PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

BNM umumkan penangguhan bayaran pembiayaan selama 6 bulan

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan beberapa langkah pengawalan untuk membantu mereka yang terkesan dengan coronavirus. Ini termasuk penangguhan bayaran pembiayaan selama 6 bulan.

Nak tahu lebih lanjut? Jemput baca artikel ni sampai habis.

Bank Negara Malaysia (Bank) hari ini mengumumkan beberapa langkah pengawalan dan penyeliaan untuk menyokong usaha institusi perbankan membantu individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat korporat menangani kesan akibat wabak COVID-19.

Langkah-langkah oleh Bank bertujuan untuk membolehkan institusi perbankan kekal fokus terhadap usaha menyokong ekonomi yang sedang menghadapi keadaan luar biasa dan tidak pernah dialami sebelum ini.

Langkah-langkah ini memberikan fleksibiliti kepada institusi perbankan untuk bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan pelanggan mereka. Institusi perbankan berada pada kedudukan yang kukuh untuk berbuat demikian memandangkan adanya penampan kewangan yang besar yang telah terkumpul sejak sekian lama.

Penangguhan dan Penstrukturan Semula Kemudahan Pinjaman/ Pembiayaan

Pinjaman/pembiayaan kepada individu dan PKS


Bagi membantu aliran tunai individu dan PKS yang berkemungkinan paling terjejas akibat COVID-19, institusi perbankan akan menawarkan penangguhan kepada semua pembayaran balik pinjaman/pembiayaan untuk tempoh 6 bulan, berkuat kuasa pada 1 April 2020.

Tawaran ini diberikan kepada pinjaman/pembiayaan dalam denominasi Ringgit yang mempunyai rekod pembayaran yang baik serta tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020.

Bagi kemudahan kad kredit, institusi perbankan akan menawarkan penukaran baki terkumpul kepada pinjaman bertempoh 3 tahun (3-year term loan) dengan kadar faedah yang lebih rendah bagi membantu peminjam mengurus hutang mereka dengan lebih baik.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh dan peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, peminjam perlu memahami perkara ini dan berbincang dengan institusi perbankan masing-masing tentang pilihan yang ada apabila menyambung semula jadual pembayaran balik pinjaman/pembiayaan mereka selepas tempoh penangguhan.

Individu dan PKS yang tidak mahu atau tidak perlu menggunakan kemudahan ini boleh meneruskan pembayaran balik mereka seperti biasa mengikut struktur yang sedia ada.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH

Comments are closed