Ilmu urus duit yang anak anda patut tahu. Wajib ajar mereka ilmu ini

Pengurusan kewangan adalah ilmu yang cukup penting. Malangnya, subjek ini tak diajar kat sekolah.

Sebagai ibu bapa yang baik, dah jadi tanggungjawab korang untuk mengajar anak-anak supaya mereka tahu cara uruskan duit yang betul.

Dan lebih awal kita buat ini, lebih baik. Baru kita dapat lahirkan generasi yang bijaksana dalam bab menguruskan duit.

“Untuk elakkan anak-anak ulangi kesilapan yang sama seperti ibu bapa mereka, adalah wajib mengajar mereka tentang asas kewangan yang baik.” – Beth Kobliner, Penulis buku NEW York time Best-seller, Get a financial life.

Nak tahu lebih lanjut? Jom hadamkan perkongsian Laura Shin ini yang Tok baca kat Forbes.com.

Bila anda boleh mula ajar anak uruskan duit? 

Menurut Kobliner, kanak-kanak seawal umur 3 tahun mampu fahamkan konsep kewangan yang mudah seperti menyimpan dan berbelanja.

Tambahan pula, ada satu laporan para pengkaji di University of Cambridge, yang ditauliahkan oleh Money Advice Service di United Kingdom.

Laporan ini dedahkan yang tabiat kewangan anak-anak boleh dibentuk seawal umur 7 tahun.

Dan hakikatnya, ibu bapa memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak tentang cara uruskan duit dengan baik.

Bawah ini adalah ilmu berkaitan kewangan yang sesuai korang ajar anak-anak mengikut peringkat umur, berserta contoh aktiviti bagi menggambarkan setiap poin yang ada.

#1: Umur 3 hingga 5 tahun – Terapkan tabiat bersabar dalam diri mereka

Menurut Kobliner, ini adalah konsep yang sukar dipelajari tanpa mengira peringkat umur.

Pendek kata, orang tua pun ada yang kecundang dalam bab ni.

Namun, kebolehan menahan kemahuan boleh jadi indikator seseorang itu sama ada dia akan berjaya dalam kewangan hidup atau sebaliknya.

Dan anak-anak dalam lingkungan umur ini perlu belajar. Kalau nak sesuatu, mereka kena bersabar dan kumpul duit terlebih dulu.

Tak ada satu benda pun dalam dunia ini yang percuma. Dan kalau kita nak, kita kena sediakan segala yang perlu sebelum membeli sesuatu.

Ada juga jenis anak-anak yang terlebih bijak.

Kalau ibu bapa cakap tak ada duit, mereka suruh gunakan kad kredit untuk berbelanja. Ini perkara yang kita patut elakkan daripada berlaku.

Agak terlalu awal untuk kita ajar mereka tentang kegunaan kad kredit pada peringkat umur ini. Tapi, tak bermakna kita tak boleh bantu mereka fahamkan perkara yang asas.

Kita boleh jelaskan kat mereka, yang kad kredit bukan alat yang boleh kita gunakan sesuka hati bila tak ada duit.

Contoh aktiviti untuk latihan anak-anak

1) Bila anak korang menunggu dalam barisan (katakan, tengah tunggu giliran untuk bermain buaian), bincangkan dengan mereka kepentingan menunggu untuk dapatkan apa yang mereka mahu.

2) Buat 3 balang yang dilabel “simpanan,” “perbelanjaan,” dan “perkongsian.” Dan bila korang bagi duit kat anak-anak, bahagikan duit itu sama rata dalam setiap balang.

Biarkan mereka gunakan duit dalam balang berlabel “perbelanjaan” untuk beli barangan yang kecil, seperti gula-gula atau pelekat (stickers).

Duit yang ada dalam balang berlabel “perkongsian” pula, boleh anak-anak korang gunakan untuk tujuan membantu kawan-kawan mereka yang sedang memerlukan.

Dan duit dalam balang berlabel “simpanan” pula digunakan untuk membeli barangan yang berharga mahal.

3) Ajar anak-anak tetapkan satu matlamat yang mereka nak capai. Contohnya, membeli mainan yang mereka suka.

Cuma, pastikan harganya tak terlampau mahal. Kalau tak, memang berbulan anak korang baru dapat beli mainan tu.

Tindakan ini sebagai pelajaran awal supaya kita dapat sediakan anak-anak supaya berusaha mencapai matlamat mereka.

Tak salah kalau anak korang nak beli mainan yang lebih mahal.

Cuma, adalah tugas korang untuk bantu mereka merangka pelan tindakan yang sesuai dalam jangka masa yang munasabah.

Setiap kali anak korang tambah duit dalam balang tu, bantu mereka kira berapa banyak jumlah yang berjaya dikumpul, bincangkan dengan mereka berapa banyak duit yang mereka perlukan, dan bila target mereka akan dapat dicapai.

“Semua aktiviti ini akan tanamkan idea dan kepentingan bersabar dan menyimpan duit untuk mendapatkan sesuatu.”

#2: Umur 6 hingga 10 tahun – Kepentingan pilihan (choices) dalam berbelanja

Pada peringkat umur ni, penting untuk kita jelaskan dekat anak-anak yang duit boleh habis dan kepentingan untuk buat keputusan yang bijak.

Sebab bila kita belanjakan duit yang kita ada, kita tak ada duit lebih untuk dibelanjakan.

Sewaktu peringkat umur ini, korang wajib pantau aktiviti mereka seperti simpanan, perbelanjaan, perkongsian, dan juga goal-setting mereka.

Dan korang juga perlu libatkan diri bersama anak-anak dalam membuat keputusan pembelian yang lebih matang dari sebelumnya.

Contoh aktiviti untuk latihan anak-anak

1) Libatkan anak korang dalam membuat beberapa keputusan kewangan.

Contohnya, jelaskan kat mereka kenapa kita pilih dan guna sesetengah produk yang tak berjenama berbanding yang berjenama.

Kita juga boleh bercakap pasal tawaran, seperti membeli kotak tisu secara pukal untuk dapatkan harga yang lebih murah.

2) Berikan anak korang duit, dan ajar mereka buat keputusan pembelian berdasarkan barangan yang korang nak beli dekat pasaraya.

Cara ini dapat berikan mereka pengalaman membuat keputusan dengan duit yang terhad.

3) Bila korang tengah membeli-belah, ceritakan kat anak-anak bagaimana korang buat keputusan pembelian.

Ajar anak korang tanya soalan seperti:

  • Adakah aku betul-betul perlukan barang ini?
  • Boleh tak aku beli barang ini dengan harga yang lebih murah kat tempat lain?
  • Ada tak diskaun yang berbaloi untuk barang yang aku nak beli ini?

#3: Umur 11 hingga 13 tahun – Perkongsian tentang faedah kompaun (compound interest)

Pada peringkat umur ini, korang boleh mula ajar anak korang untuk tetapkan matlamat jangka masa panjang pula.

Kenalkan pada mereka konsep faedah kompaun, dan bila mereka akan dapat kelebihan ini melalui simpanan yang dibuat.

Contoh aktiviti untuk latihan anak-anak

1) Jelaskan faedah kompaun gunakan nombor yang spesifik, supaya senang budak nak faham.

Ada kajian dah buktikan, lebih senang untuk jelaskan perkara abstrak gunakan nombor secara spesifik.

Korang boleh jelaskan semudah ini:

“Kalau korang simpan RM100 setiap tahun bermula dari umur 14, korang akan dapat RM23,000 bila berumur 65. Tapi kalau korang mula menyimpan bermula umur 35, korang akan ada RM7,000 bila berumur 65 tahun nanti.”

2) Biarkan anak korang bermain dengan kalkulator faedah kompaun. Korang boleh lawati laman web ini (klik sini).

Kat sini, anak korang akan belajar bagaimana duit mereka akan berganda melalui faedah kompaun.

Baru mereka akan nampak jelas pasal segala kiraan yang terlibat dalam kira-kira ini, dan bagaimana duit mereka akan berkembang dari tahun ke tahun.

3) Ajar anak korang untuk tetapkan matlamat kewangan jangka masa panjang, selain daripada semata-mata mengumpul duit untuk beli permainan yang mereka suka (seperti yang dijelaskan sebelum ini).

Ada perkara yang perlu kita korbankan bagi mencapai sesuatu matlamat. Semua orang pun sama, dan tak ada seorang pun yang terkecuali dalam perkara ini.

Lagi-lagi bila melibatkan pengurusan duit yang terhad.

Mula ajar anak-anak tentang fungsi opportunity cost dan trade-off pada peringkat umur ini.

Tak semua benda dalam dunia ni kita wajib beli. Adalah lebih ohsem kalau duit yang terkumpul itu, disimpan untuk dibuat pelaburan bagi menjana untung pada masa akan datang.

#4: Umur 14 hingga 18 tahun – Ambil tahu kos pembelajaran untuk sekolah dan universiti

Bila anak-anak dah semakin membesar, wajib untuk mereka ambil tahu tentang kos ini.

Ini supaya mereka dapat bersedia dalam bab kewangan bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi nanti.

Pastikan anak-anak tahu, yang ini adalah salah satu bentuk pelaburan yang berbaloi (walaupun berharga mahal).

Contoh aktiviti untuk latihan anak-anak

1) Bincangkan berapa banyak wang yang kita (ibu bapa) boleh salurkan untuk pelajaran mereka.

“Semua ibu bapa wajib berbincang dengan anak-anak mereka berkaitan perkara ini,” jelas Koblliner.

Ini supaya anak-anak dapat merancang secara realistik untuk melanjutkan pelajaran pada masa depan.

Cuma, tak semestinya kolej perlu ditanggung guna duit sendiri. Boleh saja gunakan biasiswa sebagai alat bantuan kewangan. Kaji perkara ini bersama-sama dengan anak-anak korang.

Selain itu, kita juga boleh gunakan program khas kerajaan untuk dapatkan pinjaman bagi tujuan menanggung pengajian peringkat tinggi.

2) Buat kajian dengan meneliti kos setiap kolej atau universiti, prospek pekerjaan graduan, dan berapa banyak hutang seorang graduan kat kolej itu bila mereka dah habis belajar nanti.

Seperti mana-mana pelaburan, jalankan analisis bersama dengan anak korang. Baru anak korang faham dan jelas apa yang perlu mereka buat selepas ini.

3) Kalau nak ambil loan, buat kira-kira terlebih dulu dan pastikan berapa banyak jumlah yang perlu dibayar kalau nak buat pinjaman.

Dan tak salah untuk galakkan anak-anak bekerja sambil belajar. Ini dapat mengajar mereka untuk hidup berdikari dan uruskan duit gaji mereka dengan betul.

Ada satu kajian yang dijalankan Dr. Gary R. Pike di Indiana University. Beliau dapati pelajar yang buat kerja sambilan selama 20 jam seminggu, berpotensi untuk skor dalam pelajaran, berbanding mereka yang tak bekerja.

Nota: Elakkan anak-anak bekerja lebih daripada tempoh masa ini (20 jam seminggu). Risau ia akan mempengaruhi prestasi pelajaran secara negatif.

#5: Umur 18 tahun ke atas – Hanya gunakan kad kredit kalau mampu bayar secara penuh setiap bulan

Sama ada jadi kawan atau lawan, ia bergantung kat cara penggunaan kita.

Memang nampak senang nak gunakan kad kredit. Hanya swipe saja, dah boleh beli barang. Tapi kalau tak dikawal dengan baik, ini akan mempengaruhi skor kredit secara tak elok.

Bila jadi macam ni, tak mustahil proses nak beli rumah atau kereta pada masa depan akan jadi lebih susah.

Kajian Kobliner mendapati yang purata setiap isi rumah di Amerika Syarikat ada hutang kad kredit sebanyak $7,084, hasil daripada sikap suka berbelanja melebihi kemampuan.

Dan ramai yang tak mampu bayar secara lum-sump (sekaligus), dimana mereka terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi berbanding biasa!

Adalah kritikal untuk setiap ibu bapa mengajar anak-anak mereka tentang bahaya penggunaan kad kredit tanpa sebarang kawalan (atau lebih baik, tak payah gunakan kad kredit langsung).

Contoh aktiviti untuk latihan anak-anak

1) Kalau korang bagi anak-anak pakai kad kredit, bagitahu mereka yang skor kredit korang akan terjejas kalau hutang itu tak dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

2) Gunakan laman web seperti CompareHero, RinggitPlus, atau iMoney dan bandingkan kad kredit yang tawarkan kadar faedah yang rendah, tanpa sebarang yuran tahunan.

3) Jelaskan pada anak-anak, mereka tak patut gunakan kad kredit untuk membeli barangan keperluan harian. Ini supaya kita boleh cover sebarang perbelanjaan kecemasan (emergency expenses) gunakan kad kredit.

Antara strategi yang boleh kita ajar anak-anak adalah membuat simpanan kecemasan, sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan (paling baik, buat simpanan kecemasan untuk tempoh 6 hingga 9 bulan).

Pada masa yang sama, ajar mereka buat bajet perbelanjaan bulanan yang berkesan.

Ilmu urus duit tak diajar kat sekolah, walaupun ia adalah satu subjek yang penting dalam kehidupan (ironik, kan?).

Jadi, ambil tindakan yang wajar untuk elakkan anak-anak kita ada masalah dalam hal menguruskan duit dengan baik.

In Shaa Allah, ilmu yang korang kongsikan dapat mengelakkan mereka terjerumus dalam kancah hutang yang bukan-bukan.

Leave a Reply

").after(c.lastChild)}d&&(f.id=d+"-script"),f.src=e,c.appendChild(f)})},TVE_Dash.send_ajax=function(b,c){a.ajax({url:tve_dash_front.ajaxurl,xhrFields:{withCredentials:!0},data:{action:"tve_dash_front_ajax",tve_dash_data:b},dataType:"json",type:"post"}).done(function(b){b&&a.isPlainObject(b)&&(b.__resources&&(b.__resources.css&&TVE_Dash.ajax_load_css(b.__resources.css),b.__resources.js&&TVE_Dash.ajax_load_js(b.__resources.js),delete b.__resources),a.each(b,function(a,b){if("function"!=typeof c[a])return!0;c[a].call(null,b)}))})},a(function(){setTimeout(function(){var d=new a.Event("tve-dash.load");return a(document).trigger(d),!a.isEmptyObject(b)&&(!(!tve_dash_front.force_ajax_send&&tve_dash_front.is_crawler)&&(TVE_Dash.send_ajax(b,c),void(TVE_Dash.ajax_sent=!0)))})})}(ThriveGlobal.$j)}catch(e){console.log(e)}