22.9.16 Home loan burden 1

Kantoi bayar ansuran rumah? Awas. Klausa ini bakal buatkan installment anda meningkat lebih tinggi

Basically, Tok nampak ada 2 jenis manusia kat muka bumi ni.

Pertama, jenis yang rajin membaca sampai habis. Yang ke-2, jenis yang tak membaca setengah jalan (atau lebih teruk, tak membaca langsung).

Sekarang, tanya diri sendiri. Masa beli rumah, korang ada baca tak klausa yang ada kat offer letter tu?

Bagi yang dah baca, tahniah. Bermakna korang dah tahu apa yang patut korang buat.

Buat yang belum “sempat” atau “terlepas” baca, Tok suggest korang hadamkan perkongsian Tuan Khairul Ezuwan ini.

Ini dia klausa yang akan “makan” orang yang kantoi bayar installment rumah

Daripada ramai orang yang membuat pinjaman & pembiayaan Hartanah , saya rasa hanya 20% je yang faham apakah itu ‘Default Clause’.

Default clause ni, suka saya umpamakan seperti hukuman gantung.

Clause ini memang dengan jelas ada di dalam Letter Offer pinjaman dan pembiayaan korang. Mungkin ada antara korang tak diterangkan, atau korang sendiri buat tak endah pasal clause ni.

Clause ini tak akan terkesan kepada mereka-mereka yang membuat bayaran tepat pada waktunya. Yang tak kantoi bayar tu, boleh la tarik nafas lega ya.

Kalau korang faham mengenai default clause ini, korang akan lebih berhati-hati dalam membuat pembayaran pinjaman dan pembiayaan.

Default clause ini terdapat dalam perjanjian pinjaman konvensional, juga pembiayaan Islamic.

Dalam konsep konvensional, interest (faedah) dinaikkan. Dalam konsep Islamic , ibra’ atau rebet dikurangkan tapi tak boleh melebihi selling price.

Jangan salah faham pula dengan menyatakan Islamic financing menaikkan interest melalui default clause ya. Salah tu.

Dari 4.25% jadi 9.15%? Tinggi gila!

Sekiranya korang kantoi membayar pinjaman 3 bulan berturut-turut, kadar efektif pinjaman korang akan berubah kepada BLR + 2.5%. Sedangkan rate efektif sebelum ini adalah BLR – 2.4%.

Katakan BLR bank tersebut 6.65%, sebelum ini anda enjoy rate efektif (6.65%-2.4%) = 4.25%.

Tapi, bila korang melanggar default rate ini, rate efektif akan terus bertukar kepada (6.65%+2.5%) = 9.15%.

Korang nampak tak apa yang berlaku?

Katakan pinjaman asal anda RM300,000 dengan rate efektif 4.25%, menjadikan installment pinjaman korang untuk tempoh 35 tahun adalah RM1,374.

Tapi bila langgar default clause ini, rate efektif bertukar kepada 9.15%, dan installment korang bertukar jadi RM2,386.

Bayangkan dengan rate tersebut, interest bulanan je (tak termasuk bayaran principal) adalah RM2,288.

Kalau korang hanya kekalkan membayar RM1,374, maka principal pinjaman akan meningkat setiap bulan. Ini mengakibatkan lapse pinjaman korang akan meningkat dan akhirnya rumah terlelong.

Gambar ini untuk bantu pemahaman anda

3 tahun setengah yang lepas, pinjaman asal adalah RM173, 918.30. Namun hari ini pinjaman ini berubah dan berbaki RM190,047.39 .

Prasan tak, rate efektif telah bertukar menjadi 9.15%? Inilah bahana kalau korang melanggar klause ni.

2 gambar kat bawah ni pula adalah contoh perjanjian pinjaman & pembiayaan bahagian default clause menggunakan BLR dan IBR.

Apa lagi yang saya perlu tahu pasal klausa ini?

1) Ada bank yang mensyaratkan korang membuat payment prompt selama 6 bulan untuk effective rate kembali kepada kadar asal.

Ada juga bank yang mengenakan hukuman ini tanpa menurunkan semula effective rate.

Memang terus jatuh hukum gantung mandatori, sama ada korang buat refinancing ke bank lain bila rekod CCRIS korang telah pulih, atau terpaksa jual rumah korang tu.

2) Ada sesetengah bank yang meletakkan 1 bulan lapse payment, sudah dikenakan hukuman atas klausa ini.

3)  Semua bank ada default clause ini. Apa-apa pun, penting untuk korang baca dan fahamkan.

Sebab lain bank, lain polisi. Tanya pegawai bank yang uruskan permohonan loan korang tu ya.

Jangan pandang ringan perkara ini ya. Pastikan bayaran pinjaman & pembiayaan rumah korang dibayar tepat pada waktunya. Dan pastikan juga baca bahagian default clause ini.

Nota: Boleh share ramai-ramai supaya semua orang yang ada dan bakal buat pinjaman atau pembiayaan rumah alert dengan perkara penting ini.

Tok harap lepas baca perkongsian ni, korang akan berusaha sehabis baik untuk elakkan masalah ni terkena kat korang.

Tak pasal-pasal korang kena bayar lebih banyak daripada biasa. Kan menyusahkan diri tu?

Yang terbaik korang boleh buat adalah bertanya dengan pegawai bank pasal ni. Ringankan mulut tu. Baik lagi berusaha ambil tahu daripada buat-buat tahu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.