PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Ireka, Aeon batalkan rancangan untuk membina pusat membeli-belah di Senawang.

Ireka Corporation Bhd dan Aeon Co. (M) telah membatalkan pelan mereka untuk membina sebuah pusat membeli-belah di Senawang, Seremban.

Syarikat pembinaan itu berkata pada hari Selasa lepas, bahawa syarat perjanjian tak dapat dipenuhi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ia juga gagal diperbaharui selepas tempoh 18 bulan dokumen itu ditandatangani pada 26 Disember, 2014.

Pada masa lalu, Ireka telah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan pemilik tanah, Ong Poh Lan, untuk memperoleh tanah seluas 21.52 ekar dengan harga RM21.87 juta di mana projek ini akan dibina.

Serentak dengan itu, Ireka juga menandatangani SPA dengan Aeon untuk melupuskan 20.88 ekar tanah itu, selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membina projek mereka.

Tanah itu dijual pada harga RM53.66 juta.

Ireka juga menandatangani perjanjian dengan Aeon dimana mereka akan membina pusat membeli-belah beserta tempat letak kereta dengan harga maksimum sebanyak RM203.14 juta.

(Sumber asal: The Star)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *