Korang newbie yang tengah terfikir nak mulakan pelaburan hartanah?
Tok yakin korang dah sedia maklum. Banyak perkara yang korang perlu sediakan sebelum korang boleh melabur dengan hartanah.
Tapi sebelum korang baca ilmu yang lebih ‘mendalam,’ baik lagi korang kuatkan asas terlebih dulu.
Antara soalan yang paling penting korang kena jawab adalah :
“Apa tujuan utama korang melabur dalam hartanah?”
Kalau korang tengah mencari jawapan untuk soalan ni, jemput hadamkan perkongsian Tok sebagai ‘sarapan minda’ korang pada pagi ni.
Utusan Malaysia ada keluarkan statistik tentang pemilikan hartanah tahun 2015, dan perkara ni buat Tok sedih.
Hanya 39.5% pembelian daripada golongan Bumiputera, 53.4% adalah bukan Bumiputera, dan 7.1% adalah pembelian daripada syarikat.
Fakta ini jadi bukti yang ramai rakyat Malaysia masih kurang kesedaran pentingnya pelaburan hartanah.
Jangan sampai satu masa nanti peluang dah tak ada, korang hanya mampu ternganga saja.
Korang tak pelik ke? Orang luar berlumba-lumba beli dan kumpul hartanah dalam negara kita.
Orang kita pula, lagi rela perabis duit ke benda-benda lagha. Pepatah “biar papa asalkan bergaya” masih jadi pegangan hidup yang setia.
Salah siapa? Tunding jari ke muka sendiri dulu sebelum mula salahkan orang lain.
Kalau tak tahu, kita boleh ubah dengan mula mencari ilmu. Mulakan sikit-sikit dahulu. Lama-lama, pasti membukit ilmu tu.
Kalau korang serius nak belajar (atau nak buat ulangkaji), boleh mulakan dengan baca perkongsian Tok ini.
Sebuah artikel yang ditulis oleh Michael Zuber, sesuai dijadikan sebagai ilmu pengenalan untuk mereka yang serius mahu ceburi pelaburan hartanah.
Korang dah sedia? Dengan lafaz Bismillah, mari kita mulakan.
Seperti yang kita sedia tahu, ada banyak jenis pelaburan yang boleh kita guna untuk tambah duit. Salah-satunya adalah pelaburan hartanah.
Bak kata mogul hartanah Amerika Syarikat, Donald Trump:
“Ia boleh dipegang dan disentuh. Ia cantik, pada masa yang sama, ia juga menarik. Pada pandangan saya, ia cukup berseni, dan saya benar-benar jatuh hati pada pelaburan hartanah.”
Pada pengetahuan Tok, dengan mengkaji jawapan orang ramai tentang pandangan mereka berkenaan pelaburan hartanah, ia boleh bantu kita dapatkan jawapan terbaik untuk diri kita sendiri.
Michael Zuber di BiggerPockets mengkaji sebab mengapa orang suka pelaburan ini, dan sebab personal beliau mula ceburi arena ini dengan sepenuh hati.
Ini menjadi antara sebab popular yang kerap digunakan oleh pelabur hartanah. Walaupun pekerjaan mereka dahulunya hebat-hebat belaka, mereka tak ada kebebasan masa.
Masalah itu tamat selepas mereka ceburi pelaburan ini.
Pelaburan hartanah amat mudah. Ia sesuai untuk orang yang mahu buat duit dan dapatkan kebebasan berganda daripada sudut masa.
Secara kasar, seorang pelabur hartanah hanya perlu:
Ramai pelabur hartanah yang Zuber temubual berkongsi satu pendapat yang sama.
Pelaburan hartanah berikan mereka kawalan dalam sudut kewangan, tak sama seperti pelaburan lain.
Hakikatnya, kita tak boleh kawal pelaburan lain, selain daripada pelaburan ini.
Tak kurang juga yang akui pelaburan ini adalah alternatif bagi mereka.
Ia sebagai langkah mempelbagaikan portfolio pelaburan yang mereka buat. Ramai antara mereka sekadar mahu dapatkan pulangan lumayan melalui pelaburan ini.
Pelaburan hartanah juga sesuai dijadikan pekerjaan sepenuh masa (karier).
Ramai sahaja yang memilih pelaburan ini sebagai ganti pekerjaan terdahulu mereka.
Tak kurang juga, ramai yang mulakan langkah dalam pelaburan ini tanpa sebarang pengetahuan tentang hartanah, dan mereka sentiasa tambah ilmu secara konsisten.
Tak kurang pula pelabur yang sukakan “thrill”.
Golongan ini suka kejar tawaran pelaburan yang terbaik, sehingga ia jadi tabiat.
Mereka ketagih memburu setiap peluang yang ada dalam dunia pelaburan hartanah, dan ia adalah sesuatu yang positif untuk dilakukan.
Selepas beberapa tahun, Zuber sedar pelaburan ini berikan pelbagai pilihan kepada dirinya.
Dia bebas untuk pilih dan beli setiap peluang pelaburan yang tersedia, serta ada banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga.
Berbanding pelaburan lain, pelaburan ini lebih banyak kelebihan daripada kekurangan.
Sudah tentu boleh. Ada banyak strategi untuk buat duit melalui pelaburan hartanah, dan ia tak akan ganggu prestasi pekerjaan sepenuh masa korang.
Jumlah pulangan pelaburan bergantung kepada:
Tak wajib untuk korang berhenti kerja atas sebab nak jadi pelabur hartanah. Lagipun, Tok faham. Ramai yang bekerja sekarang kerana “passion”.
Melainkan korang dah fikir masak-masak dan dah buat kira-kira tentang pelan tindakan dan risiko.
Cuma pesan Tok, korang masih boleh jadi pelabur hebat walaupun masih bekerja bawah orang.
Cuba baca dan dalami nasihat Brandon Turner ini:
“Salah satu faedah menjadi pelabur dan masih bekerja sepenuh masa, adalah kita ada pendapatan tetap yang stabil dan ia boleh menampung kos pelaburan. Kelebihan ini boleh kurangkan masalah kita.”
Kenapa Tok cakap macam tu? Baca sebab-sebab kat bawah ni :
Ini sebab utama korang bekerja dari pukul 9 hingga 5.
Duit untung yang korang dapat, boleh guna untuk tambah pelaburan sedia ada. Cara ini boleh buat korang besarkan saiz pelaburan korang tanpa bazirkan banyak masa.
Tok tambah sikit. Duit gaji korang sebenarnya cukup sangat untuk tampung belanja bulanan.
Sambil korang belajar pasal pelaburan, belajar sekali tentang pengurusan kewangan. Lagi bertambah-tambah ohsem kewangan dan hidup korang.
Korang rasa, apa kelebihan yang Tok maksudkan?
Betul. Korang lebih mudah buat loan bank, hasil daripada gaji bulanan korang itu.
Kalau pelabur sepenuh masa, belum tentu boleh dapat berbanding korang yang senang dapat kelulusan bank.
Korang boleh guna kelebihan ini untuk luaskan lagi empayar pelaburan hartanah korang.
Daripada bayar ansuran Honda Civic yang mencecah RM1,000++ sebulan, baik lagi bayar ansuran pelaburan hartanah korang. Lagi berbaloi-baloi.
Pelabur sepenuh masa hanya boleh belajar melalui buku, sewaktu berjumpa orang untuk urusan hartanah, hadirkan diri ke seminar pada hari minggu, atau lain-lain yang sewaktu dengannya.
Korang lagi best, boleh belajar benda baru setiap hari berbanding pelabur sepenuh masa.
Beri perhatian untuk tingkatkan “soft skills” (kemahiran insaniah) korang, seperti mendengar, berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, pemikiran kreatif, dan macam-macam lagi. Hargai peluang ini setiap hari di tempat kerja korang.
Kebanyakan syarikat akan berikan latihan bagi membina kemahiran korang.
Maknanya, korang tak perlu bayar ratusan atau ribuan ringgit untuk menghadiri seminar atau kelas seperti pelabur sepenuh masa.
Tok rasa, korang pun tahu berapa kos untuk seorang untuk menghadiri seminar yang bagus, kan? Korang untung ada kelebihan ini.
Sebab majikan korang tolong bayarkan, korang boleh dalami ilmu itu untuk pelaburan dan diri sendiri.
Korang dah untung 2 kali ganda. Jadi, sentiasa bersyukur dengan kelebihan ini.
—
Korang sendiri boleh nampak, ada banyak kelebihan kat korang yang bekerja sambil buat pelaburan hartanah.
Cuma, jangan pulak korang ambil mudah. Tengah sedap ada 2 sumber pendapatan tu, dah mula acah-acah kaya. Tukar smartphone macam tukar stokin.
Kalau korang dah tau duit tu kena ‘makan’ dengan inflasi, apa yang perlu korang buat?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.