5437288053 624c075aa3 excessive money spending 1

Nak elakkan wang bocor setiap bulan? Praktikkan 7 tip ini segera

Masih ramai yang kecundang untuk pastikan tak ada sebarang kebocoran yang berlaku berkaitan kewangan.

Mungkin ia satu tabiat yang dalam lama orang kita buat. Bila diamal selalu, ia bertukar jadi penyakit yang susah kita nak cari ubat. Kalau macam ni, bajet yang terunggul dalam dunia pun tak boleh nak jalan.

Kalau korang tengah usaha nak berubah, Tok nak kongsikan ilmu ohsem ini sekarang. Terima kasih Cikpuan Azura Abdullah sebab kongsikan pos bermanfaat ini kat blog beliau.

Boleh jadi bajet anda takkan bocor lagi lepas ini

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selain daripada persoalan bisnes, hal pengurusan kewangan rumah tangga antara topik yang kerap singgah kat inbox saya.

Saya bukanlah individu yang terbaik untuk memberi panduan, walau bagaimanapun saya suka untuk berkongsi pengalaman saya dan bagaimana saya dan suami menguruskannya.

Soalannya ialah:

“Bagaimana elakkan kebocoran bajet dan Nak buat pasangan “alert” dengan keperluan bajet keluarga, serta memberi keutamaan kepadanya berbanding hal lain (yang lebih kepada kemahuan)?”.

Saya tak pasti sama ada apa yang bakal saya kongsikan ini praktikal atau tidak kepada suri di luar sana. Tapi ia berkesan buat saya. Saya dan suami telah mengamalkannya sejak hari pertama berkahwin.

Suami saya seorang yang structured. Mungkin disebabkan latar belakangnya sebagai Industrial Engineer yang mencorak dirinya macam tu. Saya patut berterima kasih kat beliau sebab ia amat membantu dan memberi manfaat positif. Kalau harapkan saya memang ke laut.

Lain padang lain belalang. Kalau tak sesuai, moga anda ambil sebagai sekadar perkongsian ya.

#1: Buat senarai bajet bulanan

  • Anda perlu senaraikan bajet bulanan anda secara konsisten setiap bulan. Wang masuk, wang keluar dan perbelanjaan anda.
  • Hantar kepada pasangan anda fail yang telah dikemaskini dengan bayaran dan baki wang gaji berdua. Dengan cara ini kedua-dua pihak akan alert tahap kewangan keluarga dan tak akan timbul masalah ‘wang engkau wang engkau, wang aku wang aku’, dan salah sangka antara satu sama lain.
  • Baki wang yang tinggal dalam ruang merah itulah yang boleh anda dan keluarga berbelanja untuk hal-hal “kemahuan”.
  • Saya ada excel spreadsheet ringkas yang siap dengan formula (dibuat oleh suami). Cuma key-in saja, terus auto calculated. Saya dah gunakan fail ringkas ini sejak tahun 1999. Kalau ada yang nak, boleh PM saya. Saya akan hantarkan melalui emel.

#2: Elakkan bertangguh bayar bil

  • Masuk sahaja gaji terus buat bayaran kepada semua komitmen anda.
  • Siapa yang boleh dibayar online, selesaikan SEGERA secara online. Add Favourite semua account yang boleh dibayar online supaya proses pembayaran tak terganggu, dan anda tak ada alasan untuk tak membayar.
  • Bagi yang tak boleh dibayar online, terus ambil tunai dan masukkan ke dalam sampul surat mengikut kategori. Contohnya: pengasuh, duit sekolah anak, duit van, duit mengaji, duit groceries mingguan, petrol, dan lain-lain. Kemudian, terus serahkan kat empunya, dan elakkan pegang duit tu lama-lama.
  • Macam saya sewaktu bekerja, sampul duit groceries saya tinggalkan kat pejabat, supaya tak terguna duit itu. Saya mengambil ikut jumlah yang ditetapkan pada minggu tersebut saja. Kalau anda nak buat cara ini juga, pastikan tahap keselamatan pejabat anda adalah baik.

#3: Paksa diri menyimpan

  • Buat potongan gaji terus. Tapi, masalah juga sebab kita boleh usaha pergi ambil pula. Ibarat nak tuju ke sesuatu tempat dan alamat lengkapnya kita ada.
  • Jika ada peluang boleh ambil fixed deposit atau pinjaman ASB yang berupa simpanan. Simpanan terpaksa sebenarnya sebab anda tak boleh ambil wang yang anda simpan setiap bulan itu, kecuali dividen saja pada setiap hujung tahun.

