Ada satu benda yang korang wajib buat sebelum beli rumah second hand.
Sebab rumah second hand memang dah lama terbina, kita wajib buat valuation (valuasi) supaya korang tak terlebih bayar daripada harga yang sepatutnya.
Bank akan bagi loan mengikut harga rumah yang penilai letak. Atau, korang kena top up sendiri baki yang tak cukup tu guna duit sendiri.
Tok yakin. Mesti korang tak nak jadi macam ni, kan?
Kalau jawapan korang tak nak, hadamkan sekarang perkongsian Tuan Kenny Lee Chia Sern ini.
“Yuran jurunilai? Apa tu? Kena bayar sebelum bank luluskan loan?”
Ini salah satu soalan daripada klien saya sebelum ni.
Biasanya, soalan ni memang ada dalam minda pembeli rumah pertama yang belum ada sebarang pengalaman.
Boleh kata, mereka terkejut dengan kos yang mereka kena tanggung untuk membeli rumah second hand. Biasa la tu.
Saya sendiri pun pernah rasa macam ni masa mula-mula dulu.
Ini memang proses mandatori yang bank dah tetapkan. So nak tak nak, korang kena buat. Kalau tak buat, bank memang takkan lepaskan loan korang.
Semua hartanah yang dah siap dibina dan nak dijual, perlu ada laporan jurunilai (valuation report) yang pihak bank lantik.
Perlantikan ini berlaku selepas korang selesai tandatangan SNP.
Lagi satu, korang tak boleh alihkan tanggungan ini kepada orang lain. Korang sendiri yang kena tanggung bayar kos ini.
Korang boleh rujuk maklumat rasmi tentang kos valuasi ni dekat laman web Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).
Tengok dekat bahagian No.3 (Fee for Other Capital Valuation / Rating Valuation Services Based on an “Improved Value” Basis).
Skala yuran profesional jurunilai adalah mengikut kiraan dekat bawah ni:
Tuan Kenny sediakan sekali contoh untuk mudahkan pemahaman korang.
Katakan harga rumah yang korang nak beli rumah berharga RM500,000.
Cara kiraan untuk kes ini adalah seperti berikut:
Bermakna, yuran profesional yang korang kena bayar adalah:
KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Siapa kata susah nak cari rumah second hand murah tahun ini?
Jangan risau anak muda. Ada lagi contoh ke-2 dekat bawah ni untuk korang baca.
Katakan pulak kali ni, harga rumah yang korang nak beli tu RM250,000:
Kiraan untuk kes ini pulak adalah seperti berikut:
Yuran profesional yang korang kena jelaskan untuk beli rumah RM250,000 adalah sebanyak:
Tok selitkan juga maklumat tambahan untuk mantapkan pemahaman korang.
Kalau korang beli rumah yang berharga bawah daripada RM160,000, korang tetap kena bayar fi minimum RM400 seperti yang telah ditetapkan.
Dan Tok yakin korang dah tau berapa kos valuasi yang kena bayar bila beli rumah RM150,000, kan?
Ingat tau kawan-kawan.
Kiraan dekat atas ni hanya untuk bayaran yuran profesional SAHAJA. Bermakna, bayaran lain seperti cukai, kos pengangkutan, dan lain-lain belum masuk lagi ya.
Nak lagi senang kerja? Korang boleh muat turun aplikasi Malaysia Valuation Fee (MVS) Calculator dekat Apple App Store.
Kalau guna Android pulak, korang boleh muat turun aplikasi bernama LKC Valuation Fee Calculator dekat Google Play Store.
Silakan SHARE artikel ini dan panjangkan manfaat ini kepada orang lain.
—
Selain ini adalah arahan mandatori daripada pihak bank, korang juga boleh elakkan diri terbeli rumah yang overpriced.
Sebab tu, penting untuk korang buat valuation.
Lagi satu. Benda ni jugak bergantung dekat bank yang korang buat loan. Tapi apa-apa pun, pastikan ia mengikut guideline yang LPPEH dah tetapkan.
Masalah pemohon baru yang biasa? Mereka tak tau apa dokumen wajib yang perlu disediakan.
Yang ni, kalau tanya 10 orang, confirm 3 orang (atau lebih) akan sangkut.
Tak nak tergolong dalam kategori orang yang gagal tu? Klik link bawah ni sekarang untuk belajar: