PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Buat duit ekstra, tapi tak nampak hasil. Ini helah nak gemukkan akaun bisnes.

Zaman serba canggih ni, macam-macam cara kita boleh buat untuk jana duit tepi (ekstra). Tapi masalah utama mereka yang buat bisnes sampingan ni adalah duit jualan memang masuk tapi bila tengok akaun macam tak nampak je hasilnya.

Pernah terjadi kat diri sendiri kan?

Biasalah tu, duit masuk kita perasan, tapi duit keluar tu mengalir macam air je. Ini bukan kes akaun kena hack ke apa, tapi kena hack dengan diri sendiri. Belanja tak ingat dunia.

Punca utamanya senang je, korang campur adukkan duit bisnes dengan duit peribadi kan?

Ini perkara biasa bagi mereka yang baru nak jinak-jinak dalam perniagaan. Dulu Tok pun macam ni juga, tapi Tok dah insaf dah. Kalau tak, Tok tak boleh nak buktikan pendapatan sampingan ni kat bank untuk buat pinjaman beli hartanah.

Korang nak tahu? Baca bawah ni.

Asingkan duit personal dan bisnes

Paling penting sebenarnya korang kena buat rekod segala transaksi masuk keluar untuk bisnes. Supaya boleh bezakan duit bisnes.

Kalau korang betul-betul serius, daftar enterprise terus kemudian buka akaun semasa.

Senang, semua transaksi bisnes guna akaun semasa ni. Jadi, tak ada dah isu terguna duit bisnes lagi lepas ni.

Tetapkan gaji siap-siap!

Dah asingkan siap-siap, akan timbul masalah lain pula iaitu pantang asal nampak duit masuk.

Benda ni berlaku sebab tak tetapkan berapa banyak nak ambil setiap bulan. Itu yang asal duit masuk je dalam akaun bisnes, terus hantar ke akaun personal dengan alasan gaji. Kalau jualan RM10k, semua tu lah gaji yang diambil untuk bulan tu.

Kalau beginilah gayanya, sampai bila-bila pun bisnes tak maju.

Solusinya adalah tetapkan gaji contohnya RM2,000 setiap bulan. Walaupun jualan masuk RM10k, anda kena disiplin ambil RM2k je.

Kalau ada masalah rambang mata ni, mari Tok kongsikan satu helah ni.

Pergi buat akaun semasa dari bank lain pula. Jadi kat sini dah ada dua akaun semasa kan?

Bila jualan masuk ke Akaun semasa A, tetapkan lah berapa korang nak simpan. Contohlah nak simpan 10%, pindahkan jumlah tu ke Akaun semasa B. Akaun A je yang korang akan tengok selalu, abaikan atau buat-buat lupa pasal Akaun B.

Baca juga : Tak sangka konsisten simpan 10% setiap bulan walaupun gaji tak besar, boleh jadi lebih RM1 juta!

Natijahnya, korang akan rasa tak selesa sikit bila tengok jumlah Akaun A tu sikit je. Jadi benda ni boleh dorong korang untuk kerja kuat sikit untuk buat jualan.

Menariknya buat cara ni, korang mesti seronok bila tengok jumlah Akaun B tiba-tiba macam banyak pula. Perasaan masa tu serius rasa nak menangis pun ada. Penat lelah buat macam-macam kerja terbalas bila nampak hasil kita tu.

Tak percaya, korang cubalah buat. Tok jamin korang tak akan menyesal punya.

Belajar sesuatu? Sebarkan kebaikan ni supaya lebih ramai dapat manfaat.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed