PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

CTOS : 3 perkara tak ramai orang tahu tentang skor kredit

Tok yakin, korang dah tahu kenapa wajib jaga skor kredit sebelum nak beli rumah.

Kalau skor ni rabak, bank takde masa nak layan permohonan korang. Dan masa korang yang berharga tu pulak, ‘hanyut’ macam tu saja.

Korang pasti tak nak hadap semua ni, kan?

Bagi yang baru pertama kali membeli rumah, ini ilmu yang Tok wajibkan buat korang untuk hadam.

Tok baca ilmu ni kat laman web rasmi CTOS. Semoga bermanfaat.

Bank jadi kawan bila skor kredit anda menawan? 

Tentu ramai dah sedia maklum tentang akibat buruk kalau skor kredit tak cun.

Tapi tak ramai yang jelas dengan maksud sebenar skor kredit ini, dan macam mana nak ubah laporan ini jadi cun. Baru bank senang hati nak pinjamkan duit kat korang.

Ini beberapa perkara tentang skor kredit, yang mungkin korang belum tahu :

#1 : Skor kredit tak serumit yang anda fikirkan

Mungkin ada yang anggap semua ini bagaikan satu perkara misteri, kompleks, dan sangat susah untuk kita fahamkan.

Pada peringkat asas, skor kredit tak susah mana pun. Ramai yang beranggapan macam kat atas tadi tu sebab terlampau overthink. Padahal, senang je nak faham benda ni.

Kalau korang faham 3 perkara ini, korang confirm boleh faham tentang skor kredit :

  • Pastikan korang bayar bil setiap bulan tanpa gagal,
  • Tak buat terlalu banyak loan secara kerap,
  • Menjaga baki korang serendah mungkin.

Jaga 3 benda ni, dan skor kredit korang pasti akan sentiasa cun.

Cakap memang senang. Tapi tak ramai yang ‘mampu’ buat semua ini. Terutama sekali kat bab menjaga baki. Uruskan ini dengan baik, dan korang tak payah risau pasal skor kredit.

KLIK UNTUK BACA : 9 sebab popular bank reject loan rumah anda 

#2 : Skor kredit, wajib jaga setiap masa?

Kalau korang merancang nak memohon loan rumah, kereta, atau kad kredit dalam masa terdekat, korang wajib jaga skor kredit ni.

Lebih-lebih lagi kalau korang dah tau yang skor kredit korang barai.

Tapi jangan risau. Korang boleh bagi cun balik dengan buat segala perkara yang perlu. Atau paling kurang, elak buat sebarang perkara yang merosakkan skor kredit korang tu.

Cuma pada kebanyakan masa, korang tak perlu risau pun pasal skor kredit ni.

Kalau korang takde plan nak apply loan (dalam masa terdekat), tengah mencari insuran kereta, atau mencari apartmen untuk menyewa, korang tak perlu risau pasal skor kredit.

Tapi jangan ambil mudah pulak. Sementara tu, pastikan korang bayar segala bil tepat pada masanya setiap bulan. Pendek kata, jaga segala yang perlu dijaga.

Dan bila tiba masa korang nak buat loan, semua ni dah sedia cun-melecun untuk tatapan bank.

#3 : Skor cun, hidup selamat? Belum tentu lagi

Katakan, korang berjaya jaga skor kredit supaya kekal cun.

Korang bekerja keras untuk pastikan semua ini. Setiap bulan, korang jelaskan bil tepat pada masanya. Dan sekarang, tiba masa untuk korang nikmati segala kelebihan yang ada.

Buat apa nak risau. Kalau skor dan cun-melecun, takkan senang-senang skor kredit boleh jadi teruk dalam masa yang singkat, kan?

Maaf, Tok terpaksa cantas angan-angan indah korang tu.

Kalau korang ‘kantoi’ bayar satu bil tepat pada masanya, korang boleh dah nyanyi lagu ‘pelamin anganku musnah.’ Cuma kena ganti perkataan ‘pelamin’ tu dengan rumah, kereta, atau kad kredit la.

Walaupun kes untuk setiap individu berbeza, seseorang yang mempunyai skor yang cun mungkin mengambil kredit yang lebih besar, berbanding mereka yang mempunyai skor kredit yang ala kadar saja.

Tak kisah la apa pun skor korang. Kesilapan ini akan bunuh skor kredit tanpa belas kasihan.

Tapi, ada berita baik untuk korang. Korang boleh elakkan banyak kesilapan yang bagi kesan buruk kat skor kredit ini.

Contohnya, korang boleh set pembayaran automatik, supaya korang tak terlepas bayar bil setiap bulan. Korang jugak boleh tetapkan bayaran lebih daripada jumlah minimum. Kalau tak, jangan terkejut kalau hutang korang semakin berkembang.

KLIK UNTUK BACA : 8 sebab permohonan loan rumah ditolak bank (yang anda tak patut buat)

Sekarang, korang dah tahu perkara yang tak ramai orang tahu. Tahniah Tok ucapkan sebab luangkan masa hadam ilmu ini.

Selagi boleh, jaga skor kredit elok-elok. Objektif utama korang nak jadi kawan baik bank, bukan sebaliknya.

Bermanfaat? Silakan SHARE dengan kenalan korang yang nak beli rumah pertama tu. Bantu mudahkan kerja mereka.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *