Sumber gambar Wanderhoney.Com 1

Jaga skor kredit dengan baik, dan anda dapat nikmati 4 faedah ohsem ini

Kalau korang jenis yang OCD (suka bayar hutang tepat pada masanya), tak mustahil skor kredit korang berada dalam keadaan yang sihat walafiat.

Dan ia tak berhenti takat itu je.

Banyak lagi kelebihan yang menarik bila korang kekalkan momentum ini tau.

Jom kita baca perkongsian Cikpuan Iris Lee tentang topik ini, yang Tok baca kat blog iMoney.

Bawah ini adalah antara faedah yang korang akan dapat nikmati:

#1: Pinjaman baru ada peluang cerah untuk lulus

Dah tentu kita sakit hati kalau kena reject, bukan? Dan ini juga termasuk dalam hal permohonan untuk meminjam duit daripada bank, atau memohon kad kredit.

Tapi, ia tak dapat dielakkan kalau korang sendiri tak menjaga kesihatan kredit dengan baik.

Kad kredit yang terlampau banyak (dan sentiasa melebihi kadar pinjaman maksimum), dan tak mampu bayar pinjaman tepat pada masanya, adalah antara tanda-tanda yang merosakkan skor kredit korang.

Bank biasanya tak akan ambil risiko dengan memberikan korang kemudahan kredit yang lain, apabila perkara buruk seperti  ini berlaku.

Dengan memastikan kredit korang berada dalam keadaan sihat, korang akan ada peluang untuk buat pinjaman lain dengan lebih mudah.

Dan yang paling seronok, korang tak akan merasa sebarang rejection dalam membuat permohonan ini.

#2: Senang nak dapatkan had kredit yang lebih tinggi

Korang ada pelan nak melancong ke luar negara, atau nak berpindah ke rumah baru?

Mungkin korang perlukan bantuan kewangan tambahan untuk menampung segala perbelanjaan yang tak dirancang.

Dan dalam sesetengah keadaan, korang perlukan had kredit yang lebih tinggi untuk uruskan perkara seperti ini.

Ramai yang fikir, mempunyai had kredit yang tinggi adalah satu tindakan yang akan mengundang masalah besar.

Hakikatnya, kalau korang tahu nak uruskan dengan baik, ia tak akan jadi beban buat korang.

Dengan had kredit yang lebih tinggi, korang boleh latih diri sendiri supaya lebih berdisiplin dalam menguruskan penggunaan kad kredit.

Dan penggunaan kad kredit juga berkaitan secara langsung dengan kesihatan kredit korang.

Semakin rendah nisbah kredit yang korang gunakan (dengan syarat, tak melebihi had kredit yang ditetapkan), semakin bagus rekod kredit korang.

Bermakna, dengan had kredit yang lebih tinggi, korang ada peluang cerah untuk kekalkan kesihatan kredit yang lebih baik.

#3: Dapatkan pakej pinjaman rumah yang lebih baik

Salah satu ganjaran yang terbesar dan paling penting (dari segi kewangan), adalah tawaran gadai janji yang lebih baik bila beli rumah nanti.

Di Malaysia, pembeli rumah boleh dapatkan margin maksimum 90% untuk pembelian 2 hartanah kediaman pertama yang korang beli.

Cuma, bank hanya berikan kelebihan ini kepada mereka yang mempunyai kesihatan kredit yang baik.

Rekod kredit yang baik bermaksud, korang adalah pelanggan yang bank sayang. Sebab itu, korang dapat nikmati kelebihan ini bersama kadar faedah yang menarik untuk pinjaman yang korang buat.

Dan bukan takat ini saja tau. Korang juga dapat menikmati kadar yang menarik untuk pinjaman lain. Contohnya, seperti pinjaman peribadi atau loan kereta.

Bawah ini adalah contoh berapa banyak wang yang korang boleh jimatkan, kalau korang ditawarkan pakej pinjaman rumah untuk membeli hartanah berharga RM500,000.Screen Shot 2016-08-16 at 4.13.01 PM

Berdasarkan contoh ni, korang tak perlu nak bayar wang pendahuluan dan kadar faedah yang tinggi. Kan lebih banyak yang korang dapat jimatkan?

#4: Anda ada kuasa rundingan yang lebih tinggi

Korang mesti pernah dengar cara nak berunding dengan pihak bank untuk dapatkan kadar faedah yang lebih rendah, atau diskaun untuk pembayaran yuran tahunan kad kredit, kan?

Semua ini boleh kita buat, dan tak mustahil berlaku kalau korang ada rekod pembayaran kredit yang baik.

Dan bank pula, sentiasa melihat sejarah kredit sebelum korang dapat nikmati kelebihan ini.

Yuran tahunan kad kredit boleh jadi mencecah sehingga ribuan ringgit setiap tahun.

Tapi, kalau korang terbukti sebagai seorang pelanggan yang baik (sentiasa buat bayaran pinjaman tepat pada masanya), korang boleh gunakan kelebihan ini.

Dengan kuasa tawar-menawar seperti ini, korang akan ada lebih banyak ruang untuk shopping produk kewangan yang lebih baik.

Tak susah nak kekalkan kesihatan kad kredit yang baik.

Walaupun skor kredit korang tak baik sekarang, tak mustahil ia boleh beralih ke arah yang lebih baik. Paling kurang, dalam masa setahun, dah boleh pulih seperti sediakala.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.