#4: Ringankan tangan bersedekah

  • Ini pun cabaran juga. Nak tunggu ada lebihan duit baru nak sedekah, entah bila agaknya.
  • Buat potongan terus ke akaun penerima, tak payah banyak kalau rasa sangkut-sangkut.
  • 2 atau 3 puluh ringgit dah cukup, tapi buat secara konsisten setiap bulan. Anda boleh taja anak yatim, pelajar tahfiz, anak-anak Palestin melalui Aman Palestin dan banyak lagi saluran. Anda juga boleh hubungi NGO Wargakilang. Setiap minggu mereka masuk kampung hantar beras, gula dan segala macam barang keperluan kat orang susah.

#5: Wajib gunakan tunai

  • Kalau anda belum mampu mengurus wang dengan baik, saya cadangkan anda hentikan penggunaan kad kredit atas apa alasan sekalipun. Kad kredit ini sebenarnya kita berHUTANG, guna dahulu bayar kemudian.
  • Saya dan suami berhenti gunakan kad kredit sejak tahun 2003. Sudah 11 tahun rupanya. Alhamdulillah.
  • Antara alasan untuk gunakan kad kredit adalah untuk dapatkan ganjaran atas point yang digunakan, kecemasan, nak ke luar negara dan sebagainya. Saya pun berfikir macam ni juga sebelum ini.
  • Tak ada masalah pun sebenarnya kalau anda nak ke luar negara dengan hanya gunakan kad debit. Buat panggilan saja ke bank-bank anda, tak sampai 5 minit urusan untuk mengaktifkan akaun kad ATM (debit) anda kat luar negara selesai. Mudah sahaja sebenarnya. Saya membeli barang secara borong dengan pembekal dekat China pun hanya menggunakan kad debit.
  • Orang perempuan terutamanya suka membeli-belah. Layan shopping online boleh berpusing anak mata hitam. Kad kredit ada, transfer saja. Sakit nanti.

#6: Fikir masak-masak sebelum buat refinance

  • Jika bukan untuk hal yang berbaloi atau keperluan, sebolehnya elakkan.
  • Sahabat baik saya punya pengalaman perit hal ini. Beliau membuat refinance rumahnya, dan duit yang beliau dapat digunakan untuk besarkan rumah.
  • Nasib kurang baik, ditipu kontraktor pula. Rumah tak siap, duit lesap, hutang makin bertambah, tempoh masa juga bertambah.
  • Ini contoh jerat wang kita tak sedar. Sedar-sedar bila dah berumur kita rasa penat bekerja hanya untuk membayar hutang. Ini contoh sahaja, banyak lagi contoh lain.
  • Sahabat saya ini selalu ingatkan saya jangan ulang kesilapan ini. Biar hidup sederhana. Terima kasih sahabat!

#7: Nak buktikan kehebatan kat siapa?

  • Usah bandingkan pinggan kita dengan pinggan orang lain.
  • Ini sebenarnya masalah yang kita wujudkan sendiri. Selalu rasa lauk dalam pinggan kita tak cukup dan tak sedap.
  • Bersyukur dengan apa yang kita ada.
  • Usah dilihat dan diukur kebahagian itu secara luaran. Berkereta mahal, rumah besar, baju berjenama, bercuti sana-sini bukan ukuran kebahagian. Brangkali itu cuma simbol palsu kebahagian saja.
  • Ramai yang terjerat mendefinisi kebahagiaan secara begini. Tetapi kepala berserabut dengan ketirisan bajet.

Ini antara 7 point penting bagi suri rakyat biasa seperti saya fikirkan.

Golongan poket tebal atau jutawan mungkin lain ceritanya. Seperti saya katakan tadi, lain padang lain belalang. Tak sama senario dan aplikasinya bagi setiap orang.

Didoakan ada manfaatnya. Hingga lain entri. Wassalam.

Kalau tak dikawal, masalah ini pasti akan menular lebih teruk. Takut kalau dah lama sangat biar bocor itu tak ditampal, ia akan jejaskan kesihatan kewangan korang secara total.

Bila dah dapat kenal pasti kebocoran yang ada, terus berusaha dan betulkan balik keadaan kewangan kita. Dan elakkan sebarang perkara yang buatkan ia bocor semula.

Adalah lebih baik hindari daripada mengubati, kan? Selamat berjaya Tok ucapkan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.