Login

Register

Login

Register

Apa yang perlu kita buat untuk pastikan pelaburan hartanah menjana untung setiap masa?

Sebab apa kita melabur dalam hartanah? Untuk menjana wang. Noktah. Tak ada jawapan yang lebih baik dari ini.

Apa pula maksud “pelaburan hartanah”? Mudah saja. Hartanah yang menjana pendapatan pasif untuk kita.

Macam mana nak tengok sama ada hartanah itu boleh menjana wang untuk kita?

Simple. Ikut wang itu sendiri (follow the money itself).

Macam mana? Pertama, kita perlu tahu apa yang menarik wang. Kita boleh mulakan dengan belajar kenali elemen yang menarik wang datang.

Apakah elemen-elemen seperti ini?

Ia boleh jadi apa saja yang memudahkan, apa saja yang buatkan proses urusniaga berjalan dengan lancar, apa saja yang menarik trafik ke sesebuah tempat, dan banyak lagi.

Apakah yang buatkan pelaburan anda menjana untung?

Bila kita ambil kira semua ini, kita boleh dapatkan idea lokasi ideal untuk membeli sesebuah hartanah.

Ya. Lokasi. Dan dalam usaha untuk kenali sesebuah lokasi secara lebih mendalam, kita perlu dapatkan maklumat lanjut tentang butiran sesebuah hartanah.

Tapi, ini adalah masalah peringkat asas yang ramai orang tak buat. Mereka tak fahamkan erti pelaburan hartanah yang betul.

Macam mana nak tentukan sesebuah hartanah itu sesuai dibuat pelaburan, sebelum melihat butiran yang lebih mendalam seperti, harga setiap kaki persegi hartanah itu, yuran penyelenggaraan, kondisi hartanah, atau lain-lain yang berkaitan?

Macam mana kita nak tahu sesebuah hartanah itu ada potensi pelaburan yang tinggi, tanpa kita ada butiran-butiran penting seperti kadar pertumbuhan ekonomi sesuatu kawasan kecil secara spesifik?

Ingat balik peraturan pertama tadi (follow the money itself). Masukkan perkara ini ke dalam perspektif kita. Apa saja perkara yang menarik wang pasti akan berkembang.

Jadi, kita perlu menggambarkan lokasi hartanah tersebut sebelum bertindak melawat kawasan pada hari berikutnya.

Nota: Dah tentu kita kena buat kerja rumah (due dilligence) untuk dapatkan semua butiran seperti lokasi yang tepat, infrastruktur kawasan sekitar, kemudahan, serta tempat lain yang kita nak lawati kat sesebuah lokasi atau kawasan sekitar hartanah itu.

Rasa ingin tahu sebagai penyelamat

Tentu kita akan rasa tertanya-tanya (curious) tentang hartanah yang kita berminat nak beli.

Bagus. Ini akan buatkan kita berusaha mencari setiap elemen yang akan tentukan hartanah itu sesuai dibuat pelaburan atau sebaliknya.

Tanya soalan seperti:

  • siapa yang tinggal kat sesebuah kawasan itu? Siapakah mereka?
  • apakah tahap demografi sesebuah kawasan itu?
  • kat mana mereka selalu membeli-belah?

Apa lagi yang boleh kita buat?

Bila dah tiba masa kita datang melawat hartanah yang nak dibeli, lihat semua elemen, kaji dan buat keputusan berdasarkan perkara ini. Supaya dapat kita tentukan sama ada hartanah itu menepati objektif pelaburan atau sebaliknya.

Apakah masalah yang ramai pelabur hadapi hari ini?

Kebanyakan pelabur tak tahu kat mana nak mulakan. Dan dah tentu kita nak jawab soalan utama ini:

“Kenapa aku kena melabur kat (sesebuah) hartanah itu?”

Tak ada siapa yang nak bazirkan masa dan tenaga melabur untuk satu jangka masa panjang, tapi hanya berikan hasil yang biasa-biasa saja.

Itu sebab kita mengkaji lokasi hartanah secara mendalam. Bila dah tahu, baru boleh kita beli dan tuai hasil yang kita harapkan.

Hartanah yang kita kenal bagus untuk dibuat pelaburan? 

Ada juga sesetengah orang kata, lebih baik beri tumpuan kat kawasan yang dekat dengan kita dalam usaha mencari hartanah pelaburan yang baik. Sebab kita dah kenal dan tahu tentang sesebuah kawasan itu.

Kenyataan ini betul. Tapi ia masih tak begitu tepat.

Pada pendapat saya, kita juga perlu melihat tempat-tempat dengan potensi yang berbeza, belajar daripada tempat ini dan dapatkan hartanah yang menarik untuk dibuat pelaburan. Walaupun ia terletak 30 atau 40KM jauh dari kita.

Pandu saja kereta dan melawat kawasan ini. Belanjakan RM20 untuk isi minyak kereta dan RM10 untuk tol (anggaran saja).

Dan dah tentu lebih bagus kalau kita dapat kurangkan kos perbelanjaan untuk perkara ini. Kalau boleh elak laluan bertol, buat. Kalau boleh naik motor untuk melawat kawasan, lagi banyak kita boleh jimat.

Lagi sikit duit yang dikeluarkan untuk tanggung kos ini, lebih bagus. Gunakan kreativiti dan akal kita sebaik mungkin.

Tapi, selalu ingat ya. Sediakan segala-galanya sebelum kita pergi melawat sesebuah kawasan. Kita tak nak semata-mata belanjakan wang kita, tapi tak dapat meraih hasil yang sepatutnya. Siapa pun tak nak rugi dan bazirkan duit begitu saja.

Kos RM30 atau RM50 untuk buat lawatan sambil belajar, adalah jauh lebih baik berbanding membeli hartanah pelaburan yang salah pada harga yang tak masuk akal.

Bila dah faham kawasan itu, baru beli

Kadang-kadang, kita mungkin perlu buat beberapa lawatan untuk fahamkan sesebuah kawasan itu.

Dan lagi satu, sentiasa ada perasaaan ingin tahu (curiosity) tentang setiap perkara dan elemen yang ada kat situ.

Kaji semua. Termasuk pasar basah, pasaraya, stesen minyak, akses lebuhraya, gerai makan, kafe, butik, restoran, dan sebagainya.

Kenapa kita kena buat semua ini?

Perkara ini akan berikan kita idea dan petunjuk tentang sesebuah kawasan itu. Terutama sekali tahap kemampuan prospek kita (affordability level).

Dan kita boleh buat perkara ini dengan lebih baik pada masa depan. Bila kita dah ada pengalaman dalam mengkaji pasaran retail, market study, dan juga jenama, serta pengalaman mengkaji budaya sesebuah tempat atau kawasan.

Setakat ini, saya (secara peribadi) melihat infrastruktur sebagai elemen yang menyalurkan wang ke dalam sesebuah kawasan tertentu.

Peruncit (retailers) pula, mereka akan berikan kita idea berkaitan kemampuan. Dan jenama pula sebagai elemen yang meningkatkan volume wang masuk ke dalam sesebuah kawasan.

Perbandingan yang tentukan pelaburan yang terbaik

Bandingkan semua elemen ini dengan setiap tempat yang kita lawati.

Dari sini, kita akan belajar dan dapatkan idea dan pemahaman yang baik, dengan memahami impak setiap elemen ini kat sesebuah kawasan dan kesan kat hartanah itu.

Kadar sewaan yang tinggi hanya boleh dicapai kalau ada permintaan (demand) yang tinggi. Dan kita boleh dapatkan ini dengan gabungkan kadar permintaan yang tinggi dengan nilai yang kita berikan kat penyewa.

Kita akan dapati setiap elemen ini akan berikan nilai dan membolehkan kita buat analisa tentang prospek, sebagai usaha memberikan lebih nilai kat mereka pada masa akan datang.

Sentiasa jawab soalan ini:

“Apakah nilai yang ada pada hari ini, yang akan berikan pulangan yang besar pada masa depan?”

Tok Penghulu

Read Previous

Hati-hati dengan tawaran JV (joint venture) dalam seminar hartanah. Ikuti kupasan Tuan Faizul Ridzuan pasal skim sontot ini

Read Next

8 sebab bank senang hati luluskan permohonan pinjaman, supaya anda boleh beli rumah tahun ini

Leave a Reply