17.10.16 PKNS Andaman 1

Diskaun sebanyak 10 dan 12.5% bila anda beli unit kediaman PKNS-Andaman

PKNS-Andaman Development Sdn. Bhd. menawarkan diskaun sehingga 12.5 peratus bagi unit-unit kediaman di pembangunan EVO SoHo Suites, Bangi yang dipamerkan pada Simposium Hartanah Utusan 2016 (SHU 2016) pada 15 dan 16 Oktober lepas.

Pengurus Besarnya, Md. Kamarzan Md. Rais berkata, sebanyak 704 unit bagi pembangunan tersebut telah dijual sejak dilancarkan pada 2014. 

Pihaknya akan menawarkan 34 unit duplex yang berukuran antara 113 hingga 125.6 meter persegi dengan tawaran harga menarik di pameran itu.

Katanya, duplex yang di­da­tang­kan dengan kelengkapan pe­rabot penuh pada harga antara RM680,000 hingga RM760,000 seunit dijangka siap pada bulan Mei dan kunci diserahkan pada Julai tahun depan.

“Pada SHU 2016 kami akan menawarkan unit duplex ini pada harga yang menarik iaitu diskaun sebanyak 12.5 peratus kepada pembeli bumiputera dan 10 peratus kepada bukan bumiputera.”

Jualan terkesan sebab bank susah luluskan pinjaman

“Apabila pembangunan ini siap nanti, ia bakal menjadi kawasan tumpuan tambahan pula dengan pembukaan EVO Mall pada suku keempat 2017.”

“Hartanah ini merupakan pelaburan yang baik untuk pembeli dengan lokasinya yang strategik serta dekat dengan kolej dan universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Simposium anjuran Utusan Me­layu (M) Bhd. itu diadakan ba­gi membongkar rahsia dunia hartanah selain memberi pendedahan dan informasi terperinci serta meningkatkan kefahaman mengenai pembelian dan pengu­rusan bijak hal-hal berkaitan hartanah dijangka menarik lebih 2,000 peserta.

Sementara itu, Md. Kamarzan mengunjurkan sektor hartanah pada tahun depan akan lebih stabil tetapi jualan dijangka agak perlahan berikutan pembeli susah mendapatkan pinjaman.

“Seperti unit duplex yang kami ditawarkan tersebut, ia mendapat permintaan baik daripada pembeli tetapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman menyebabkan hasrat tersebut tidak tercapai.”

Tak tertumpu dalam kawasan Lembah Klang saja

“Saya berharap kerajaan dapat melonggarkan syarat-syarat untuk pinjaman hartanah bagi membolehkan pembeli memiliki rumah,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada PKNS-Andaman akan membangunkan projek pembangunan baharu, Md. Kamarzan berkata, buat masa ini belum ada lagi projek baharu tetapi pihaknya sedang giat mencari peluang-peluang yang ada.

“Jika ada tanah yang menarik kami pasti berminat untuk membangunkan kediaman seperti pang­sapuri, pangsapuri perkhid­matan, rumah dan pejabat di bawah satu bumbung.”

“Tahun ini kami masih belum ada cadangan, mungkin pada tahun depan.”

“Kami juga terbuka untuk mencari tanah bukan sahaja di Lembah Klang, malah di luar se­perti di Johor Bahru,” ujarnya.

PKNS-Andaman Development adalah syarikat usaha sama yang dimiliki 70 peratus Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan 30 peratus Andaman Property Management Sdn. Bhd. (Andaman).

[Sumber berita asal: UTUSAN ONLINE]

Leave a Reply

Your email address will not be published.