Nasihat ini punca hutang RM43,000 “YM” selesai dalam masa 1 tahun 2 bulan.

Hutang, selagi tak selesai, selagi tu akan melarat. Meleret-leret tu dah pasti.

Ni Tok ada jumpa satu perkongsian lama Tuan Zaidi Ismail dekat blog The Vocket.

Beliau bagitahu cara logik nak selesaikan hutang, tanpa guna formula yang peningkan kepala korang.

Bukan takat tu saja. “YM” siap dapat menyimpan lebihan sebanyak RM4,000 sebagai bonus.

Nak tahu? Jom baca.

Hutang habis. Dapat lagi RM4,000. Tersenyum “YM.”

Semua orang mempunyai cabaran kewangan, dan setiap cabaran kewangan setiap orang tak sama.

Ini adalah sebab utama saya tak suka tunjuk formula dan kiraan kewangan secara umum, terutama di blog atau di media sosial.

Sebab saya tak anggap setiap kiraan dan formula itu, semua orang boleh gunakan.

Bawah ni adalah contoh kes dimana tanpa formula, trik, atau kaedah tertentu dapat menyelesaikan hutang sebanyak RM43K dalam masa 14 bulan saja

Lepas tempoh tersebut dan semua hutang dapat dilangsaikan, Tuan punya kes akan dapat menyimpan RM4,000 setiap bulan.

langsai-hutang-1

Berikut adalah dialog saya bersama yang menyoal, dengan sedikit maklumat asas untuk membantu dia selesaikan hutang sedia ada.

Anda pasti suka baca dialog ini.

Yang Menyoal: Assalamualaikum Tuan. Memandangkan tuan punya schedule tight, saya ada sedikit persoalan berkenaan financial saya.

Takut nanti saya tersalah langkah. Harap tuan boleh bagi pendapat sama ada baik atau tak.

Saya mempunyai commitment yg sangat tinggi. Di mana total up adalah setiap bulan lebih kurang rm3,500 saya perlu bayar.

Saya ingin ambil keputusan untuk membeli rumah ayah saya, di mana saya sekarang duduk bersama orang tua saya. Saya buat pinjaman rumah kedua sebanyak RM360,000 dengan monthly payment RM1,700.

RM110,000, saya ambil untuk langsaikan hutang kereta & segala loan yang ada. Balance RM250,000 untuk ibu bapa saya.

Adakah betul rancangan saya kat atas ni?

Yang Menjawab: Secara umum, tak.

Yang Menyoal: Terima kasih tuan. Maybe saya akan usaha jumpa tuan dulu.

[Masa ni, saya  dah tahu beliau hampir putus asa dengan jawapan saya].

Yang Menjawab: Berapa simpanan dalam tangan? Total tunai dalam simpanan  (jika ada), dan berapa yang boleh disimpan setiap bulan?

Tadi kata, ada rumah pertama. Berapa bayaran bulanan rumah pertama? Ada KWSP Akaun 2 tak?

[Saya mula mengorek maklumat yang diperlukan].

Yang Menyoal : Simpanan tak ada tuan. Simpanan untuk setiap bulan (jika ikut perbelanjaan yang perlu dan tolak semua commitment) saya boleh simpan dalam RM500.

[Saya mula memberikan solusi].

Yang Menjawab: Kalau macam tu, kenapa tak bayar RM600 untuk kad kredit UOB, RM400 + RM500 baki bayar CIMB Lite? [ini kerana bayaran ansuran minima kad kredit cuma 5% dari baki hutang kad kredit sedia ada].

Yang Menyoal: Rumah pertama dalam pembikinan tuan. Beli rumah apartment kat Shah Alam RM330,000 dan sekarang baru 50%. Bayaran monthly RM750.

Yang Menjawab: Dalam masa 2 bulan, CIMB Lite dah boleh habis bayar.

Yang Menyoal: KWSP Akaun 2 ada tuan.

Yang Menjawab: Bulan ke 3 dah boleh menyimpan RM1,000 sebulan.

Yang Menyoal: Dulu, down payment rumah dah keluarkan RM16,000. Oh, betul juga tu tuan. Langkah yang baik tuan. Terima kasih banyak-banyak atas nasihat.

Kalau ada peluang saya akan attend sesi 1 on 1 bersama tuan. Saya akan bawa segala details yang saya ada bersama isteri.

Yang Menjawab: CIMB kad boleh bayar RM300 jer dulu. Jimat RM400.

Kalau dicampurkan jumlah yg boleh jimat / simpan bulanan = RM400 + RM500 + RM400 + RM150, dah ada RM1,550.

RM1,550 kalau simpan dalam masa 5 bulan dah boleh settle kad kredit CIMB.

Maka, simpanan bulanan akan jadi = RM400 + RM500 + RM700 + RM150 = RM1,950.

Yang Menyoal: Ini memang terbaik. Eye openers untuk saya. Tak terfikir saya tuan.

Yang Menjawab: Dalam masa 3 bulan dah boleh langsaikan personal loan Al-Rajhi.

Yang Menyoal: Alhamdulillah. Terima kasih tuan. Semoga Allah permudahkan segala urusan tuan. Sangat appreciate bantuan awal tuan ni.

Yang Menjawab: Maka simpanan akan jadi = RM400 + RM500 + RM700 + RM150 + RM250 = RM2,300.

Maknanya, dari awal cuma ambil masa 10 bulan untuk selesaikan semua hutang kecuali kredit kad UOB dan PL Easy RHB sahaja. Setiap bulan dah boleh simpan RM2,300 sebulan.

