PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Nak beli iPhone 7? Baik gandakan duit tu dengan 7 tip ni

Demam iPhone bakal melanda. Untuk kali ke berapa, Tok malas dah nak kira.

Penyakit ni tak boleh dibawa main. Mana ada penyakit lain yang buatkan orang (manusia) beratur panjang semata-mata nak stay up-to-date.

Harga pula, nak dekat sama dengan laptop hi-spec, yang korang boleh gunakan untuk jana pendapatan sampingan.

Terusik tak jiwa tu bila Tok cakap macam ni?

Kalau ya, jom hadamkan perkongsian bermanfaat yang Tok baca kat blog Duit Kertas ni.

Apa lagi yang boleh buat dengan RM3,199?

Ramai yang tak sabar tunggu model iPhone terbaru yang dilancarkan pada 7 September 2016 lepas.

Model terbaru smartphone jenama Apple tu dijangka dijual di Malaysia dengan harga bermula dari RM3,199.

Soalan cepumas. Berbaloi ke habiskan RM3,199 untuk sebuah smartphone

Sebelum berkira-kira untuk membeli iPhone, mungkin korang boleh fikir semula apa perkara lain yang dibuat dengan duit sebanyak tu.

Kami kongsikan beberapa perkara yang korang boleh buat dengan RM3,199.

#1: Gandakan simpanan dengan ASB Financing

Kalau korang buat pembiayaan ASB berjumlah RM50,000, bayaran bulanan sekitar RM250 sebulan atau RM3,000 setahun.

Duit tu, korang boleh gunakan sebagai modal untuk bayar pembiayaan ASB untuk tahun pertama.

Manakala untuk tahun kedua dan seterusnya pula, anda boleh gunakan dividen yang diterima untuk bayaran tahun tersebut.

#2: Laburkan duit dalam Unit Trust

Dalam pelaburan unit trust, korang boleh pilih sama ada nak buat pelaburan secara lump sum, atau melalui potongan bulanan.

Kalau nak buat secara lumpsum, korang boleh laburkan duit tersebut dalam akaun pelaburan unit trust.

Biarkan wang tu berkembang selama beberapa tahun, dan nikmati pulangan purata 10 hingga ke 12%.

Korang juga boleh buat potongan setiap bulan dengan jumlah RM200 setiap bulan, atau RM2,400 setahun dan RM500 sebagai deposit untuk buka akaun.

Jumlah yang korang perlukan adalah RM2,900 untuk buka akaun pelaburan.

#3: Cari pelan perlindungan yang ohsem

Berumur lingkungan 25 tahun?

Caruman Takaful untuk pakej lengkap kad perubatan, hayat dan pelaburan adalah sekitar RM200 sebulan atau RM2,400 setahun. Korang boleh gunakan duit tu untuk tujuan murni ini.

Korang dah tak payah risau kalau (Tok doakan agar dijauhkan) terlibat dalam kemalangan atau mengalami penyakit kritikal, sebab pendapatan korang dilindungi.

Pada masa yang sama, korang juga tak perlu mengeluarkan duit sediri untuk tanggung kos perubatan yang terlibat.

#4: Jadikan modal mulakan perniagaan Internet

Perniagaan Internet sekarang lebih mudah sebab kos yang diperlukan rendah.

Korang boleh mula langkah sebagai ejen dropship bagi sesuatu produk dan menjualnya melalui Internet.

Dengan duit untung jualan tu, boleh korang laburkan sebahagiannya untuk dalami ilmu perniagaan melalui seminar yang ada sekarang.

Selebihnya adalah untuk tanggung kos pemasaran yang akan membantu meningkatkan jualan seperti FB Ads, Google Adword atau Insta Ads.

Pastikan kos pemasaran tersebut digunakan sebaiknya supaya korang tak mengalami kerugian.

Kalau korang rajin berniaga, boleh gunakan sikit keuntungan daripada perniagaan tu untuk beli iPhone 7.

#5: Beli dan simpan gold bar

Minat simpan emas secara fizikal? Boleh la tambah koleksi gold bar korang.

Harga semasa gold bar bagi 1 gram adalah sekitar RM170 hingga RM200. Bermakna, korang boleh dapatkan sehingga 10 hingga 15 gram gold bar.

Dengan kenaikan harga emas bagi tempoh jangka masa panjang, korang boleh simpan secara tetap dan konsisten sehingga nilai emas meningkat naik.

#6: Tambah ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan

Dengan RM3,199, korang sebenarnya boleh belajar banyak ilmu kewangan dan pelaburan. Sama ada melalui seminar atau sesi 1-on-1.

Ada je seminar yang menawarkan yuran RM100 hingga RM200 untuk tambah ilmu kewangan dan pelaburan korang.

Selain seminar, korang juga boleh beli buku rujukan tentang kewangan dan pelaburan yang ada dekat kedai buku.

Purata bagi harga sebuah buku adalah antara RM40 hingga RM60. Dah la murah. Boleh bagi pulangan berganda kat korang pulak tu. Confirm tak rugi.

Tak rugi pun abaikan model terbaru ni. Lagipun, buat rugi je tukar smartphone kalau yang sekarang masih lagi sihat walafiat.

Korang sendiri boleh nampak. Banyak kot benda berfaedah yang koran boleh buat dengan jumlah duit sebanyak tu.

Kalau mampu, silakan. Kalau tak, sabar dulu dan buat apa yang perlu dulu. Salam Jumaat Tok ucapkan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *