Login

Register

Login

Register

Elak berpecah sesama keluarga. Tahu cara pembahagian harta pusaka dengan kiraan Faraid ini

| |

Apa yang akan jadi lepas seseorang Muslim itu meninggal dunia?

Ya, mereka akan tinggalkan harta yang ada kepada waris yang berhak.

Dan semua ini Allah S.W.T dah tentukan secara khusus mengikut satu sistem pembahagian harta pusaka.

Semua orang tau tentang Faraid. Tapi tau ke cara kira pembahagian harta pusaka mengikut sistem Faraid ni dengan betul?

Takpe. Korang tak payah susah-susah cari dah. Hadamkan perkongsian bermanfaat dekat blog Bijak Pusaka ni sekarang.

“Kejap Tok. Faraid tu apa?”

Alang-alang dah nak bercerita pasal Faraid ni, Tok selitkan sekali maklumat asas yang akan bantu padukan pemahaman korang tentang topik ini.

Kalau dari segi bahasa, perkataan Faraid ini bermaksud KETETAPAN.

Mengikut istilah dalam hukum Syarak, Faraid adalah proses pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Muslim.

Faraid ditetapkan di bawah hukum syarak ke atas waris yang sah dan layak seperti:

  • Anak,
  • Isteri,
  • Suami,
  • Ibu bapa, dan lain-lain.

Harta yang akan dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ada selepas tolak:

  • Kos pengurusan jenazah,
  • Langsaikan segala hutang pewaris sama ada dalam bentuk agama (seperti Zakat, Nazar, dan lain-lain),
  • Atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh hukum syarak.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:

  • Tanah, bangunan (rumah, kilang, gudang, dan lain-lain),
  • Barang kemas (emas, perak, dan lain-lain),
  • Insuran, saham, bon, tunai (sama ada dilabur atau tak),
  • Tanah, kebun, ladang, dan lain-lain,
  • Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau, dan lain-lain.

Hukum yang anda wajib tahu tentang Faraid

Pembahagian harta menurut Islam selepas berlaku kematian seorang Muslim.

Akan wujud hak-hak tertentu kepada hartanah yang arwah tinggalkan. Hak-hak ini telah ditentukan secara jelas oleh Allah S.W.T secara khusus di bawah hukum Faraid.

Pembahagian Faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (terutama sekali waris-waris) untuk selesaikan.

Apa kesan buruk kalau kita tak laksanakan hukum Faraid?

Sekiranya umat Islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan sistem Faraid ni, risau akan berlaku masalah seperti:

  • Memakan harta anak yatim,
  • Memakan harta saudara-mara,
  • Memakan harta Baitumal.

Ini salah satu contoh kiraan mudah untuk anda faham. Serius!

Tok akan jelaskan secara praktikal, macam mana nak kira berapa banyak pembahagian harta pusaka kepada setiap waris yang berhak.

Katakan, ada satu keluarga yang terdiri daripada suami, seorang isteri, dan 5 orang anak (2 orang lelaki, 3 orang perempuan), serta ibu dan bapa si suami.

Takdir pula tak berpihak kepada si suami. Beliau meninggal dunia, dan insan-insan di atas ni adalah ahli waris si arwah.

Andaikan harta arwah yang tinggal sebanyak RM3 juta lepas dah tolak kos:

  • pengurusan jenazah,
  • selesaikan segala hutang piutang yang ada,
  • wasiat (tak lebih 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka).

Merujuk kepada Surah An-Nisa ayat 11 hingga 12, kadar pembahagian harta pusaka bagi waris arwah mengikut sistem Faraid adalah seperti berikut:

  • Bahagian si ayah kepada suami: 1/6,
  • Bahagian si ibu kepada suami: 1/6,
  • Bahagian si isteri: 1/8,
  • Anak-anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka. Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.

Macam mana nak kira berapa banyak setiap waris akan dapat?

Mengikut tetapan dalam Surah An-Nisa, setiap seorang waris akan terima bahagian masing-masing dengan jumlah yang berbeza (rujuk balik poin atas tadi).

Lepas dah kira, jumlah yang setiap waris akan dapat adalah:

  • Ayah = RM500,000,
  • Ibu = RM500,000,
  • Isteri = RM375,000.00,
  • Anak lelaki = RM464,285,
  • Anak perempuan = RM232,146.

Okay. Sekarang, Tok akan kongsikan cara nak kira untuk dapatkan jumlah ini.

Kaedah #1: Berapa nilai yang ayah, ibu, dan isteri arwah akan terima?

Tok akan gunakan kaedah pecahan untuk jelaskan kiraan untuk 3 waris ini.

Tadi kita dah tau. Bahagian ayah dan ibu arwah akan dapat 1/6, dan bahagian untuk isteri arwah pula adalah 1/8.

Untuk tau berapa banyak jumlah bahagian yang ada (secara keseluruhan), kita mesti cari dulu pembawah yang sama bagi pecahan-pecahan tadi.

Kaedah kiraan adalah seperti berikut:

Sumber gambar: Bijak Pusaka

Dengan kaedah ni, kita akan tau keseluruhan harta peninggalan arwah ada 24 bahagian.

Dan kalau dibahagikan, ibu dan ayah arwah akan dapat 4 bahagian, dan isteri arwah pula akan dapat 3 bahagian.

Daripada 24 bahagian tadi, akan tinggal 13 bahagian lagi untuk diagih kepada anak-anak si arwah.

Kira sekali nilai untuk setiap satu bahagian

11 bahagian sebelum ni, kita dah agihkan kepada waris-waris utama yang bakal terima bahagian masing-masing (ibu, ayah, dan isteri arwah).

Lepas ni, kita kena kira berapa nilai RM yang setiap waris ini akan dapat. Maka, kita akan bahagikan RM3 juta tadi kepada 24 bahagian.

Jadi, kita akan tau setiap satu bahagian berjumlah RM125,000.00.

Kita dah boleh kira berapa banyak jumlah yang setiap waris utama tadi akan dapat:

  • Ayah si arwah
    • RM125,000 X 4 =
    • RM500,000
  • Ibu si arwah
    • RM125,000 X 4 =
    • RM500,000
  • Isteri si arwah
    • RM125,000 X 3 =
    • RM375,000

Kaedah #2: Berapa pula jumlah harta pusaka yang anak-anak bakal terima?

Seperti mana yang Tok dah bagitau awal-awal tadi, anak-anak si arwah akan terima lebihan harta selepas datuk, nenek, dan ibu mereka dapat bahagian masing-masing.

Arwah ada 2 orang anak lelaki. Bermakna, pembahagian harta pusaka si arwah akan berhenti pada takat ni.

Sebab mereka adalah penghalang (stopper) bagi waris-waris yang lain daripada menerima harta pusaka arwah.

Jadi, setiap anak lelaki arwah akan terima 2 bahagian. Manakala setiap anak-anak perempuan akan terima 1 bahagian.

Ini cara mudah nak kira:

Sumber gambar: Bijak Pusaka

Tadi, korang dah tau yang nilai bagi lebihan harta pusaka arwah yang masih belum diagihkan adalah sebanyak RM1,625,000 (RM3,000,000 – RM1,375,000).

Sebab tu, kalau nak tau berapa nilai bagi setiap satu bahagian daripada nilai baki aset, RM1,625,000 perlu dibahagi dengan 7 bahagian dan korang akan dapati yang setiap bahagian bernilai RM232,142.86.

Dengan ini, korang akan tau yang anak lelaki akan dapat baki harta pusaka sebanyak RM464,285 (RM232,142 X 2 bahagian) setiap seorang.

Anak-anak perempuan pula akan mewarisi RM232,142.86 setiap seorang (1 bahagian).

Memang tetap macam ni je, atau boleh berubah-ubah?

Tu je caranya. Senang kan? Tak peningkan kepala korang walau sikit pun.

Macam tu cara paling mudah pengiraan Faraid secara manual. Tapi korang kena ingat, apa yang Tok kongsikan dekat sini berpandukan keadaan sebuah keluarga biasa.

Situasi ni boleh berubah mengikut ahli waris si arwah.

Bagi kes si mati yang takde anak lelaki (atau selain daripada situasi di atas), maka pembahagian harta pusaka akan berubah. Tapi masih tertakluk pada kadar yang dinyatakan Surah An-Nisa, ayat 11 dan 12 tadi.

Satu lagi perkara yang Tok nak tekankan. Faraid adalah pilihan cara agihan harta pusaka terakhir dalam sistem agihan harta pusaka Islam.

Satu lagi perkara penting anda perlu buat sebelum jalankan sistem Faraid

Kalau cara pembahagian harta pusaka cara persetujuan antara ahli waris tak menjadi, korang boleh bahagikan harta pusaka mengikut sistem ini.

Dan yang PALING PENTING. Pembahagian harta pusaka ini tak akan dapat dilaksanakan kalau takde pelantikan pentadbir harta pusaka.

Jadi, korang kena lantik seorang untuk uruskan hal ini

Tanpa bantuan pentadbir harta pusaka, takde la pengagihan harta pusaka dapat dibuat kepada waris.

Sebaiknya, lantik pentadbir ni sewaktu korang masih hidup untuk elakkan sebarang masalah besar pada masa depan.

Tok perasan. Ramai yang ambil ringan pasal kepentingan wasiat dalam kehidupan seharian. Lagak macam boleh hidup 1,000 tahun lagi je.

Ini tak patut berlaku. Kalau tak buat, masalah dekat korang jugak nanti. Dan paling tak best, orang sekeliling pun akan turut sama terkesan.

Dan ini tuntutan straight daripada Allah S.W.T. Suruh buat benda yang baik pun, masih berkeras tak nak ikut jugak? Jangan la aneh-aneh sangat perangai tu ye.

Bank siap tolong bayarkan down payment rumah? Macam mana 16 otai ni buat?

Suka tak korang? Dengan modal ciput pun, boleh beli rumah.

In bukan janji kosong ya. Dengan ilmu, semua benda boleh jadi. Walaupun simpanan korang tak banyak mana.

Tak perlu pun banyak duit untuk mula melabur dalam hartanah. Klik link bawah ni untuk belajar sekarang.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE? <<<

Previous

Harga minyak “mengamuk” kembali – Apa lagi yang anda boleh buat?

Hanya dengan gaji RM1500, dapat beli lebih sebiji rumah dan simpan RM33000?

Next

Leave a Comment