PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Sebab apa ramai orang lebih suka beli kereta dulu berbanding beli rumah?

“Fuh, akhirnya. Berjaya juga aku genggam segulung ijazah.”

Dan korang pasti dah tahu apa yang ada dalam fikiran sesetengah graduan. Bila dah mula kerja nanti, mereka akan beli apa dulu?

Yalah. Dah penat belajar. Mestilah nak cari kerja dan beli kereta dulu kan? Baru ada kelas dan dipandang tinggi.

Nak salahkan mereka 100%, tak boleh juga. Maafkan mereka, mereka tak tahu (korang mesti tahu Tok quote lirik lagu mana. Hehe).

Tapi, kenapa mereka tergila-gila nak beli kereta dulu? Tok sarankan graduan hayati ilmu yang Tok baca kat blog duitkertas.com ini.

Sebab #1: Pinjaman kereta tak susah macam nak buat pinjaman rumah

Siapa yang tak suka benda senang, kan?

Tambahan pula, lepas saja tamat belajar, banyak pula iklan yang fokus secara khusus kat graduan ni, yang buatkan nafsu mereka bergelora dan mengombak nak beli kereta pertama.

Skim beli kereta secara “zero downpayment” pula, senang-senang menusuk minda mereka yang “terpelajar” ini.

Yang tak best, orang “terpelajar” ini pula rela bagi laluan idea ini terpasak dalam minda tu. Sayang.

Kalau nak beli rumah, banyak benda nak kena buat. Nak kena cantikkan CCRIS, kena ada pendapatan yang stabil, dan lain-lain lagi.

Lain cerita kalau nak beli kereta. Asal gaji lepas bayar ansuran bulanan, dah kira boleh pakai kereta tu. Dengan gaji yang rendah pun, boleh keluarkan kereta tanpa banyak masalah.

Itu sebab ramai graduan lebih tertumpu nak beli kereta dulu, baru beli rumah. Tapi bila nak beli rumah nanti, tak lepas pula sebab komitmen kereta jadi penghalang.

Dan bermula episod drama khas dalam hidup mereka. Serang sana-sini. Salahkan kerajaan. Salahkan pelabur hartanah. Salahkan orang tu. Salahkan orang ni.

Bila entah nak mula tunding jari kat diri sendiri.

Sebab #2: Terlampau banyak promosi yang buatkan nafsu membuak-buak

Sekarang ni, bersepah-sepah promosi dan diskaun kereta.

Kalau tengok tanpa berfikir, kita akan pandang promosi ini sebagai satu tawaran yang ohsem. Ia buatkan kita rasa rugi kalau tak beli kereta cepat-cepat.

Tak masuk lagi bab kereta menjadi hadiah bila korang melanggan Astro, beli kad Touch ‘n’ Go, dan banyak lagi promosi serupa ini.

Ini adalah salah satu taktik untuk galakkan orang ramai membeli kereta, khususnya graduan.

Kalau nak cerita pasal iklan, Tok rasa tak perlu kot. Buka TV atau radio, mesti terselit 1 atau 2 iklan kereta.

Buka Facebook, jenama “H” pula pos promosi Hari Raya. Siapa tak nak beraya dengan kereta baru kan?

Sebab #3: Duit muka rendah gila “cadbury”

Bukan tu saja. Kalau nak beli kereta tanpa deposit pun ada.

Makin banyak skim berupa “dapat kerja, boleh terus beli kereta” kat pasaran sekarang. Dan ramai pula yang tak kisah jadi mangsa.

Betul. Korang layak beli kereta bila dapat kerja. Deposit tak letak tinggi pun tak apa. Janji loan senang nak lepas sebab korang dah bekerja.

Tapi, sanggup ke korang tanggung bayaran ansuran yang lebih tinggi? Nak tanggung kos maintenance kereta, tol, dan minyak lagi.

Duit yang korang guna buat tanggung kos kereta tu, silap-silap cukup untuk bayar deposit rumah baru.

Sebab #4: Gaya hidup mesti “A+”

“Aku dah pulun setengah mati masa belajar dulu. Takkan nak beli kereta pun tak boleh?”

Mungkin kereta dah dilabel sebagai “hadiah kejayaan” bila dah habis belajar kat universiti. Penat belajar selama 3 atau lebih, kan?

Hakikatnya, kita selalu terdedah dengan gaya hidup yang mewah macam kat drama televisyen. Dan idea kereta sebagai lambang kemewahan pula dah semakin sebati dengan diri.

Kawan-kawan pula, ada yang dah pakai kereta mahal. Wajib kena kejar. Takkan nak biarkan diri kita jauh ketinggalan?

Bila ini jadi pegangan, tak mustahil kewangan korang akan tersadai satu hari nanti.

Betul. Kereta adalah satu keperluan.

Tapi tak patut beli kereta selagi kita tak tahu uruskan kewangan dengan baik. Lagi-lagi bila baru dapat kerja lepas graduate.

Bayangkan kejap perkara ni.

Selama 9 tahun, korang “terpaksa” jadi hamba bank dan bayar ansuran setiap bulan. Untuk bayar kereta yang semakin berkurang dari segi nilai. Berbaloi ke?

Kalau korang beli kereta dan tak mampu nak menyimpan setiap bulan, Tok minta tolong korang berfikir balik. In Shaa Allah, masih sempat nak ubah nasib korang tu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *