Sumber gambar My Bajet Info 1

Jangan beli rumah, sewa dulu – Sampai bila anda nak tunggu?

Tak reda lagi kes tentang jangan beli rumah, dan menyewa terlebih dulu. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tak.

Pada pandangan Tok, ini bukan jalan penyelesaian terbaik. Idea tu, ada. Tapi selesaikan masalah ke?

Objektif utama adalah nak tingkatkan pemilikan rumah, bukan nak luaskan lagi jurang yang masih belum memiliki rumah.

Lagi lama korang tunggu, lagi menggila la harga rumah nanti. Dan apa yang Tok perhati, ramai je yang layak beli rumah. Tapi tak tau macam mana nak mula.

Korang akan ubah fikiran lepas baca perkongsian Tuan Azizul Azli Ahmad yang sempoi ni.

Penyumbang kepada jumlah pemilikan hartanah bumiputera yang sedia rendah?

1. Macam mana sedang kita tengah menyewa dah lebih 10 tahun, tiba-tiba kita meninggal, hilang upaya, atau mati dilanggar lori? (contoh)

2. Semakin lambat kita beli, semakin pendek tempoh pembiayaan yang kita dapat. Bermakna, korang kena bayar ansuran bulanan yang lebih tinggi.

3. Semakin lewat kita beli rumah, semakin tinggi kadar Takaful yang kita kena tanggung. Bila umur 40 baru beli rumah, bank rasa kita hidup tak lama lagi.

4. Peraturan dan kawalan perundangan kerajaan tempatan di UK, berbeza dengan peraturan Ulu Kelang.

5. Kalau kita beli awal dengann purata kenaikan nilai (capital appreciation) sekitar RM30,000 setahun, kita dah ada sebuah aset berharga.

6. Cadangan menyewa tak membantu untuk meningkatkan pemilikan hartanah bumiputera yang sedia rendah.

7. Mop lantai di rumah yang kita sewa dan rumah sendiri, ada bezanya. Kasih sayang masa mop lantai rumah sendiri, dah tentu lagi tinggi.

8. Golongan ‘kapitalis’ yang banyak rumah akan terus kekal kaya, kita yang miskin akan terus menyewa.

9. Isteri akan lebih cintakan kita, kalau rumah yang kita duduk ada bahagiannya nanti (bila korang dah takde nanti).

10. Lebih senang nak luaskan dapur gaya hipster nak bagi mertua sayang, sebab itu bukan rumah sewa korang. Itu rumah korang sendiri.

Memang, untung gila sewa rumah lama-lama

“Sewa lebih baik daripada membeli?”

1. Kita bincang idea ini supaya dapat jawapan yang tuntas dan baik.

2. Kalau gaji kita RM5,000 (contoh), median harga rumah yang baik untuk kita adalah rumah yang berharga RM330,000 (RM5,000 X 12 X 5.5).

3. Bagi penjawat awam, keupayaan untuk pinjam RM500,000 ni perlukan gaji sekitar RM4,500 hingga RM5,499 sebulan.

Nota: Dalam kelas saya, saya tak galakkan untuk maksimumkan pembiayaan ni. Mereka tau kenapa.

4. Jom kita buat kira-kira kejap.

Kalau kita kekal bayar sewa pada kadar RM1,500 sebulan untuk tempoh masa 30 tahun, dengan kadar kenaikan setiap 3 tahun, berapa banyak jumlah duit yang tuan rumah tu terima?

Lebih kurang sebanyak RM702,000 tau. Adakah ini satu jumlah yang sihat untuk kita tanggung?

5. Sanggup ke korang berpindah-randah bila usia semakin meningkat bila tak mampu bayar sewa nanti?

Sebab utama anda wajib beli rumah daripada terus menyewa

6. Boleh ke kita (yang dah selesa tinggal dekat rumah sewa harga RM500,000), untuk turunkan taraf hidup dengan rendahkan martabat kita menyewa rumah yang harga RM300,000 lepas 20 tahun?

7. Kalau dalam tempoh menyewa kita hilang upaya atau meninggal dunia, apakah tuan rumah yang mulia tu akan kekalkan anak isteri kita di situ, atau dihalau tinggal bawah jambatan yang ada permaidani?

8. Kadar pemilikan hartanah bumiputera masih lagi rendah dan mulia, apakah kita masih lagi nak kekal sewa tanpa beli rumah?

Cakap memang la senang. Apa pilihan yang ada?

9. Beli kediaman yang sesuai dengan median gaji yang betul.

10. Pasaran subsale (second hand) atau sekunder, masih banyak sediakan jenis kediaman bawah RM350,000 hingga RM400,000.

11. Benar, tak semua harga rumah akan naik. Beli hartanah yang betul dan semua orang ‘cinta.’ Senang cerita, beli rumah yang orang lain pun nak beli.

Bermakna, beli mass market yang semua orang suka dengan keperluan 3 bilik dan 2 bilik air, masih banyak dekat luar sana.

12. Hubungi ejen hartanah berdaftar. Mereka ada senarai hartanah yang luar biasa berdasarkan kemampuan kita.

Kalau mereka gagal sediakan, cari ejen lain.

Beli, ikut mampu. Bukan ikut nafsu

13. Bila beli hartanah yang betul, secara automatik korang akan jadi komited untuk kekal membayar.

Kalau salah beli, ada potensi hartanah korang tu akan dilelong.

14. Beli hartanah yang telan hanya bawah 35% dari gaji kita. Kalau tak, korang sendiri akan rasa bahangnya.

Dengan RM1,750 setiap bulan, kita mampu beli kediaman sekitar RM350,000. Jangan mengada-ngada pulak nak beli rumah harga RM500,000.

15. Jangan beli sebab ramai orang beli, atau ingin bergaya. Jadikan hartanah sebagai perlindungan keluarga, bukannya bebanan kita.

Kalau saya, lebih baik daripada menyewa. Takkan dah tua nak pindah-randah lagi ke mana-mana.

Sekadar pandangan saya yang lemah ini. Saya bukan pakar, saya cikgu sekolah je.

– Dr. Azizul Azli Ahmad

Ini bukan masa untuk korang layan lagi nafsu shopping setiap bulan, makan dekat kedai hype sampai habis beratus Ringgit, dan tukar iPhone setiap kali keluar model baru.

Pemilikan rumah, memang satu isu yang bikin ramai bimbang. Tapi, Tok percaya korang memang nak atasi masalah ni sehabis boleh.

Bagi yang belum ada rumah lagi, jangan pulak korang susah hati. Kalau korang usaha cari ilmu, mesti boleh beli sebiji rumah tahun ni jugak.

Ini mungkin peluang ‘tak masuk akal’ yang anda akan jumpa hari ini

Siapa kata gaji RM2,000 ke bawah tak mampu beli rumah? Kena cara, confirm korang boleh beli paling kurang sebiji punya.

Tok nak kongsi peluang yang jarang-jarang datang ni. Korang nak tak dibantu untuk beli hartanah pertama oleh seorang pelabur hartanah otai ni?

Apa barang bayar. PERCUMA je. Tok tak bergurau ya. Tapi kena klik gambar bawah ni (atau link ini) dan daftar cepat-cepat.

Nota: Klik sekarang dan cuba tengok berapa ramai dah daftar. Tawaran ni cuma untuk 30 orang yang layak je.

Jejak Kasih Hartanah Sidebar 1

Leave a Reply

Your email address will not be published.