Kalau Tok sebut ‘homestay,’ apa yang akan terpacul dalam fikiran korang?
Industri rumah tumpangan (atau homestay) ni bukan benda yang baru. Dah ramai orang kat luar sana yang buat duit dengan bisnes ni.
Tapi, janganlah sebab korang tengok orang lain buat, korang pun melulu jugak nak buat bisnes homestay.
Ilmu kena ada dulu. Kalau tak, melebur je duit korang yang korang tu.
Dan kalau tahu cara, senang-senang korang boleh buat RM1,500 sebulan atau lebih. Jemput hadamkan perkongsian ini kalau korang serius nak tahu.
Cara terbaik untuk tahu lokasi mana yang sesuai untuk homestay, adalah tengok kat mana orang selalu buat lubuk homestay ni.
Korang boleh gunakan platform carian untuk tengok demand (permintaan) dekat sesuatu lokasi tu.
Ini dia list carian yang korang boleh guna untuk tengok demand, dan jugak persaingan yang ada dekat dengan rumah korang.
AirBnB sekarang adalah di antara laman web paling popular untuk orang cari rumah tumpangan.
Sebab AirBnB ada konsep check and balance. Bermakna, AirBnB memberi peluang untuk dua-dua pihak; hos dan penyewa untuk reviu pengalaman mereka.
Kalau penyewa buat perangai seperti rosakkan rumah gila-gila, maka korang boleh tinggalkan reviu yang sepatutnya.
Sama la jugak dengan hos (korang la) kalau sediakan rumah dalam keadaan daif dan kotor, akan dapat jugak reviu yang sepadan.
Dan jangan bimbang kalau takut rumah korang rosak teruk disebabkan penyewa.
Sebab apa?
Pihak AirBnB ada sediakan ganti rugi yang korang boleh claim sampai RM4,447,000.
Berbalik kepada pemilihan lokasi tadi, korang taip la lokasi rumah korang dan tengok berapa orang sewakan unit yang sama dekat kawasan tu.
Dari situ jugak korang boleh kira berapa jumlah kasar dalam masa sebulan yang korang boleh dapat.
Sebelum korang bersemangat nak buat AirBnB ni, sabar dulu. Dalam bisnes jenis ni ilmu adalah penting, sebab ilmu yang betul boleh selamatkan kerugian beribu Ringgit.
Langkah pertama, adalah untuk korang buat dulu perancangan kewangan untuk projek AirBnB ni.
Berikut adalah kos jalankan AirBnB yang korang perlu ambil kira:
Nah, Tok bagi contoh untuk mantapkan pemahaman korang.
Katakan, korang beli satu unit studio bersaiz 500 kaki persegi, dan korang partition-kan unit tu supaya ada 2 bilik.
Bila korang tengok dan kaji, harga sekitar dalam lingkungan RM200 sehari.
Andai kata anda seorang pakar dalam menyewakan rumah ala AirBnB ni dan lokasinya hot, korang akan dapat lebih daripada 80% occupancy rate.
Itu dia jumlah kasar yang korang boleh dapatkan. Tapi jangan lupa, ada kos-kos lain seperti kos nak cuci rumah dan sebagainya.
Dalam game homestay ni, kita kena tahu lokasi-lokasi panas dan unit yang betul. Baru boleh dapat untung kaw-kaw.
Tok dapat tips ni daripada orang yang menjalankan bisnes AirBnB dan sublet sendiri. Awalnya dia sendiri merayu dekat Tok supaya jangan buat artikel ni, nanti ramai orang tahu rahsia dia.
Nak tahu apa rahsia tu?
Buat tips SEO untuk page listing AirBnB anda.
“Alamak, apa pulak SEO ni Tok?”
SEO ni nama pendek untuk Search Engine Optimization, dan secara ringkasnya adalah cara untuk mengoptimumkan listing korang, supaya lebih mudah dicari oleh prospek.
Jadi, apa cara untuk membuatkan listing korang lebih mudah untuk dicari?
Pastikan anda set AirBnB anda boleh didiami untuk minimum 1 malam. Sebab apa? Selalunya bila orang search untuk AirBnB, carian pertama adalah untuk survei dulu apa yang ada untuk mereka diami.
Dan selalunya carian pertama ni dilakukan secara pantas, taip nama tempat, set tarikh untuk malam ni (default) dan terus tekan butang ‘Enter.’
Dan kalau listing anda tak ada fleksibiliti ni, rumah korang tak akan ada dalam consideration set mereka. Maknanya rumah anda awal-awal lagi tak ada dalam set pemilihan mereka.
Perkara pertama yang orang tengok bila memilih AirBnB, adalah dengan melihat gambar-gambar yang ada.
Pastikan gambar yang anda ambil menunjukkan sisi dan menggambarkan rumah itu sebaiknya.
Lebihkan gambar ruang rumah, seeloknya ambik 2-3 angle (sudut) berbeza untuk ruang yang sama, supaya prospek boleh menilai bagaimana bilik yang mereka akan diami.
Kalau ambil satu sahaja selalunya akan jadi sedikit ‘misleading’ (mengelirukan) dan menyumbang kepada reviu yang tak best daripada pengunjung AirBnB kita.
Profil dengan ulasan positif (positive review) yang terbanyak akan lebih diberi keutamaan di AirBnB.
Ulasan ataupun reviu ni ada 2 jenis:
Bila pengunjung letakkan reviu positif kat profil korang, sekaligus ini akan menambahkan lagi kepercayaan bakal-bakal pengunjung lain yang melihat listing AirBnB korang tadi.
Dan kalau dapat banyak reviu positif, listing korang juga akan diletakkan lebih atas berbanding listing yang lain.
Airbnb boleh jadi satu lagi idea untuk korang jana pendapatan tambahan.
Memang nampak senang buat duit dengan Airbnb ni. Tapi, elakkan main buat saja tanpa cari ilmu dulu.
Korang nak jana ‘duit tepi.’ Takut kalau tak cukup bersedia, lain pulak yang jadi nanti.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]