Tok yakin korang semua dah sedia maklum pasal kelebihan ASB Financing-i.
Nak ikutkan, kita boleh gunakan alat kewangan ini untuk pelbagai jenis matlamat.
Ada yang nak buat simpanan sebagai persediaan membeli rumah. Ada juga yang gunakan ASB sebagai tambahan untuk tabung persaraan bila dah nak bersara nanti.
Bayangkan, bila korang bersara nanti, buka takat duit dalam KWSP Akaun 1 je korang boleh rasa. Dan pada pandangan Tok, ini peluang yang orang muda tak patut lepaskan.
Jom baca perkongsian Tuan Redzwan Khairudin ini tentang cara gunakan ASB Financing-i, dan jana dividen yang mencecah lebih RM800,000 dalam tempoh 30 tahun.
1) Mohon pembiayaan ASB Financing-i bernilai RM100,000, dimana bayaran bulannnya ialah RM549 sebulan.
2) Kenapa perlu financing sehingga RM100,000?
Beginilah, saya ambil contoh para graduan yang baru bekerja dengan kekuatan gaji RM2,000. Maka, gunakan duit 30% daripada jumlah gaji itu untuk memulakan force saving (simpanan secara “paksaan”).
3) Dalam setahun, dividen yang korang perolehi ialah RM7,250 (andaian dividen kekal sama 7.25%).
Bila terima dividen sebanyak ini, usah dikeluarkan. Biar sahaja dalam buku. Anggap duit dividen tersebut seperti olok-olok sahaja.
4) Jika teruskan membayar RM549 setiap bulan tanpa gagal selama 360 bulan, maka dalam masa 30 tahun, korang akan menjana dividen terberanak sebanyak RM716,430.
Ditambah dengan pembiayaan pokok RM100,000 yang sudah habis dibayar, maka sijil pembiayaan korang akan tertunai. Secara tak langsung menghasilkan dividen secara keseluruhan RM816,430.
5) Jadikan RM816,430 ini sebagai dana tambahan semasa bersara nanti.
Ingat, korang masih ada wang persaraan dari KWSP Akaun 1, yang memberi pulangan sebanyak purata 6% setahun. Sekurang-kurangnya anda sudah punyai 2 tabung persaraan yang kukuh sekarang ini.
6) Cuba bandingkan jika korang tak buat pinjaman ASB dan menyimpan duit setiap bulan secara tradisional saja.
Maka dalam setahun, korang menyimpan RM549 × 12 = RM6,588. Dan untuk tempoh 30 tahun, secara keseluruhan hasil simpanan tradisional korang adalah RM197,640 saja.
Contoh kiraan adalah seperti berikut:
7) Keuntungan yang telah diraih ialah sebanyak RM618,790 sepanjang 30 Tahun ini, seolah-olah muncul seorang lembaga datang mencampak sejumlah RM20,626 setiap tahun tanpa sebarang sebab.
8) Ingat, saya beri asas permulaan untuk mereka bergaji RM2,000 sahaja berdasarkan kemampuan komitmen paras sederhana.
Saya faham kalian berbeza kekuatan. Ada yang gaji RM1800, tapi kekuatan menyimpan RM1,100 sebulan, tinggal RM700 semata-mata untuk wang saku, bil air letrik dan duit jajan.
9) Ada yang gaji RM10,000 tapi pengurusan kewangan jauh kelautan Hindi sehingga ke lingkaran segi tiga Bermuda. Hancur lumat ikat tepi.
Nak menyimpan ataupun ber-force saving walau serendah RM300 sebulan pun belum tentu lagi.
10) Usah pertikai, mulakan sahaja. Baru tahu nikmatnya.
—
Banyak keuntungan yang korang boleh jana kalau ada ilmu macam ni.
Ini baru satu contoh. Bayangkan kalau korang boleh buat banyak lagi dalam satu masa. Silap-silap, masa pencen nanti, dah boleh goyang kaki dan hidup selesa melayan cucu cicit.
Nasihat Tok, teruskan mencari ilmu sentiasa. Lagi banyak ilmu korang, lagi banyak duit yang korang boleh jana.
P/S: Silakan share dan panjangkan manfaat ilmu ini pada kenalan korang ya.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]