PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kenapa 10 rumah jenis ini terpaksa dijual dengan harga murah?

Kadang-kadang, kita terpaksa tutup sebelah mata untuk menjual rumah.

Sebab tak semua jenis rumah boleh dijual dengan mudah. Ada je kes yang ambil masa bertahun, baru dapat dijual.

Ini antara 10 jenis rumah yang susah nak jual nukilan Tuan Hamizi Hamdan. Dan kalau korang nak jual, biasanya kena turunkan harga yang (mungkin) lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

Apakah jenis rumah yang susah nak jual ini?

Hakikatnya, bukan semua rumah mudah nak jual.

Ada beberapa jenis rumah agak sukar dijual (walaupun pada harga pasaran) kerana kurang pembeli yang berminat. Sebab itu rumah jenis ini perlu dijual murah untuk menarik minat pembeli.

#1: Rumah apartmen (tanpa lif) di tingkat 3 dan 4

Jika terdapat unit di tingkat lain untuk dijual maka sukar untuk unit di tingkat 3 dan 4 (atas sekali) untuk dijual. Ramai orang kurang gemar memanjat tangga.

Lebih sukar kalau ada anak-anak kecil, atau pasangan korang sedang mengandung.

Nota: Ketinggian maksima apartmen tanpa lif adalah 5 tingkat, dengan tingkat paling bawah dipanggil ground floor.

#2: Apartmen tingkat bawah (ground floor)

Jika tingkat bawah adalah pada level common area (di mana orang lalu-lalang), ia mengganggu keselesaan hidup penghuni unit di level berkenaan.

Mereka tak boleh nak menyingkap langsir dan tidur, sebab sering diganggu oleh kebisingan orang yang lalu-lalang di tepi unit mereka.

Itu sebabnya ramai pembeli lebih menyukai Level 1 berbanding unit ground floor.

#3: Apartment tingkat paling atas sekali

Sebahagian apartmen agak panas di tingkat paling atas (mungkin disebabkan faktor rekabentuk rumah, atau lain-lain sebab).

Ini akan lebih teruk semasa musim panas. Penghawa dingin atau kipas perlu dihidupkan sentiasa.

#4: Rumah mahal yang berjiran dengan kawasan rumah murah

‘Rumah mahal’ yang terlalu hampir dengan jirannya si ‘rumah murah’ juga sukar dijual. Ia ibarat mencacatkan pemandangan. Orang yang berkemampuan tak berasa teruja untuk membelinya.

#5: Dekat dengan kawasan loji kumbahan

Ini antara sebab yang sangat jelas kenapa tak ramai berminat nak beli rumah ni.

#6: Rumah yang dekat dengan substation TNB

Siapa yang tak risau kalau substation ni meletup, dan rumah kita pula terletak betul-betul kat sebelah?

Walaupun ia mungkin tak akan berlaku, tapi kerisauan dan kemungkinan itu tetap wujud.

#7: Rumah jenis Semi-D Cluster

Ramai orang dah tahu. Rumah Semi-D memang agak mahal harganya.

Sebab tu, hanya sebilangan orang je yang mampu membelinya. Kalau ada 2 pilihan (Semi-D biasa dengan Semi-D Cluster), maka pembeli akan lebih berminat membeli Semi-D yang biasa.

Orang banyak duit boleh memilih. Mereka tak gemar dapur mereka menghadap dinding rumah jiran dan takde tingkap (biasanya).

#8: Rumah banglo kayu

Mungkin ada yang berminat. Tapi masalah mendapatkan pinjaman bank menyebabkan pembeli perlu wang tunai yang banyak.

Tanah (jika status bangunan kediaman) boleh diberi pinjaman sehingga 80%. Tapi bangunan kayu itu tak diberikan pinjaman.

#9: Rumah jenis resort (rumah percutian)

Apa yang berlaku di Malaysia setakat ini, banyak resort home yang gagal beri pulangan yang baik kat pembeli, seperti yang disasarkan pemaju semasa pelancaran.

Ini berlaku sekiranya pemaju tak buat proses naik taraf kemudahan, serta tarikan baru ke tempat berkenaan.

#10: Rumah berstatus Rizab Melayu

Kebanyakan masanya, rumah yang berstatus Rizab Melayu menghadapi kesukaran mendapatkan pembeli Melayu yang berkemampuan. Penjual kena puas hati dengan apa yang ada.

Kalau korang ada antara 10 jenis rumah ini, Tok mohon korang bersedia untuk jual pada harga yang sedikit rendah berbanding harga biasa (harga pasaran semasa).

Jadikan situasi ini sebagai pengajaran, dan sehabis boleh, elak membeli rumah jenis ini pada masa depan. Lagi-lagi rumah yang nak dibuat sebagai pelaburan.

Baik lagi rumah tu dapat dijual (dengan harga yang sedikit murah), berbanding tak dapat dijual langsung, kan?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *