PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

6 kesilapan dalam buat bajet yang anda harus elakkan

Dalam menguruskan kewangan peribadi, buat bajet adalah salah satu perkara yang boleh bantu korang.

Tok selalu pesan bila bab kewangan ni, jangan ambil mudah. Mulakan langkah untuk cakna pasal kewangan bermula hari ni. Korang tahu Tok sayang korang kan?

Jadi kali ni Tok nak kongsikan kesilapan dalam buat bajet yang korang kena elakkan. Nombor 5 paling penting!

Nak tahu lebih lanjut? Jemput baca artikel yang Tok dapat daripada Bijak Kewangan ini sekarang.

Nak uruskan kewangan ni bukanlah hanya pada tambah pendapatan ataupun kurangkan perbelanjaan. Ianya lebih kepada macama mana nak bina tabiat kewangan yang sihat dalam jangka masa yang panjang. Kita selalu fikir buat bajet ni menyusahkan hidup tapi sebenarnya bila kita buat bajet, kewangan kita akan lebih teratur. 

Kita mestilah jelas dengan keadaan kewangan kita sekarang supaya kita boleh buat keputusan kewangan yang lebih baik untuk masa depan. Masih tak terlalu lambat untuk mulakan langkah menjadi bijak kewangan. 

Kali ni Min nak kongsikan senarai kesilapan dalam buat bajet yang anda boleh ambil pengajaran dan elakkan daripada terbuat. Jom baca artikel ini sampai habis. 

Kesilapan #1 : Tak tahu keadaan kewangan sebenar 

Anda mungkin terlepas pandang keadaan kewangan sebenar anda, terutama sekali bila anda stress. Sangat susah untuk anda bergerak untuk capai matlamat kewangan anda bila anda tak tahu keadaan anda sekarang. Anda boleh gunakan apps money management untuk anda track keluar masuk duit anda. 

Kesilapan #2 : Belanja berlebihan 

Bila tak berhati – hati dalam perbelanjaan, anda mungkin berdepan dengan risiko bil yang tinggi. Jadi apa yang anda perlu buat adalah dengan alert apa yang anda belanja setiap hari. Untuk pengangkutan, order makanan online, shopping, bayar bil dan komitmen. Analisis ni akan membantu anda untuk buat strategi macam mana anda boleh belanja dengan bijak.

Kesilapan #3 : Perbelanjaan pasif

Adakalanya kita boleh terlepas pandang bila dah buat subscription bulanan. Cuba tengok balik apa yang kita bayar subscription bulanan contohnya gym membership, Netflix, dan sebagainya. Yang mana anda guna sepenuhnya? Yang mana anda boleh potong terus? 

Kesilapan #4 : Mengelat dari bayar hutang

Bila ada hutang, nak tak nak memang kena bayar. Hutang kad kredit, hutang pinjaman pelajaran dan hutang pinjaman perumahan. Semua ni hutang yang kita kena alert supaya tak terlepas bayaran bulanan. Anda mesti tak nak rekod CCRIS anda rosak kan?

Kesilapan #5 : Tak buat tabung dana kecemasan 

Sebaik sahaja anda mula bekerja, mulakan tabung dana kecemasan. Kebiasaannya untuk tabung dana kecemasan ini berjumlah 3 bulan gaji anda. Elakkan daripada usik dana kecemasan walaupun anda fikir anda akan bayar balik nanti. Guna hanya bila ada keperluan mendesak je. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Kesilapan #6 : Tak melabur untuk masa depan 

Untuk setiap tahap kehidupan kita, macam mana kita buat keputusan berkenaan duit kita boleh memberi impak di masa hadapan. Diversify duit kita kepada pelaburan. Untuk umur 20 – 25, anda boleh mulakan dengan menyimpan dan banyakkan cash reserve. Untuk umur 26 – 35, anda boleh mula tambah dana persaraan dan mula melabur. Untuk umur 36 – 60, anda akan mula berdepan dengan tanggungjawab kewangan yang lebih besar contohnya hutang rumah, pendidikan anak, dan tanggungjawab keluarga. 

Jadi mulakan melabur untuk masa depan. 

Kesimpulan

Uruskan kewangan ni tidaklah semudah yang disangka. Kadangkala kita akan terbuat silap juga. Maklumlah manusia tak lari daripada kesilapan. Min harap anda belajar sesuatu daripada perkongsian Min kali ni. 

Mulakan langkah sekarang. Min doakan anda dapat jadi bijak kewangan tahun ni. Semoga dipermudahkan. Aaminn.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed