mengikut perjanjian. Bayar pada masa yang ditetapkan. Itu langkah yang terbaik.

Nota: Silakan SHARE dan sebarkan manfaat artikel ni. Biar lebih ramai anak-anak muda luar sana tahu.

Belajar sesuatu? Bagus. Semakin banyak ilmu, diri korang akan bertambah yakin untuk mula membeli rumah seawal mungkin.

Korang ada pengalaman uruskan status “C” ni? Tok jemput korang untuk kongsikan pengalaman dekat bahagian komen.

Banyak pelabur atau pembeli rumah newbie boleh belajar dekat situ.

Sanggup ke anda biarkan loan rumah tak lepas untuk kali yang ke-2?

Korang boleh ubah “nasib malang” ni sekarang jugak.

Apa yang penting adalah mengawal persepsi bank yang korang memohon tu. Buat semua yang Tok kongsikan dalam eBook ni, dan gerenti loan rumah korang senang gila nak lulus.

Klik link bawah ni untuk senang lulus loan rumah sekarang.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<

Previous

Lelaki ini kongsi 10 tip beli rumah pertama pada umur 25 tahun

Harga minyak “mengamuk” kembali – Apa lagi yang anda boleh buat?

Next

Leave a Comment