PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Strategi gempak kumpul deposit rumah RM240K + duit kahwin RM14K

Bukan kerja senang nak kumpul modal beli rumah. Lebih-lebih lagi kalau nak beli rumah pertama korang.

Cuma, ini bukan perkara mustahil. Dengan ilmu yang betul, korang boleh kumpul jumlah tu tanpa perlukan banyak masa.

Yang paling seronok, korang siap boleh dapat duit lebih lagi.

Tapi duit lebih tu, elakkan buat berjoli. Lebih afdal duit tu, korang simpan dan buat modal untuk beli rumah lagi dan lagi.

Anak muda yang baru bekerja, jemput hadamkan perkongsian simple tapi power ini.

Gaji RM3,000 sebulan pun, tak cukup?

Tok dapat ilham hasil perkongsian Tuan Harith Faisal untuk artikel ini. Semoga bermanfaat.

Adam dan Rizal adalah 2 sahabat baik masa kat menara gading dulu. Dah habis belajar, mereka bawa haluan masing-masing dalam mencari rezeki.

Pendek cerita, 2 hamba Allah ini dah pun berjaya dapatkan kerja.

Gaji masing-masing, boleh tahan. Dalam RM3,000 sebulan. Untuk level graduan baru, ini lingkungan gaji yang ramai idamkan.

Sebab dah lama sangat tak berjumpa, si Rizal ajak si Adam lepak bersama kat kedai mamak.

Dapat gaji, terus tolak RM700+ untuk bayar kereta?

Ini pertukaran dialog antara 2 hamba Allah ini:

Adam: Woi Zal, apa khabar kau? Lama betul tak nampak batang hidung kawan baik aku ni!

Rizal: Alhamdulillah, sihat-sihat je bro. Kau pun nampak makin sihat. Hati banyak tenang ni. Haha!

Adam: Pandai-pandai je kau ni. Haha! Aku biasa-biasa je bro. Mungkin nampak berseri sebab aku dah nak kahwin tahun depan.

Rizal: Wow, tahniah bro! Bagus la kau ni. Pandai kau simpan duit untuk kahwin. Kalau harapkan gaji RM3,000 aku tu, memang sampai ke sudah aku takkan mampu berkahwin.

Adam: Ish, takde la Zal. Gaji kita tak banyak beza pun. Yang penting, kita kena ada plan menguruskan kewangan yang bagus. Gaji kecik pun, boleh beli rumah sebiji dan kahwin bro.

Rizal: Biar betul kau ni? Aku gaji RM3,000 pun, asyik habis je tiap hujung bulan. Celah mana aku nak menyimpan?

Adam: Bab belanja, kau kena belajar cara uruskan dengan cemerlang bro. Bab ni, kau seorang je yang boleh kawal. Orang lain cuma boleh bagi idea dan nasihat je.

Kalau macam aku, aku simpan siap-siap RM1,000 sebulan setiap kali dapat gaji. Yang selebihnya, baru aku belanja. Itu pun ikut bajet yang aku dah tetapkan.

Rizal: Wow, kau mampu simpan RM1,000 sebulan? Banyak tu Dam!

Aku memang tak dapat la nak buat macam kau. RM700+ dah confirm kena tolak untuk bayar ansuran bulanan kereta. Kos minyak, parking, tol, insuran lagi. Itu belum masuk kos sara hidup lagi.

Cara kumpul duit rumah + duit kahwin. Ikut langkah ini

Adam: Mula-mula dapat kerja, aku pun ada fikir nak keluar kereta. Tapi lepas kena ‘taji’ dengan member pejabat aku, terus tak jadi beli. Sebab duit akan ‘bocor’ banyak sebab buat bayar liabiliti.

Sebab tu, aku lebih sanggup naik motor je dulu. Tak payah dah nak pening bayar ansuran bulanan dengan maintenance kereta. Lagipun, aku tak perlukan kereta lagi buat masa ni.

Rizal: Hmm, bila dengar cakap kau ni baru rasa menyesal. Mungkin aku kena buat Grab untuk tambah sumber pendapatan. Takde la gaji bulanan aku sakit bayar ansuran kereta aku ni.

Adam: Pada aku, idea tu ngam teruk. Sebab bila dah tak kacau gaji bulanan kau, bermakna kau dah boleh mula menyimpan. Silap-silap, lebih banyak berbanding aku bro! Hehe.

Rizal: Sebab tu la aku ajak kau lepak ni. Aku nak tahu apa strategi dan ilmu kau dalam bab menyimpan duit secara efektif ni.

Adam: Takde hal, bro. Nah, aku belanja kau cara aku simpan duit kahwin + duit deposit rumah pertama guna ASB Financing ni.

