PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Tip elakkan duit hangus beli hartanah “indah khabar dari rupa”

Pelabur yang baik tahu cara nak pilih hartanah yang jana untung untuk mereka. Tak kira dari segi cashflow atau capital appreciation.

Cuma, ramai yang termakan kata-kata manis orang lain. Kononnya, sesebuah hartanah itu confirm jana untung.

Tapi lain pula yang jadi. Duit semakin banyak “ditelan” tanpa belas kasihan, dan bertukar dari confirm untung jadi confirm rugi.

Pasti korang sehabis boleh nak elak masalah ni, kan?

Bagi yang serius, teruskan baca perkongsian Tuan Faizul Ridzuan ini.

Belum tentu pelaburan akan jana untung, selagi tak amalkan tip ini

Salam semua.

Sebab ramai yang minta, saya nak kongsikan ilmu bagaimana nak pastikan nilai hartanah sebenar dan kadar sewa sebenar di kawasan hartanah yang bakal anda beli.

Malah bila jumpa prospek untuk 1-on-1, ramai yang tanya soalan ini:

“FR, saya nak beli hartanah bernilai RM400,000 di kawasan xxxxx. Si penjual beritahu yang kadar sewa boleh dapat RM2000 sebulan. Berbaloi ke untuk saya invest?”

Ini 6 tip saya untuk elakkan korang terbeli hartanah yg indah kabar dari rupa:

#1: Jangan percaya cakap jurujual sepenuhnya

Mereka yang nak menjual hartanah tu, tak akan cerita semua keburukan.

Boleh ambil informasi yg diberikan mereka, lepas tu validate dan sahkan sendiri.

Saya pernah tengok orang jual hartanah dan peta lokasi hartanah seolah olah boleh jalan kaki pergi KLCC. Rupa-rupanya KLCC adalah sejauh 5KM.

Dalam brochure, semua akan nampak dekat. Tapi belum tentu lagi ia betul-betul dekat.

#2: Kaji hartanah yang lebih kurang sama, dekat kawasan yang sama

Bandingkan dan kaji value subsale dan sewaan mereka.

Kalau benda dah siap dijual pada RM500psf, dan korang nak beli rumah baru ni pada RM900psf, memang korang cari pasal.

#3: Cara kaji permintaan supaya anda tak tertipu

Kalau rasa nilai sewa yang diberikan tak masuk akal, boleh cuba buat iklan palsu untuk pastikan demand tu betul.

Kalau mereka kata sewa boleh capai RM2000 sebulan, cuba iklankan seolah-olah korang ada unit dekat situ.

Kalau ramai yang call dan bertanya, maksudnya nilai sewa tu masuk akal. Kalau satu call pun tak dapat lepas 3 hari, maksudnya kadar sewa tu terlalu optimistik ataupun inflated.

#4: Elakkan beli sebab ikut orang lain

Research dan buat sendiri. Jangan percayakan research kawan, melainkan anda sanggup bagi mereka RM400,000.

Kalau anda tak sanggup nak bagi atau derma kat mereka RM400,000 kenapa ambil risiko beli hartanah RM400,000 buta-buta atas saranan mereka?

Tak kiralah berapa hebat cerita dan gebangan mereka dan berapa banyak duit mereka pernah buat sebelum ini. Past performance doesn’t reflect future performance.

Buat research sendiri sebab bila sangkut, korang yang kena tanggung. Bukan mereka.

#5: Pilih REN yang jujur

Pergi ke hartanah yang lebih kurang sama di kawasan yang sama, dan tengok berapa banyak unit kosong yang tak diduduki.

Cakap dan bersembang dengan seramai REN (real estate negotiator) yang boleh, yang jaga hartanah tersebut. Dan kalau REN tu cerita hanya yang positif sahaja, hati-hati.

REN yang bagus dan jujur adalah REN yg boleh kongsikan kelebihan dan kelemahan sesebuah tempat itu.

#6: Raikan fungsi pakcik Google

Google dan baca apa komen orang lain mengenai development tersebut. Semua maklumat yg anda dapat, validate lagi sekali sebab bukan semuanya tepat.

Bukan susah nak buat. Yang pasti, memang kena buat research dan kajian.

In Shaa Allah kalau korang buat semua ni, possibility untuk terbeli hartanah yang salah adalah sangat rendah.

Saya doakan anda semua berjaya dalam semua pelaburan yang anda buat.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

CTA
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *