PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Dengan RM600 sebulan, anda boleh bina simpanan RM117,000 dalam masa 10 tahun.

Siapa yang tak nak simpanan mencecah hingga ratusan ribu Ringgit?

Tak mustahil pun nak capai matlamat ni.

Cuma, isu terbesar adalah dari segi komitmen. Tak semua orang boleh menyimpan dengan penuh berdisiplin.

Tapi, Tok percaya korang boleh adjust perkara ni. Kalau korang betul-betul nak, mesti korang sanggup buat, kan?

Cikpuan Syafieqah A’lya ada kongsikan strategi nak capai simpanan ni kat dinding Facebook beliau. Rugi kalau kita tak baca dan amalkan.

Tip ini sesuai untuk fresh graduate yang baru mula bekerja.

1) Lakarkan gaji bersih kat atas kertas, beserta komitmen bulanan korang.

Setelah menolak kesemua komitmen, pastikan korang ada simpanan sekurang-kurangnya 10% hingga 30% daripada gaji bulanan.

Basic kiraan matematik ini, korang mesti tahu macam mana nak kira.

2) Simpanan 10% hingga 30% dari gaji korang tu, bahagikan kepada 2 bahagian atau lebih.

Katakan, sebulan korang boleh simpan RM600. Separuh dari simpanan tu, mula buat force saving dengan apply ASB Financing bernilai RM 55,000.

Separuh simpanan lagi simpan biasa sebagai simpanan kecemasan kat dalam Buku ASB.

3) Saya akan tunjukkan berapa hasil yang akan korang terima dalam tempoh 3 tahun, 5 tahun serta 10 tahun.

Cara ini perlukan disiplin yang tinggi tanpa bawa keluar duit dividen. Saya ringkaskan kiraan ini.

Kiraan pembiayaan ASB Financing dan simpanan biasa di ASB.

  • Dalam masa 3 tahun : RM 15,326 + RM 11,972 = RM 27,298.
  • Dalam masa 5 tahun : RM 27,398 + RM 21,470 = RM 48,868.
  • Dalam masa 10 tahun : RM 65,742 + RM 51,937 = RM 117,679.

4) Elakkan cipta hutang jahat yang mempunyai komitmen hingga melebihi setengah dari gaji bersih korang.

5) Jangan apply personal loan tanpa sebab munasabah. Biar pun loan anda dah approved, ia bukan lah satu kebanggaan atau jalan pintas untuk anda shopping dan travel sakan.

6) Kurangkan entertainment dan lebihkan simpanan pada waktu ni.

Saya faham perasaan korang lihat kawan yang selalu pergi travel oversea, tapi kita hanya mampu lihat.

Geram tengok kawan-kawan selalu melepak dan makan sedap-sedap, tapi kita hanya memasak kat rumah dan makan apa yang ada dalam peti ais tu.

Kawan korang selalu shopping baju baru sampai melimpah keluar dari almari, korang hanya mampu perhati je.

Wait and see hasil pengorbanan korang ni.

Sabar itu separuh daripada iman.

7) Beli kenderaan terpakai (kereta kecil) sebagai kegunaan korang ke tempat kerja. Brochure kereta idaman korang, sila tampal dalam bilik dulu.

Korang tunggu dan bersabar je. Tiba masa nanti, korang akan drive kereta impian korang dengan penuh bergaya.

8) Orang yang berjaya akan cari jalan bagaimana nak penuhkan column pendapatan dan kurangkan perbelanjaan.

Biar income lain bayarkan komitmen kita, dan duit gaji kita gunakan sepenuhnya untuk reward diri atau tambah lagi peluang baru untuk buat duit.

9) “Bila boleh enjoy ni? Asyik suruh menyimpan je..”

Bila korang pandai kata TIDAK pada skim cepat kaya, skim kawan melepak kedai hispster, skim beli gajet latest yang lebih bergaya.

Semua ni adalah godaan sementara. Buat rugi duit korang je.

Tarik nafas panjang-panjang dan hembus pada member tu supaya dia pergi main jauh-jauh. Korang tengah ada misi besar yang perlu dilaksanakan.

Nota: Share dengan kawan-kawan korang tip ini. Ilmu baik, elok kita kongsi dan panjangkan kat yang lain, supaya lebih ramai dapat hadamkan manfaat yang sama.

Macam yang Tok cakap tadi. Matlamat ini tak mustahil nak dicapai, selagi korang boleh simpan duit secara berdisiplin.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hanya korbankan RM600 dan tempoh 10 tahun untuk dapatkan simpanan ratus ribu Ringgit ni.

Korang sanggup buat tak?

Photo by 401(K) 2013 cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *