PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kisah pekebun ubah kewangan dia jadi power. 10 nasihat jutawan ini puncanya

Tok boleh cakap, tak akan berkurang golongan yang pandang serong tentang kekayaan di dunia ini.

Setiap yang hilang, pasti akan ada yang ganti.

Masih ramai yang suka kata:

“Tak patut betul. Tengok si A. Dia ada rumah yang besar dan kereta mewah. Tapi kita pula, kerja bagai nak rak. Kerja bertahun, gaji tetap ciput. Memang aku TAK AKAN jadi kaya macam si A itu. HIDUP INI TAK ADIL.”

Masalah terbesar di sini adalah korang yang suka pandang rendah pada keupayaan diri sendiri.

Lepas itu, suka salahkan orang lain. Memang tak heran kalau tak kaya-kaya sampai ke sudah.

Tok harap kisah yang bakal Tok kongsikan ini jadi benih inspirasi untuk korang. Hidup kita terlalu banyak peluang untuk dibazirkan.

Banyak pengajaran berguna dalam kisah ini. Tok jamin anda tak akan rasa rugi

Tok adaptasi kisah ini daripada perkongsian Steve Siebold tentang situasi yang berlaku dalam hidup beliau.

Pada musim panas yang lalu, Siebold berpindah ke rumah baru yang bernilai lebih $1.5 juta di Lake Lanier, North Georgia.

Sewaktu berjalan nak ke kereta mewah beliau, seorang pekebun berhenti buat kerja dan merenung beliau.

Renungan tu bercampur perasaan kagum, dan sedikit rasa tak puas hati.

Siebold, yang sedar akan pandangan tajam pekebun itu, mula menegur pekebun itu.

Ini adalah perbualan yang berharga untuk kita baca

Siebold: Adakah semuanya okay? 

Soalan beliau dibalas pantas oleh pekebun itu. Dengan muka yang jelas tunjukkan rasa tak puas hati dan dahi yang berkerut, dia mula buka mulut.

Pekebun: Saya rasa dunia ini tak adil. Tuan ada rumah yang besar. Kereta yang mewah. Sedangkan kami semua terpaksa bekerja seperti buruh kasar, hanya untuk dapatkan gaji yang lebih sedikit daripada gaji minima. 

Tindakan pekebun itu hanya buat Siebold tersenyum. Beliau berjalan ke arah pekebun itu, dengan harapan, beliau dapat kongsikan sesuatu yang amat bermanfaat.

Tiba masa beliau beri jawapan kepada pekebun itu.

Siebold: Kalau Tuan nak tahu, saya sama sahaja seperti Tuan. Hidup saya tak selalu indah belaka. Ada masa, saya jatuh ke tanah juga. 

Pekebun itu, terkejut dengan jawapan Siebold, mula tukar mimik muka hairan. Dia nak tahu lagi.

Siebold teruskan bicara dengan tenang.

Siebold: Ada satu masa, saya pernah berhutang lebih $50,000. Ketika itu, saya rasa diri ini tak berguna. Namun dengan usaha, saya berjaya keluar daripada masalah itu. 

Kali ini, pekebun itu tercengang. Perkongsian Siebold itu benar-benar menyentuh hati dan perasaan beliau.

Pekebun itu membalas kenyataan Siebold dengan soalan yang bakal mengubah hidup beliau 360 darjah.

Soalan yang ubah hidup pekebun ini 360 darjah

Pekebun: Saya mahu belajar daripada Tuan. Apakah nasihat Tuan untuk saya, agar saya boleh ubah kehidupan saya menjadi lebih baik? 

Siebold tersenyum, kerana beliau dapat rasa yang pekebun ini akan berubah menjadi seorang yang berjaya. Tanpa buang banyak masa, beliau menjawab:

Siebold: Saya akan kongsikan 10 nasihat ini kepada kamu. Dengan harapan, kamu faham dan ambil tindakan pantas selepas ini. 

Pekebun itu angguk berkali-kali sebagai tanda setuju. Beliau mula memasang telinga untuk dengar nasihat yang bakal Siebold berikan:

  1. Dalam ekonomi pasaran bebas (free market) sekarang, semua orang boleh buat duit sebanyak mungkin, tanpa ada had. 
  2. Latar belakang, tahap pendidikan, atau tahap IQ bukan sebab untuk buat duit lebih banyak.
  3. Cara terpantas buat duit adalah dengan selesaikan masalah orang. Semakin besar masalah yang kita selesaikan, lebih besar peluang kita buat duit.
  4. Jangan dengar jika orang lain beritahu kita yang kita tak boleh capai impian kita. Amalkan sikap sentiasa bersyukur, dan kita berpeluang untuk jadi lebih kaya di masa hadapan.
  5. Kita boleh buat lebih banyak duit, sebab ramai yang dah jadi bukti kepada perkara ini. Untuk ini, latih diri kita untuk berfikir secara besar. Jika boleh buat $100,000 atau $500,000, kenapa tak $1 juta?
  6. Hapuskan rasa takut dan “mindset” yang tak betul dalam diri. Latih diri melihat duit pada sudut yang positif. Duit boleh beri kita lebih banyak peluang, kebebasan, dan kemungkinan.
  7. Jadi kaya bukanlah satu keistimewaan. Ia adalah hak setiap manusia. Jika anda boleh cipta nilai yang besar kepada orang lain, anda ada peluang untuk capai kekayaan seperti yang anda impikan.
  8. Tak perlu tunggu kapal berlabuh. Anda tak akan jadi kaya kalau tunggu peluang datang. Mahu wang yang banyak? Mula bina kapal sendiri. Tak ada siapa yang dapat selamatkan kita kecuali diri kita sendiri.
  9. Jangan risau tentang wang yang akan habis. Fokus bagaimana untuk buat lebih banyak wang. Risau pasal wang bukan cara untuk hidup dengan tenang. Letakkan tumpuan kita di tempat yang betul.
  10. Berhenti beritahu diri sendiri yang jadi kaya adalah di luar kawalan kita. Hakikatnya, buat duit yang banyak bergantung kepada usaha kita sendiri.

Selesai dengar nasihat Siebold, pekebun itu berkali-kali ucapkan terima kasih dengan sepenuh hati.

Sebelum Siebold kembali ke kereta, pekebun itu hulurkan tangan untuk bersalam.

Daripada genggaman itu, beliau dapat rasakan penghargaan yang amat mendalam daripada pekebun itu.

Situasi seterusnya buatkan Siebold nak menangis

Satu pagi, Siebold ditegur oleh seorang yang memandu sebuah trak di simpang jalan berdekatan rumah beliau.

Orang yang memandu itu adalah pekebun yang pernah bekerja dengan Siebold.

“Tuan, saya hadam dan amalkan pesanan Tuan selepas selesai dengar nasihat Tuan 6 bulan yang lepas. Sekarang, saya sudah ada sebuah syarikat, sudah ada 5 orang pekerja, dan perniagaan saya semakin berkembang pantas. Saya dan keluarga tak pernah sangka kami akan berjaya capai kebebasan seperti ini.” 

Pekebun itu turut tambah:

“Saya harap, Tuan boleh kongsikan nasihat Tuan kepada orang lain juga.” 

Lampu isyarat bertukar hijau, lalu beliau berlalu sambil melambai tangan ke arah Siebold.

Siapa sangka, 6 bulan lepas, yang bekerja sebagai pekebun sudah berjaya tukar kehidupan beliau menjadi lebih baik.

Siebold hanya mampu tersenyum, puas hati kerana berjaya lahirkan sebuah lagi bukti yang boleh beri inspirasi kepada yang lain.

Tak mustahil anda boleh jadi seperti pekebun ini (atau lebih baik lagi).

Semua orang akan bermula di satu sudut, termasuk orang yang sudah mencapai kejayaan.

Kisah pekebun ini jadi bukti kukuh yang semua orang berhak jadi kaya dan hidup bebas kewangan.

Tok harap, kisah ini beri semangat kepada korang untuk sentiasa berusaha dan mencari yang terbaik dalam hidup korang.

Dalam dunia ini, tak ada yang mustahil dengan izin-Nya.

Segala impian boleh korang kecapi dengan ilmu dan usaha. Tok doakan korang dapat capai impian korang selama ini. Ameen.

Beli rumah subsale dan ‘dapat duit’ lepas keluarkan duit. Macam mana tu?

Bayangkan ada duit lebih lepas korang dah beli rumah? Mesti macam-macam idea tengah berputar dalam kepala korang tu.

Ada cara untuk buat duit ekstra dengan rumah subsale. Yang kita kena belajar adalah cara nak buat teknik ni.

Dan korang boleh belajar terus dengan 16 pelabur otai ni. Klik link bawah sekarang untuk mula:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

Ebook TakdeDuit Cover 1 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *