PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Lelaki ini hanya bayar RM15K+ untuk hutang RM20K+. Ini caranya

Baru-baru ni Tok ada terbaca satu posting pasal ada mamat ni buat pengakuan terbuka yang dia ada hutang yang banyak dan dia rasa lagi baik dia tak ada kat dunia ni. Sedih pula Tok baca.

Dalam report statistik kes kebankrapan 2018 dari Jabatan Insolvensi Malaysia, antara kategori kes yang banyak orang berhutang adalah pinjaman peribadi, sewabeli kenderaan, pinjaman perumahan dan hutang kad kredit (Sumber: KLIK SINI)

Bila berhutang yang banyak ni, memang kita akan rasa stress dan down, sampai kadang-kadang akan effect orang sekeliling kita juga. Kita tak nampak jalan keluar dari jerat hutang dah.

Tapi, sebenarnya ada je jalan keluar. Serius Tok tak gebang.

Untuk pengetahuan korang, pada 6 Oktober 2019 lepas, FAR Academy ada anjurkan satu sesi sharing macam mana orang yang berhutang 7 angka boleh selesaikan hutang mereka.

penjara hutang

Tok belajar banyak perkara daripada mereka. Antaranya adalah macam mana teknik yang mereka gunakan sampai boleh keluar dari penjara hutang 7 angka.

Salah satu teknik power yang Tok belajar dan nak kongsikan dengan korang adalah:

Teknik #1 – Balance transfer

Bahasa mudahnya, balance transfer ni perlukan korang untuk pindahkan baki ke kad yang baru supaya korang dapat interest rate yang lagi rendah.

Katakan korang ada hutang kad kredit RM30,000 dengan interest rate 18% setahun. Korang boleh survey program balance transfer. Ada banyak pilihan yang tak kenakan caj untuk balance transfer.

Macam mana nak tahu yang mana satu yang sesuai dengan korang?

  1. Had kad kredit tinggi untuk tampung hutang yang sedia ada,
  2. Interest rate lagi rendah dari interest rate yang sedia ada.

4 aspek yang korang boleh periksa sebelum memilih program balance transfer

  1. Interest rate tahunan / bulanan,
  2. Up-front handling fee,
  3. Annual fee,
  4. Early termination fee.

Macam mana cara nak mohon balance transfer?

Isi form yang disediakan oleh bank yang korang nak mohon program balance transfer.

Kenapa balance transfer ni boleh bantu korang dari terus terjerat dengan hutang kad kredit?

Contoh situasi:

Aiman ada hutang kad kredit tertunggak RM15,000 dengan interest rate 18% setahun. Dia bayar ansuran hutang kad kredit dengan jumlah bayaran minimum (5% dari baki hutang) iaitu RM750.

Aiman akan mengambil masa 100 bulan (8 tahun 4 bulan) untuk langsaikan semua hutang.

  • Jumlah interest: RM6,198,
  • Jumlah keseluruhan: RM21,198

Kemudian, dia buat balance transfer ke syarikat kad kredit B dengan syarat – syarat berikut:

1) Upfront fee 3% dikenakan ketika pendaftaran balance transfer dan dicampur dengan baki hutang kredit kad. Jumlah upfront fee adalah sebanyak RM 450.

Baki hutang yang perlu dibayar adalah sebanyak RM15,450.

Pengeluar kad kredit bagi tawaran sekiranya kesemua baki hutang dilangsaikan dalam masa 12 bulan, tiada kadar faedah akan dikenakan.

Untuk 12 bulan pertama, ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

  • RM15,450/12 bulan =
  • RM1,287.50

Secara kesimpulan, hutang keseluruhan Aiman dengan syarikat kad kredit baru adalah sebanyak RM15,450 ringgit dan ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1,287.50

Aiman telah jimat:

  • RM21,198 – RM15,450 =
  • RM5,748

Teknik ni ada kelebihan (pro) dan kekurangan (cons) yang tersendiri. Korang kena tengok dan buat research dulu yang mana satu sesuai dengan keadaan korang. Penting untuk korang tahu situasi kewangan korang sebelum pilih sesuatu.

Jangan takut dengan hutang sebab pasti ada jalan keluar untuk segala masalah tu.

Tok doakan korang yang ada masalah hutang banyak ni dah nampak serba sedikit jalan keluar. Sila SHARE ilmu ni kat orang terdekat korang. Mana tahu mereka pun tengah mencari solusi hutang juga.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed