Lelongan berkurang, walaupun pasaran hartanah sedang perlahan.

Para pembida melihat penurunan jumlah bilangan hartanah yang dilelong, walaupun banyak rumah dan lot kedai terkesan oleh ekonomi semasa yang mencabar.

Tapi, penurunan dalam bilangan hartanah yang dilelong bukan tanda-tanda pemulihan dalam pasaran hartanah domestik.

“Bila orang ramai melihat banyak poster lelongan bank kat merata tempat, mereka menganggap ekonomi negara semakin buruk dan bilangan lelongan akan jadi semakin tinggi.”

“Ini adalah persepsi yang salah. Hakikatnya, bilangan lelongan menjadi semakin rendah,” kata Foong Chon Wai, pelelong berlesen syarikat Ng Chan Mau & Co Sdn. Bhd.

Foong dapati kes lelongan dah berkurang berbanding sebelum ini, mencatatkan purata bilangan kes syarikat itu dapat menurun kira-kira 30%.

Jumlah kes berkurang dengan banyak.

“Jumlah kes dah berkurang sebanyak 30%. Sebagai contoh, syarikat kami mendapat purata 400 kes sebulan pada tahun lepas. Tapi tahun ini, ia jatuh jadi kira-kira 300 kes sebulan.”

“Jumlah keseluruhan kes lelongan juga jatuh dari 1,000 sebulan menjadi kira-kira 600 sebulan.”

Seorang pegawai Ehsan Auctioneers Sdn. Bhd. bersetuju bilangan hartanah yang dilelong setakat ini lebih rendah, berbanding tahun sebelum ini.

“Untuk separuh masa pertama 2016, kami tak dapat banyak kes seperti tahun sebelum ini. Dan saya pasti kita bukan satu-satunya syarikat yang mengalami masalah ini.”

“Malah, nombor ini tunjukkan tahap kemerosotan bermula tahun 2014. Kami hanya melakukan lelongan bagi AmBank kira-kira 40 hartanah ke atas.”

“Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, sekurang-kurangnya kami ada lebih kurang 120 hartanah untuk dilelong,” kata pegawai itu.”

Mengikut pandangan Foong, penurunan jumlah hartanah yang dilelong ini berkait dengan kelonggaran yang disediakan oleh bank, untuk individu yang ada masalah dengan pinjaman perumahan mereka.

Usaha kerajaan kurangkan kadar “default rate.”

“Penurunan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Kerajaan mengambil inisiatif dengan mempromosikan AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) untuk kurangkan default rate.

Tambah beliau lagi, AKPK akan membantu untuk susun semula gadai janji bagi pemegang yang bermasalah.

Contohnya, bantu mereka untuk dapatkan bayaran bulanan yang lebih rendah dengan melanjutkan tempoh pinjaman.

Foong berkata, individu juga boleh keluarkan simpanan KWSP untuk membayar gadai janji mereka. Ini juga membantu kurangkan kegagalan membayar balik pinjaman dalam sektor perbankan.

Hasilnya, jumlah rumah yang dilelong akan berkurangan.

Pada akhir tahun 2015, hutang isi rumah direkodkan pada 89.1% daripada gross domestic production, berbanding 86.8% pada tahun 2014.

Pinjaman perumahan menyumbang 49% daripada hutang isi rumah pada 2015, menurut laporan tahunan Bank Negara Malaysia.

Tambahbaik secara konsisten.

Malaysia telah buat penambahbaikan secara berterusan untuk kurangkan kadar kegagalan membayar balik pinjaman yang dibuat sebanyak 1.1%, daripada jumlah pinjaman yang diluluskan pada tahun 2015, berbanding dengan 1.3% pada tahun 2014 dan 1.5% pada tahun 2013.

Sementara itu, beliau juga berkata, dasar pinjaman yang lebih ketat akan dikenakan oleh BNM dan ia berjaya mengurangkan jumlah kes ini.

Ia juga salah satu langkah penyejukan untuk membendung aktiviti spekulasi dalam pasaran hartanah tempatan.

Walau bagaimanapun, Foong berkata dasar pinjaman yang lebih ketat menjejaskan permintaan bagi hartanah mewah berharga RM1 juta ke atas.

“Permintaan hartanah lelong untuk kelas ini bergerak sangat perlahan, akibat daripada garis panduan pinjaman yang lebih ketat, yang mana ia menjadi isu utama ketika ini.”

“Tapi, permintaan untuk hartanah mampu milik (bawah RM300,000) masih bergerak sihat dan tengah meningkat naik.”

“Kami juga menjangka permintaan hartanah untuk kelas ini ada potensi untuk kekal sihat pada masa depan,” jelas Foong.

Jangkakan penjelasan yang lebih baik selepas ini.

Dengan dasar pandang ke hadapan, Foong berpendapat bahawa perlu ada penjelasan yang lebih baik selepas suku ke-2 tahun 2017.

“Sejak 10 tahun lalu, harga hartanah dah banyak meningkat dan ramai spekulator berjaya jana keuntungan yang baik. Jadi, mereka mempunyai simpanan untuk menampung bayaran selama 2 hingga 3 tahun.”

“Kami menjangkakan menjelang suku tahun 2017 nanti, kita akan dapat lihat gambaran yang lebih jelas apabila simpanan mereka ini habis,” katanya.

(Sumber asal: www.theedgeproperty.com.my)

Photo by sludgegulper

Leave a Reply