PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Lelaki ini kongsikan 6 tip cari rumah sewa dengan cepat. Boleh jimatkan banyak masa anda

Korang masih mencari rumah sewa?

Teringat Tok masa belajar kat universiti dulu. Nak cari rumah sewa bukan satu kerja yang senang.

Mungkin masa tu, belum belajar lagi tip yang bakal Tok kongsikan kat korang kejap lagi.

Selagi boleh, Tok tak nak korang ulang kesilapan yang sama (yang pernah Tok buat dulu). Sebab tu korang patut baca perkongsian Tuan Izham Alias ni.

Dengan ilmu yang betul, In Shaa Allah yang susah boleh jadi senang. Selamat menghadam ya.

Anda baru nak mencari rumah sewa?

Lepas dah berpindah, aku ingin ceritakan tip mencari rumah sewa di Kajang ni. Cara ni boleh digunapakai oleh semua orang yang ingin cari rumah sewa.

Perkara pertama yang perlu kita tahu adalah tempat atau kawasan yang kita nak menyewa. Dengan teknologi sedia ada, gunakan aplikasi Google Map dalam pencarian kita tu.

Kan senang kerja. Tak perlu korang nak susah-susah turun padang dulu.

Selepas sudah dapat pandangan lebar kawasan-kawasan yang kita nak menyewa, baru kita turun padang.

Ini 5 tip mudah cari rumah sewa yang aku dapat kongsikan untuk korang.

Tip #1: Round dulu satu taman

Ini cara lama. Bila dah tahu taman mana yang korang nak menyewa, pergi tengok-tengok kalau ada rumah kosong kat kawasan tu.

Antara ciri-ciri rumah kosong yang mungkin boleh disewa seperti:

  • Lalang dan segala macam rumput tumbuh dengan gembira,
  • Takde kenderaan parking kat depan rumah,
  • Cermin tingkap berhabuk.

Kalau sudah jumpa rumah kosong yang memenuhi ciri-ciri di atas, rajinkan diri bertanya jiran sebelah kiri, kanan, depan dan belakang rumah kosong tersebut.

Tanya dengan memperkenalkan diri siapa, pekerjaan kita, dan matlamat kita bertanya.

Insya-Allah jiran-jiran tak anggap kita penyangak. Dan dengan senang hati memberi nombor telefon empunya rumah kosong tu.

Sila pergi waktu selepas orang balik kerja atau hujung minggu. Masa ni, ramai yang ada kat rumah. Kalau korang datang time hari bekerja, takut takde orang nak layan korang.

Kenderaan pula, biarlah yang menjimatkan. Tentulah membonceng motorsikal lebih jimat berbanding memandu Honda Civic.

Tip #2: Solat berjemaah di Surau atau Masjid terdekat

Setelah penat berjalan-jalan di taman itu, jangan lupa singgah surau solat ya.

Tip ini aku dapat daripada kawan yang selalu cari rumah sewa masa dia masih bujang. Ye lah, asyik pindah randah je.

Katanya, paling mudah nak mencari rumah sewa dengan bertanya kariah masjid atau surau. Mereka mesti tahu cerita terkini di taman mereka.

Sila solat sunat rawatib dulu selepas qariah selesai zikir dan doa. Kemudian dekati kumpulan pakcik yang sedang kushuk bersembang tentang hal-hal akhirat tu.

Mana tau geng ni ada rumah kosong. Dah tentu rumah yang pakcik alim tu adalah jenis yang baik untuk kita diami.

Tip #3: Anda tak lapar ke?

Kalau gerai yang kita singgah itu bukan didominasi oleh Indon, Bangla atau Vietnam, digalakkan singgah minum dan makan dulu. Habiskan penat lelah kita berjalan sekitar taman.

Masa inilah ambil kesempatan bersembang dengan tuan kedai. Kenalkan diri kita sama seperti kita kenalkan pada jiran-jiran tadi (rujuk balik poin #1).

Beramah mesra dulu. Lepas tu, barulah bertanya.

Pastikan kita sentiasa bawak kad nama. Jangan terhegeh-hegeh nak keluarkan kertas dan tulis maklumat untuk dihubungi. Aku takut nanti makcik kedai tu buang je kertas tu nanti.

Jadi, rajin-rajinkan diri labur duit RM20 untuk buat kad nama ringkas. Ini contoh maklumat yang patut ada dalam kad tu:

  • Nyatakan tujuan. Contoh: “Mencari rumah sewa,”
  • nama,
  • status pekerjaan,
  • status perkahwinan (bujang atau dah berpunya),
  • nombor telefon. Boleh je kalau nak selit alamat emel sekali.

Tip #4: Tanya kawan-kawan

Ini lagi mudah. Tanya kawan-kawan kita sama ada pernah ternampak iklan rumah sewa tak di kawasan mereka.

Cuma keburukannya, entah kawan kita itu semangat nak tolong kita atau tak.

Ini yang jadi kat aku. Yelah. Dia punya penat mencari rumah sewa, senang-senang je aku tanya. Haha.

Bukan apa, kawan tu mungkin sibuk dan selalu ada luar kawasang (jarang ada dalam taman). Melainkan kawan kita itu memang beli dan tinggal di kawasan tersebut.

Tapi, tak rugi pun kalau korang cuba. Mana tahu rezeki korang dapat rumah yang best daripada kawan korang tu.

Tip #5: Iklankan hasrat anda

Ini bukan iklan pinjaman Ah Long. Jadi, jangan takut nak bagi orang. Aku pernah dapat sekeping kad menawarkan dirinya mencari rumah sewa sekitar Putrajaya.

Aku tabik sama empunya kad tu. Tapi, takkan tak tahu Persint 15 itu kawasan kuaters kerajaan? Melainkan ada pihak tertentu (kakitangan kerajaan tentunya) yang menjalankan bisnes menyewa bilik (bukan rumah) di area tersebut.

Kawan aku cadangkan tampal iklan bersaiz A4 di setiap ruang papan tampal yang ada di tempat yang ingin disewa.

Cara ni sesuai untuk rumah jenis apartmen atau rumah merpati.

Tip #6: Raikan teknologi

Laman web cari rumah sewa yang popular tentunya Mudah.my. Ini cara paling mudah. Sama macam nama website Mudah.my ni.

Kalau nak tinggal di area Kajang ni, aku memang dah target harga sewa sekitar RM500 hingga RM1,500.

Nasib baik ada fungsi di mudah.my ini boleh saring harga.

Sumber gambar: www.izhamalias.com

Sumber gambar: www.izhamalias.com

Ini cara aku saring maklumat semasa mencari di Mudah.my:

  1. Pilih negeri mana kita nak menyewa.
  2. Tetapkan sewa.
  3. Harga maksimum yang mampu kita tanggung.
  4. Tempat spesifik kita mahu sewa.

Tak mahal ke kalau rumah sewa lebih RM1,500? Jom baca post aku pasal cari rumah sewa area Kajang.

Kalau dapat pemilik Melayu, memang senang nak urusniaga. Boleh kawtim. Kalau pemilik bukan Melayu, aku tak berani jamin.

Lagipun aku takde pengalaman pasal ni. Jadi, kalau pembaca ada pengalaman deal dengan mereka, rajin-rajinlah komen dekat artikel ni.

Ada antara anda yang nak berkongsi?

Tu dia 5 tips yang dapat aku berikan berdasarkan pengalaman aku cari rumah sewa area Kajang, Serdang, Putrajaya, Bandar Baru Bangi (aku senaraikan semua supaya Google senang jumpa artikel bermanfaat nih).

Kalau korang ingin tambah, sila buat di bahagian komen ya.

Kenyang tak hadamkan perkongsian kali ni?

Tok doakan korang cepat-cepat dapat rumah sewa. Amalkan apa yang korang belajar. In Shaa Allah pencarian korang akan berjalan lancar.

Kalau nak fast result, tindakan korang pun kena sama pantas jugak ya. Yang senang, korang juga nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *