PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Jimatkan perbelanjaan anda sehingga RM1,000 sebulan, dan simpan lebih banyak duit

Apa perkara yang paling banyak “menelan” duit kita setiap hari?

Dalam banyak kes, ramai yang kerap berbelanja untuk perkara kecil secara tak sedar. Contohnya, beli air mineral, makanan ringan, atau lain-lain.

Banyak yang kita boleh jimatkan sebenarnya.

Nak ubah tabiat ni? Tok ada satu perkongsian yang pasti memberi manfaat kat korang.

Tok baca tip ini dekat blog duitkertas.com.

#1: Hentikan langganan siaran berbayar

Kalau korang seorang peminat bola sepak, yuran bulanan untuk siaran berbayar adalah sebanyak RM150 (yang paling murah).

Itu tak termasuk yang melanggan siaran movie, yang yuran bulanan boleh mencecah sehingga RM200.

Nasihat kami, potong sahaja siaran berbayar tu sebab korang boleh tonton melalui Astro Njoi. Korang hanya perlu bayar masa pendaftaran sahaja.

Korang boleh jimat: RM150.00

#2: Ambil pakej servis WiFi yang berbaloi

Zaman sekarang, Internet sangat penting terutama sekali untuk mereka yang mempunyai business online. Internet adalah salah satu punca pendapatan mereka.

Kalau korang masih baru dalam Internet, pilih pakej yang murah di mana kosnya rendah. Yuran bulanan ada yang mencecah RM200 sebulan, sedangkan korang boleh pilih yang lebih murah iaitu RM100.

Tapi, kalau business online korang perlukan Internet yang laju, takde masalah untuk langgan Internet yang mahal kerana kami pasti korang sedang buat duit melalui business online.

Korang boleh jimat: RM100.00

#3: Guna pelan Internet yang anda perlukan saja

Sekarang, smartphone memang wajib untuk ada pelan data Internet, sebab ramai yang gunakan WhatsApp dan Facebook.

Kalau korang seorang yang bekerja makan gaji, korang perlu berada dekat pejabat dari pagi hingga petang. Korang tak perlu Internet yang mahal jika kalau hanya duduk dalam pejabat.

Dan kalau rumah korang dah ada WiFi, sebenarnya dah tak perlukan data pelan yang mahal.

Boleh je ambil talian pascabayar. Komitmen bulanan paling murah adalah RM80, di mana korang sebenarnya boleh ambil pakej Internet prabayar sebanyak RM30 sebulan.

Korang boleh jimat: RM50.00

#4: Kan ada gym yang percuma?

Ramai yang datang ke gym untuk memiliki badan dan hidup yang sihat. Cuma, kebanyakan yuran bulanan keahlian gym adalah RM200 sebulan (caj purata gym yang terkenal).

Korang sebenarnya boleh jimat tanpa perlu datang ke Gym.

Buat senaman di taman, di luar rumah atau di dalam rumah. Selain itu, korang juga boleh amalkan pelbagai jenis diet untuk memiliki berat badan ideal.

Korang boleh jimat: RM200.00

#5: Kurangkan tabiat beli kopi mahal

Kalau korang penggemar kopi mahal yag berharga RM15 – RM20 untuk satu cawan, cepat-cepat belajar dan berusaha kurangkan aktiviti tu.

Korang sebenarnya dah membazir terlalu banyak. Padahal boleh je kopi kopi yang lebih murah dekat mamak.

Kalau korang beli kopi tu sebanyak 10 kali sebulan, ini bermakna korang dah belanjakan sebanyak RM200 sebulan. (RM20 X 10 kopi).

Ini salah satu pembaziran yang mungkin ramai buat secara tak sedar.

Korang boleh jimat: RM200.00

#6: Pilih makanan yang betul

Waktu rehat di pejabat, ramai yang ingin dapatkan makanan yang cepat untuk sampai. Dan fast food adalah salah satu pilihan.

Tapi korang tahu kan, harga untuk set fast food boleh mencecah RM10 untuk makanan biasa-biasa sahaja.

Dan selalunya, memang akan terlebih dan mencecah sehingga RM15.

Kalau korang pergi ke kedai fast food  yang luar biasa, set makanan lunch akan makan duit korang lebih kurang RM50 untuk sekali makan!

Cuba kira kalau korang fast food yang luar biasa sebanyak 2 kali sebulan. Korang dah belanjakan sebanyak RM50 x 4 = RM200.

Korang boleh jimat: RM200.00

Jumlah keseluruhan yang anda boleh jimatkan?

Jom kita buat kira-kira:

1) Langganan siaran berbayar = RM150

2) Internet (WiFi) = RM200

3) Data smartphone = RM50

4) Keahlian gym = RM200

5) Kopi mahal = RM200

6) Fast food = RM200

Total yang korang dapat jimatkan = RM1,000

Nota: Ini belum termasuk lagi perbelanjaan lain seperti maintenance kereta (minyak, tol, dan sebagainya), kecemasan, makanan, atau lain-lain perbelanjaan asas ya.

Kalau korang dapat jimatkan perbelanjaan asas pada masa yang sama, lagi bagus. Bertambah banyak duit yang korang boleh jimatkan.

Bagi Tok, semua orang boleh berjimat. Nak tak nak, kena belajar paksa diri berjimat dan tahan nafsu membeli.

Tok yakin korang boleh buat punya. Tak ada yang mustahil dalam dunia ni. Semoga berjaya.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *