Betul ke tak ada rekod CCRIS, loan tak boleh lulus?

| | ,

Bila mohon loan, tak semestinya permohonan loan anda akan lulus. Tambah lagi kalau anda tak pernah ada rekod CCRIS. Maksudnya anda tak ada komitmen langsung dengan bank.

Ada bank yang strict untuk luluskan permohonan loan rumah.

Dan kalau tak bersedia betul-betul sebelum memohon, peluang loan anda kena reject memang cerah.

Betul ke tak ada rekod CCRIS, loan boleh kena reject? Jemput hadamkan perkongsian Cik Rena Choong ni.

Di mata bank, rekod CCRIS kosong kadang-kadang sama standardnya dengan rekod yang buruk.

Maksudnya ada possibility bank akan reject anda.

Ramai yang tanya : “Kenapa bank tak suka CCRIS rekod kosong?”

Sebelum 2001, CCRIS tak wujud lagi. Maknanya kalau dah ada 5 rumah, dan nak beli rumah ke-6, anda boleh pergi ke mana-mana bank lain untuk apply loan rumah dan claim yang anda baru first time nak beli rumah. Dan loan kebiasaannya tak ada masalah . Masa tu tak ada ‘Central Information System’ lagi.

Berbalik ke zaman sekarang, CCRIS adalah benda penting yang semua bank akan tengok sebelum mereka approve loan rumah. Ini macam la financial report anda. Maknanya kalau rekod anda kosong, bank tak boleh nak ukur kemampuan sebenar anda, jadi sama macam zaman sebelum CCRIS tadi.

Prinsip 3C bank pakai sekarang:

i)Character.

ii)Capacity.

iii)Capital.

Jadi, apa yang anda boleh buat untuk ada rekod dalam CCRIS supaya loan anda boleh lulus?

#1: Mohon Kad Kredit

  • Buat untuk transaksi pembelian minyak petrol dan beli barang keperluan saja.
  • Pihak bank bukan tengok hari ni anda apply kad kredit, dah ada CCRIS dan terus yakin dengan kemampuan bayar balik anda.
  • Biasanya perlu tempoh 6 bulan baru akan muncul dalam laporan CCRIS.
  • Semua cun, biar 0,0,0,0,0,0.
  • Kad kredit pun masuk 5% daripada baki terkini untuk perkiraan DSR.
  • Jangan sampai 50% credit limit pulak ya! Tips penting.

#2: ASB Financing

Kalau anda belum ada lagi deposit rumah dan belum ada matlamat nak beli rumah dalam jangka masa 1 tahun, boleh melabur dalam ASB Financing. ASB Financing ini pembiayaan dengan bank. Dan sebarang pembiayaan dengan bank masuk dalam laporan CCRIS. Ia juga akan masuk dalam perkiraan DSR (Debt Service Ratio).

Kenapa saya cakap 1 tahun bukan 2 atau 3 tahun?

ASB Financing akan dapat dividen selepas setahun . Dia akan kacau DSR anda untuk tahun pertama kerana 100% is komitmen.

Lepas 2-3 tahun terminate anda bakal dapat pulangan principal dan juga dividen terkumpul. Boleh gunakan ni sebagai modal rumah. 

ASBF bagus sebagai force saving. Takdelah tiap kali dapat gaji tak tahu duit anda pergi ke mana.

#3. Siapa ada PTPTN pun sudah masuk dalam laporan CCRIS.

Kalau anda ada hutang PTPTN sekarang, pastikan bayar setiap bulan mengikut waktu dan jumlah yang ditetapkan. Bayar PTPTN boleh bantu anda untuk mohon loan. Ini boleh buktikan CCRIS anda tak virgin.

Lain padang lain belalang. Lain bank lain dia punya SOP. 

Kalau laporan CCRIS tu kosong, tak tentu lagi bank akan tolak terus permohonan pembiayaan perumahan anda. 

Apa itu skor bank? 

Pernah anda dengar kredit bank cakap benda ni tak? Kebanyakan bank sekarang ada sistem untuk analyse profile applicant yang digelar “credit scoring”. Bermakna, bank boleh tengok profile anda dari segi education, bidang pekerjaan, status perkahwinan, sehingga tempat tinggal korang. Semua bank akan ambil kira.

Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa banyak perkara yang kita kena isi kat bank application form tu. Maklumat ni akan dikumpul dalam system bank dan credit scoring anda akan berdasarkan maklumat yang anda berikan. Jangan suka hati isi application form tu tau.

Bank bergantung pada credit score yang terkini untuk ‘justify’ sama ada nak lepaskan loan anda atau tak. Kalau credit scoring anda fail, tapi DSR lepas, loan anda still FAIL! Tapi, credit scoring setiap bank berbeza, sebab setiap bank mempunyai risk appetite yang tersendiri.

Credit score bank A tak lepas tak semestinya credit scoring bank B tak lepas.

Ini antara sebab-sebab utama yang pasti akan buat anda confirm credit score fail:

  • Takde sebarang rekod langsung dalam CCRIS
  • Penggunaan had kad kredit yang tinggi semasa submission atau terlebih limit yang dibagi
  • Pembayaran behaviour – Kalau ada nombor ‘1’ di CCRIS – maksudnya anda tak bayar pinjaman pada bulan tersebut. Contohnya, ada nombor “1” dekat bulan Julai 2020. Maksudnya anda satu bulan tak bayar. “2” itu sangat bahaya dah high risk.
  • Frekuensi pinjaman yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat – (biasanya, bank akan tengok tempoh 6 bulan sebelum ini)
  • Pinjaman atau hutang jahat sahaja di CCRIS – contoh personal loan, car loan, kredit card
  • Special attention account seperti PTPTN, rekod ‘choway’ atau ‘cockoo’ installment lapse atau berbulan tak bayar dan dicatatkan di ctos
  • Jadi, jagalah CCRIS dengan baik macam jaga kesihatan anda.

Akhir sekali, jika loan anda direject, jangan risau. Memang bank-bank mengenakan syarat ketat dalam luluskan loan.

Jika direject, sila tanya banker apa yang boleh diperbaiki, dan baikilah profile anda selepas itu walaupun ambil masa beberapa bulan. Mudah-mudahan lulus selepas itu.

Nak dapatkan Checklist Semak – 7 Kriteria untuk Pastikan Loan Anda Lulus?

KLIK GAMBAR DI BAWAH INI SEKARANG

Previous

Baca nasihat 5 pakar kewangan ini dan selamatkan banyak duit anda daripada melebur

Pilih Bakal Pasangan Yang Dah Beli Rumah Tanda Kewangan Stabil? Fikirkan Semula.

Next