“Pening kepala saya nak langsaikan semua hutang, Tok”
Hutang adalah satu beban. Tok yakin semua orang berdepan dengan masa yang tak enak semasa nak settle-kan hutang.
Nah, Tok ada baca perkongsian Tuan Azam Rasid kat wall Facebook beliau.
Banyak manfaat yang bakal korang dapat lepas hadamkan ilmu ini.
Saya tahu teknik ini dari beberapa pakar kewangan seperti Zaidi Ismail, Suzardi Maulan (Pakdi) dan juga melalui research di Internet tentang ‘Snow Ball Debt Settlement.’
Cabaran yang paling kuat adalah terpaksa menahan nafsu berbelanja.
Selain itu juga menanggung emosi ketiadaan duit poket, sebab setiap duit yang masuk akan keluar hampir 90% untuk selesaikan hutang.
Terus terang saya katakan, amat perit untuk lakukan teknik ini. Kita harus ada keyakinan dan matlamat yang jelas.
Kalau tak, tetap akan gagal dan terus dibelenggu hutang.
Alhamdulillah. Dengan melangsaikan hutang jahat, sekarang saya rasa lebih tenang dan mempunyai lebihan wang bulanan untuk melabur dalam hartanah, saham dan perniagaan, justeru menambah baik profil kewangan saya.
Jadi saya nak kongsikan dengan korang semua pengalaman saya ini.
Buat hutang pandai, tapi nak bayar cukup sayang duit kan? Tambah-tambah lagi kalau berhutang dengan institusi kewangan.
Macam mana saya langsaikan 4 hutang dalam masa 1 tahun setengah daripada 6 ‘Hutang Jahat,’ dan bakal habiskannya dalam masa 1 tahun (In shaa Allah) akan datang?
Jom kita lihat teknik yang semua orang tahu (rasanya lah) iaitu Snow Ball Debt Settlement.
Mula-mula, senaraikan HUTANG JAHAT korang terlebih dulu.
Katakan, ini hutang-hutang semasa yang sedang saya tanggung :
Disini dapat lihat jumlah overhead wajib setiap bulan adalah RM3,650 yang dibayar.
Ini baru overhead hutang jahat. Belum masuk overhead hutang baik (rumah/tanah/business) dan lain-lain bil lagi ya. Takpe, kita tumpu pada yang ini dulu.
Ambil contoh gaji saya adalah RM5,000 sebulan. Angka ini hanyalah contoh. Jangan percaya. Saya kerja kuli je.
Jadi, setiap bulan saya hanya ada RM1,350 sahaja baki untuk belanja isi rumah dan juga bayar bil lain. Kesian kan?
OK, macam mana nak habiskan hutang ni? Dah la tinggal sikit baki. Belum kira nak pergi makan tom yam, KFC dan beli lampin pakai buang.Macam mana?
Apa yang saya buat adalah meletakkan bayaran bulanan yang lebih pada hutang yang tinggal sikit dulu.
Berdasarkan contoh kat atas tadi :
Saya tambahkan RM200 di sini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM700. Hutang ini akan selesai selama 6 bulan.
Saya tambahkan RM300 di sini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM500. Hutang ini akan selesai selama 3 bulan.
Jadi, pada bulan ketiga, saya dah ada extra RM200 dan pada bulan ketujuh ada extra RM500.
RM500 itu ikut jumlah asal bayaran, jangan ambil kira penambahan tadi. Ini menjadikan baki gaji saya bertambah menjadi RM2,050 sebulan!
Kemudian langkah seterusnya saya ambil extra RM700 di atas tadi dan saya tambah pula di sini :
Saya ambil kira baki selepas 6 bulan dari mula buat teknik snow ball. Sebab saya ambil masa 6 bulan untuk habiskan hutang credit card tadi. Faham, kan?
Tambahkan RM350 disini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM1,300. Hutang ini akan selesai selama 9 bulan.
Saya ambil kira baki selepas 6 bulan dari mula buat teknik snow ball. Sebab kan saya ambil masa 6 bulan untuk habiskan hutang credit card tadi. Faham?
Tambahkan RM350 disini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM1,300. Hutang ini akan selesai selama 9 bulan.
Jadi, pada bulan ke-15 setelah 6 bulan fasa pertama settle-kan credit card, dan 9 bulan fasa kedua settle-kan personal loan), saya sudah ada extra RM500 dan RM950.
Sekali lagi, korang mesti kira ikut jumlah asal bayaran, jangan ambil kira penambahan tadi
Dan ini menjadikan baki gaji saya bertambah menjadi RM3,500 sebulan! Ini bermakna, mula bulan ke-15, saya ada RM3,500 sebulan.
Jadinya, hutang apa yang masih tinggal selepas kejadian di atas?
Saya ambil kira baki selepas 15 bulan dari mula buat teknik snow ball. Sebab kan saya ambil masa 15 bulan untuk habiskan hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi tadi. Faham?
Next step saya adalah melangsaikan hutang kereta dalam masa 1 tahun 2 bulan dan PTPTN dalam masa 12 bulan selepas hutang kereta selesai.
Macam mana pulak?
Sekarang kan saya dah ada extra RM2,000++ dari atas tadi selepas selesai hutang credit card dan personal loan?
Jadi, kiraannya akan jadi begini pula untuk hutang yang masih ada :
Saya tambahkan RM2,000 di sini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM3,200.
Hutang ini akan selesai selama 14 bulan. Selepas selesai kereta, saya mempunyai baki gaji sebanyak RM4,700 sebulan!
Selepas 14 bulan saya tambahkan RM3,200 di sini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM3,500. Hutang ini akan selesai selama 12 bulan.
Tetapi setelah berfikir panjang, saya rasa saya akan maintain saja pembayaran PTPTN tu RM300 dan saya akan guna baki gaji tadi untuk melabur dalam Saham Pasaran Hadapan (stock futures), dan berniaga ataupun pergi melancong.
Sekian cerita dari saya. Kiraan di atas mungkin ada ralat sikit, tapi itulah asas flow teknik Snow Ball. Pandai-pandai la korang kira korang punya.
Yang baik, kita share. Yang tak baik, kita block saja.
—
Mula apply teknik ini sekarang dan langsaikan hutang jahat yang ada sekaligus. Senang. Lepas ni, duit tu boleh gunakan untuk beli lebih banyak rumah pelaburan.
Dan bila dah langsai semua hutang tadi, jangan pulak gatal tangan buat hutang baru pulak. Kalau hutang ‘baik,’ takpe. Tok setuju.
Banyak lagi benda elok korang boleh buat dengan duit tu.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]