Yang Menyoal: Baik tuan. Cadangan yang sangat baik.

Yang Menjawab: Kalau simpan RM2,000 sebulan pun dah OK. Dalam masa 10 bulan berikutnya, dah ada RM20,000. Nak setelkan UOB pun boleh atau just let it be. Bayar secara minimum.

Simpanan tu dah boleh buat modal beli rumah sewa RM200,000.

Yang Menyoal: Syukur sangat-sangat. Eye openers untuk saya. Saya akan buat schedule.

Yang Menjawab: Ini cuma langkah permulaan. Bila kita jumpa kelak dan tahu lebih detail, mungkin pelannya akan berubah.

Paling tak pun, boleh mula selesaikan 1 hutang dlm masa 2 bulan.

Bayar minima kad UOB dan CIMB + RM500 duit simpanan anda. 2 bulan dah boleh selesaikan CIMB Lite dan boleh simpan ekstra RM150.

Dan kronologinya seperti berikut:

  • First month = RM400 + RM400 + RM500 = RM1,300 setiap bulan,
  • 2nd month = Dah ada duit terkumpul RM2,600 ( dah boleh setelkan CIMB Lite = RM1,900),
  • Bulan ke-3 = RM1,300 + RM150 = RM1,450 + RM700 = RM2,150 (total terkumpul).
  • Bulan ke-4 = RM2,150 + RM1,450 = RM3600.
  • Bulan ke-5 = RM3,600 + RM1,450 = RM5,500.
  • Bulan ke-5 dah boleh selesaikan hutang CIMB Master = RM5,500 – RM4,500 = RM1,000.
  • Bulan ke-6 = RM1,000 + RM1,450 + RM300 = RM2,750.
  • Bulan ke-7 = RM1,750 + RM2,750 = RM4,500.
  • Bulan ke-8 = RM1,750 + RM4,500 = RM6,250.

Begitulah seterusnya.

Yang Menyoal: Baik tuan. Terima kasih tak terhingga. Fuhhh. Tak sangka dapat bantuan sebegini banyak dari tuan.

Saya akan cuba buat schedule sebagai langkah permulaan. Baik tuan. Saya akan buat schedule. In shaa Allah saya tunjukkan kat tuan sebentar lagi. At least now I can get pictures.

Yang Menjawab: Okay. In shaa Allah.

Yang Menyoal: Terima kasih tuan.

Yang Menjawab: Stop guna kad kredit buat masa ini sampi hutang-hutang tu selesai.

langsai-hutang-2

Yang Menyoal:  Tuan. Ini schedule seperti yang tuan suggest tadi. Terima kasih tuan atas eye openers ni.

In shaa Allah akan buat temu janji dengan tuan untuk langsaikan hutang kereta pula, serta tambahan macam mana nak kumpul aset. In shaa Allah.

Nak buat apa dengan lebihan RM4,000?

Bayangkan. Apa yang kita boleh buat dengan simpanan sebanyak RM4,000 setiap bulan?

Adakah:

1. Beli rumah sewa RM350,000 setiap 10 bulan?

2. Melabur dalam perniagaan kecil setiap 10 bulan?

3. Membeli saham-saham berkualiti di Bursa Saham Kuala Lumpur setiap 10 bulan?

4. Melabur ke dalam logam berharga setiap 10 bulan?

5. Bercuti keluar negara setiap 10 bulan?

6. Beli kereta baru secara tunai setiap 10 bulan?

7. Umrah setiap 10 bulan?

8. Penuhkan ASB dalam masa 4-5 tahun?

9. Apa sahaja yang menguntungkan?

Bayangkan pula apabila yang bertanya bertemu saya kelak ketika sesi analisa kewangan dan 1-on-1 apabila saya mengambil kira KWSP, rumah yang dibeli, hutang kereta, bonus, dividen, dan lain-lain kapasiti kewangan yang belum diambil kira. Bayangkan.

Maka pilihan di tangan kita sendiri. Tak perlu masuk program tersontot , tak perlu buat pinjaman bodo, tak perlu pusing konar dan belit sana sini untuk membina harta dan menjadi kaya.

Semuanya boleh dilakukan sendiri menggunakan apa yang ada ditangan, tanpa perlu melibatkan orang lain.

Nota ekstra: Klik sini untuk baca perbincangan lanjut perkongsian Tuan Zaidi Ismail ini.

Jadi, minimumkan bayaran kad kredit, hapuskan hutang yang kecil dulu dan baru beralih settle-kan hutang yang besar.

Ilmu macam ini yang patut kita cari. Dan bila dah dapat ilmu macam ni, buat terus. Baru melekat sentiasa dalam minda kita.

Tanam benih baka baik, pasti cantik bila berbuah nanti.

11 thoughts on “Nasihat ini punca hutang RM43,000 “YM” selesai dalam masa 1 tahun 2 bulan.

  1. Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini dapat meringankan beban banyak lagi keluarga lain. Dan semoga Allah meringankan beban tuan di akhirat kelak kerana usaha baik ini.

    Bila kita ada banyak hutang, sedikit sebanyak kebolehan kita berfikir dengan baik akan terjejas.

  2. Saya juga sperti En Farid M mempunyai masalah yg sama sperti mereka Semua. Tapi bezanya saya tak ada pendapatan tetap setiap bulan.
    Apakah saya layak minta pendapat & tunjuk ajar tuan?
    Zakaria – 0177866687

  3. Bole cari calculator snowball debt reduction calculator ^_^
    Google Free Debt Reduction Calculator for Excel – Vertex42
    Selamat mencuba.

Leave a Reply