Pernah tak rasa gaji bulanan korang susah nak bertahan hingga penghujung bulan?
Tiap kali masuk je tengah bulan, duit gaji dah tinggal sikit. Ada juga kes terpaksa ikat perut dan melantak Maggi sebelum gaji baru masuk.
Dan kalau ia berterusan, situasi ini berikan impak negatif kat kesihatan diri dan kewangan korang.
Dah tiba masa untuk korang ubah perkara ini. Sama ada kurangkan perbelanjaan, atau tambah pendapatan.
Perkongsian Andrea Cannon ini akan bantu celikkan mata dan minda supaya korang dapat selesaikan masalah ini.
Salah satu tanda yang ketara adalah korang tak mampu nak bayar hutang yang ada setiap bulan. Dan kes paling teruk, nak bayar secara minimum pun korang tak mampu.
Bila kita berhutang, wajib untuk kita bayar balik.
Dan sepatutnya, korang boleh bayar balik segala hutang yang ada, tanpa mengacau makanan korang setiap hari. Kalau nak makan pun tak lepas (sebab tak ada duit), situasi korang tu boleh dikira kritikal.
Kalau ini situasi korang, dah boleh-boleh berusaha dan rangka strategi untuk tambah pendapatan mulai sekarang.
Bertambah teruk lagi kalau korang selalu lewat bayar hutang ini, atau mengabaikan kewajipan kewangan yang lain.
Dah tentu perkara ini akan buatkan situasi kewangan korang menjadi lebih buruk. Kikis semua tabiat buruk ini segera, tanpa sebarang kompromi.
Cara terbaik untuk mendapatkan lebih banyak daripada gaji bulanan korang adalah dengan mengurangkan perbelanjaan (dan ia paling senang untuk kita buat).
Bajet yang ohsem akan menjadi batu loncatan sebagai usaha untuk membuat perubahan kekal bagi mengatasi masalah ni.
Tapi, tak bermakna korang boleh goyang kaki walaupun dah ada bajet yang baik.
Kurangkan perbelanjaan adalah satu inisiatif yang kurangkan bahu korang daripada terbeban secara ekstrim. Cuma, ia tak akan bantu selesaikan masalah korang ini.
Bila dah selesai buat bajet yang baik, cari idea untuk tambah pendapatan bulanan dan buat lebih banyak wang untuk selesaikan hutang secepat mungkin.
Kalau korang tak mampu nak bayar hutang, dan ketepikan duit untuk simpanan dan persaraan, bermakna korang kena berusaha untuk tambah pendapatan.
Manusia mana yang boleh menilik masa depan dengan tepat? Setakat ni, Tok tak pernah berjumpa seorang pun yang ada kelebihan ni. Pendek kata, kita tak tahu apa yang akan terjadi kat kita pada masa depan, betul?
Jadi, strategi terbaik adalah bersedia dengan menyimpan sejumlah wang untuk menghadapi segala kemungkinan kemudian hari.
Simpanan untuk masa depan boleh dikira sebagai antara agenda utama yang perlu dibuat oleh semua orang. Lagi-lagi simpanan untuk persaraan. Tak ada siapa nak kekal bekerja bila tiba hari tua nanti.
Masih lagi tak dapat mencapai matlamat kewangan jangka masa pendek dan panjang korang? Ini adalah satu tanda yang korang masih belum menjana pendapatan yang cukup.
Adalah satu masalah kalau korang bergantung kat kad kredit untuk membeli barangan keperluan setiap bulan.
Tambah pula, korang bayar pinjaman kad kredit ni secara minimum. Ini adalah sebab hutang korang berpanjangan dan akan wujudkan pelbagai masalah kewangan yang lain.
Skor kredit korang dah tentu akan terkesan. Dan simpanan korang juga tak akan ke mana-mana kalau terus amalkan tindakan ini.
Lebih teruk lagi, korang sendiri yang kena tanggung bayar faedah yang semakin tinggi untuk satu jangka masa yang panjang.
Dah la duit simpanan tak meningkat. Kena pula bayar hutang kad kredit yang semakin menimbun dari masa ke semasa. Macam mana nak langsaikan hutang, kalau kita masih konsisten menambah hutang setiap bulan?
Korang selalu habiskan sebahagian besar duit gaji korang pada minggu pertama?
Ia mungkin berlaku atas 2 sebab:
1) korang terlebih berbelanja, ATAU,
2) gaji korang tak cukup untuk tampung perbelanjaan bulanan.
Kalau tak ada wang lebihan, macam mana kita nak menyimpan untuk simpanan kecemasan, atau wang persaraan?
Sepatutnya, kita harus ada duit lebihan selepas membayar segala komitmen wajib (seperti bil, sewa rumah, ansuran kereta, atau lain-lain). Kalau tak ada duit lebihan ini, korang kena berusaha tambah pendapatan mulai sekarang.
—
Dah tiba masa untuk korang mulakan tindakan drastik segera.
Taraf hidup semakin meningkat dari masa ke semasa. Dan kalau kita tak berusaha meningkatkan pendapatan mulai sekarang, kita mungkin akan lebih jauh ketinggalan. Tok pasti korang tak nak ini berlaku.
Bajet yang bagus boleh membantu korang atasi masalah ni. Kurangkan perbelanjaan dulu, kemudian baru fikirkan idea untuk tambah pendapatan sampingan. Tak salah berenyah dulu, bersenang-senang kemudian.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]
zam says:
setuju dengan semua point tok, kehidupan kita ibarat rat race. hari2 pergi kerja, setiap bulan dapat gaji, then habis bayar hutang. lepas tu tambah pendapatan, tapi pada masa sama tambah hutang juga. niat asal nak tambah income, akhirnya masih dalam situasi race race juga. lama2 penat.