PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

BNM kekalkan kadar OPR pada 1.75%. Apa kesannya kepada pinjaman anda?

Tok baru dapat berita ni tadi.

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 1.75 peratus.

Bagi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan kegiatan ekonomi meningkat dengan ketara pada suku ketiga. Pengenalan langkah-langkah bersasar untuk membendung COVID-19 di beberapa negeri boleh menjejaskan momentum pemulihan pada suku keempat.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan bagi tahun 2020 dijangka berada dalam julat unjuran sebelum ini. Bagi tahun 2021, kegiatan ekonomi diunjurkan semakin bertambah baik.

Nak tahu apa itu OPR? Klik link ni untuk baca : OPR

Kesan kadar OPR

Bila OPR dikekalkan kepada 1.75%, ada 2 kesan yang korang boleh nampak:

#1 – Kadar simpanan tetap (Fixed Deposit) akan kekal

Kadar FD yang sekarang akan mengikut kadar OPR yang terbaru.

Bermakna, jika kadar OPR turun, kadar simpanan tetap (fixed deposit) juga akan turun

#2 – Kadar faedah pinjaman juga akan kekal

Buat korang yang ada pinjaman rumah, bila kadar OPR dikekalkan, kadar faedah pinjaman rumah korang juga akan dikekalkan. Jika kadar OPR diturunkan, ada kemungkinan bank akan turunkan kadar faedah. Bermakna, bayaran pinjaman anda akan jadi lebih rendah.   

Tapi kena ingat ya. Bukan semua pinjaman. Pinjaman yang berasaskan ‘floating interest’ saja yang akan terkesan.

Contoh macam pinjaman perumahan dan juga ASB Financing. 

Loan kereta atau personal loan tu, maaf. Tak terkesan dek turun naik OPR ni.

Bagi korang yang tak terkesan dari kewangan, boleh je bayar macam biasa pinjaman yang korang ada. Untuk yang terkesan pula (dikurangkan gaji, dibuang kerja), dapatkan nasihat daripada bank korang. 

Nota penting : Nak baca lebih lagi impak penurunan OPR? Korang boleh baca artikel impak OPR

Adakah korang semakin jelas mengenai OPR?

Tok harap korang dah makin celik tentang kewangan dan apa impak OPR ni kepada pinjaman yang korang ada sekarang. 

Belanjawan 2021 akan datang minggu ni? Korang dah ready nak tahu apa intipati Belanjawan 2021 nanti? Tunggu. Tok akan update nanti.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed