Korea Selatan yakin menangi kontrak HSR (High Speed Rail) KL – Singapura.

Ini adalah perkembangan terkini projek HSR (High Speed Rail). Pegawai Korea Selatan begitu yakin untuk menangi kontrak ini daripada pesaing-pesaing yang ada.

Menteri Pembangunan, Infrastruktur, dan Pengangkutan Korea Selatan, Kang Hoin percaya, pengalaman membina KTX (Korea Train Express) selama 12 tahun berikan mereka pengetahuan dan pengalaman dalam membangunkan rangkaian HSR.

Dalam pertemuan Kang Hoin dengan pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar kat Kuala Lumpur pada Selasa lepas, Kang Hoin tawarkan bantuan untuk kongsikan teknologi mereka dengan Malaysia.

Ini termasuk pengurangan kos operasi, maklumat penyelenggaraan, pemindahan teknologi, dan kecekapan operasi.

Selepas mesyuarat itu selesai, Kang Hoin bagitahu kat pemberita:

“Saya percaya. Korea Selatan mempunyai peluang yang lebih baik untuk membida projek HSR, sebab kami faham teknologi dan kos yang terlibat dan kondisi sesebuah negara.”

Beliau juga nyatakan yang model perniagaan KL – Singapura adalah berdasarkan permintaan bagi cadangan (RFP, Request for Proposal) yang diminta oleh SPAD.

Ia dijangka akan diumumkan pada pertengahan 2017.

“Selepas pengumuman RFP, kami akan pertimbangkan keadaan yang optimum untuk model perniagaan. Dan akan usulkan cadangan yang efektif bagi melaksanakan projek ini dengan lancar.”

Sistem HSR kat Korea Selatan ambil contoh sistem kereta api Perancis. Dan pada tahun 2016, ia dalam tangga ke-4 kat dunia selepas Jepun, Perancis, dan Jerman.

Sejak perlaksanaan sistem HSR Korea Selatan, 99.88% kadar ketepatan masa berjaya direkodkan, serta sifar kadar kemalangan.

(Sumber asal: propertyguru.com.my)

Photo by mattbuck4950

Leave a Reply