Aku dah target sebiji rumah harga RM240,000 dekat kawasan Damansara Damai ni. Deposit rumah, paling selamat, sediakan 15% daripada harga jualan.

Bermakna:

  • RM240,000 X 15% =
  • RM36,000

Dan kalau nak ikutkan kemampuan aku untuk simpan RM1,000 sebulan, memang boleh sangat kumpul RM36,000 dalam masa 3 tahun. Betul?

Rizal: Betul dah tu. Sebulan, kau simpan RM1,000. Darab dengan 36 bulan, memang dapat la RM36,000. Fuh, terasa power pulak otak aku bila kira secara pantas ni.

Adam: Kau memang power pun. Tapi, ada cara yang lagi power berbanding menyimpan cara biasa tu. Nak tahu tak?

Rizal: Harus la nak tahu!

3 tahun, mampu kumpul RM50,000. Biar betul?

Adam: Okay. Caranya, adalah dengan menyimpan guna ASB Financing. Kalau guna cara ni, bukan setakat RM36,000 je kau dapat. Siap dapat lebihan cash RM14,000 dalam masa hanya 3 tahun bro!

Rizal: Biar betul kau ni? Banyak jugak tu. Macam mana caranya?

Adam: Macam ni. Pertama sekali, aku apply ASB Financing RM185,000. Komitmen bayaran ansuran sekitar RM1,000 sebulan.

Aku ambil ASB Financing jumlah tu sebab aku mampu sangat simpan RM1,000 setiap bulan. Kalau kau mampu simpan lebih lagi, boleh la henjut sampai RM200,000. Lagi banyak kau boleh dapat.

Dalam tempoh 3 tahun tu, aku kekal bayar RM1,000 tu tanpa gagal. Teknik ni, dinamakan teknik terkumpul (compunding). Dividen yang aku dapat setiap tahun tu, akan compounding sampai la tahun ke-3.

Nah, aku belanja sekali cara kita guna aplikasi Financial Calculator. Ini apa yang aku dapat selepas tempoh 3 tahun:

HF 12.2.18 1

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

  • RM185,000 – RM176.468 =
  • Surrender Value = RM8,542

Jumlah cash yang aku akan dapat lepas tutup ASB Financing lepas 3 tahun:

  • RM8,542 + RM41,632 (Compounded Dividend) =
  • RM50,174

Nampak tak? Kau boleh dapat lebih RM14,000 (RM50,174 – RM36,000) dalam masa 3 tahun dengan gunakan ASB Financing.

Siapa nak bagi RM14,000 tu, bro? Dengan duit RM14,000 tu la, aku gunakan untuk tanggung kos kahwin aku nanti.

Tapi, kau kena plan semua ni betul-betul. Tak semua bank akan ambil ASB Financing sebagai sumber pendapatan sebelum dapat dividen. Jalan paling selamat, adalah buat 1 tahun sebelum kau nak beli rumah.

Rizal: Wow, aku dah nampak apa yang perlu aku buat sekarang. Aku akan pastikan untung buat Grab, dapat cover kos ansuran bulanan kereta aku. Duit gaji, aku buat macam apa yang kau cadangkan.

Adam: Bagus la kau fikir macam tu. Aku percaya kau boleh buat. Tapi sekarang, ada benda yang aku serius tak puas hati dengan kau.

Rizal: Ish, serius benar bunyinya tu. Aku ada buat silap kat kau ke, bro?

Adam: Kalau tak, takde la aku marah. Masalahnya dah dekat setengah jam aku berborak dengan kau, sampai lupa air segelas pun tak order lagi. Tekak aku gersang tahap padang pasir dah ni.

Rizal: Alamak. Tolong polis, ada orang lupa order air!

Disclaimer #1: Kiraan ASB Financing di atas adalah mengikut Kadar Keuntungan Bank 5.05% dan dividen 7% purata. Kiraan ini jugak tidak mengambil kira Takaful dan zakat.

Disclaimer #2: Ini adalah kiraan kasar semata-mata untuk dikongsikan kepada umum. Sesuaikan dengan keadaan kewangan masing-masing. Elakkan telan perkongsian ini mentah-mentah.

Disclaimer #3: Perkongsian ini adalah sekadar lakaran idea semata-mata. Pihak GH tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerugian.

Buat korang yang baru mula bekerja tu, cepat-cepat belajar dan simpan duit dengan cara ini. Korang cuma perlu berkorban selama 3 tahun saja.

Lagi bagus korang buat idea ini, daripada acah-acah berbelanja macam orang kaya. Padahal, tiap-tiap akhir bulan terpaksa melantak mi segera.

Eh, terasa? Padan muka!

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *