Isu Brexit: Pertahan aset walaupun UK buat keputusan keluar EU.

Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yakin aset hartanah mereka kat United Kingdom (UK) akan bertahan untuk jangka masa panjang.

Mereka tetap yakin dengan tanggapan ini, walaupun UK mengambil keputusan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Wan Kamaruzaman Wan Ahmad menambah, pemilikan hartanah kat UK adalah penting bagi mendapatkan pulangan dalam jangka masa panjang, dan bukan bagi tujuan spekulasi hartanah.

Tak dinafikan, harga hartanah akan merosot dalam masa yang singkat kalau UK keluar daripada EU. Serta pulangan daripada hasil sewaan akan merundum sebab nilai pound sterling yang mungkin akan susut.

“KWAP tak melihat langkah UK ini akan beri ancaman yang sangat besar. Kami menilai aset ini untuk jangka masa panjang dan bukan untuk tujuan spekulasi hartanah,” tambah beliau.

Ketika ini, KWAP ada 2 buah aset hartanah kat UK. Ia adalah bangunan pejabat kat Gresham Street dan bangunan kedai Intu Uxbridge.

Kedua-dua hartanah ini terletak kat London.

Tak akan bertindak secara melulu.

KWAP tak akan terburu-buru untuk lepaskan aset hartanah ini, jelas Wan Kamaruzaman.

Pungutan suara untuk tentukan sama ada UK akan keluar EU atau tak akan ditentukan 23 Jun ini.

Hujung tahun lepas, KWAP dah menjual sebuah bangunan pejabat kat UK, terletak kat 88 Wood Street London dengan harga 270 juta pound (bersamaan RM1.58 bilion).

Tindakan ini adalah sebagai respon kat saranan kerajaan supaya syarikat-syarikat GLC bawa pulang hasil pelaburan kat negara asing.

Bangunan itu dibeli pada tahun 2013 pada harga 215 juta pound (RM1.26 bilion).

KWAP ditubuhkan pada tarikh 1 Mac 2007, dengan peranan bagi meraih pulangan pelaburan bagi membantu Kerajaan Persekutuan membiayai liabiliti pencen.

Terdapat lebih kurang 660,000 penerima pencen kerajaan dapat manfaat daripada aktiviti KWAP ini, dengan anggaran pembayaran pencen dilakukan setiap tahun (berjumlah RM15 bilion).

Analisis pakar hartanah tentang isu UK keluar EU.

Penganalisis ramalkan aset hartanah kat UK akan mengalami impak negatif, kalau negara itu keluar daripada EU.

Ini termasuk sekali projek Battersea kat London yang dimiliki bersama S P Setia Bhd, Sime Darby, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr. Nazri Khan bagitahu BERNAMA, beliau rasa UK kemungkinan besar akan kekal dalam EU.

(Sumber asal: utusan.com.my)

1 thought on “Isu Brexit: Pertahan aset walaupun UK buat keputusan keluar EU.

  1. That’s a suprising prediction by Dr Nazri. Kalau Brexit ada rethink/revote again, mungkin boleh kekal semula. Day 2, already mass resignation and flocking away from Brexit due to post referendum racism. Susah lah nak ajak immigrant datang UK unless they can bare all that. But if it is true, it will lead to a short crisis but for long term aspect, stability shall be regained. I hope Brexit will have Rethink 2.0. But David Cameron has resign… He’s a part of stability too.

Leave a Reply