PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Berhenti kerja lepas kahwin? 3 kisah simple ini bakal buka minda anda

Tak semua. Tapi mungkin ada segelintir kaum hawa yang sedang bersenang-senang dan terlampau selesa, bergantung kat pendapatan suami.

Biasa la tu. Tak payah risau tentang duit, kan? Nak apa je, mintak je. Suami tak banyak bunyi dan terus bagi. Sayang bini, katanya.

Dan cuba bayangkan sejenak, kalau suami ‘dijemput’ awal oleh yang Maha Esa?

Korang akan hilang satu satu-satunya punca pendapatan utama. Lagi sayu, korang pulak tak pernah bekerja. Sanggup ke nak mula balik daripada ‘zero’?

Hadamkan perkongsian Tuan Amir Syahir ni sebagai sarapan minda korang. Biar terbuka sikit minda tu.

3 kisah ini akan buat anda berfikir panjang

Ada beberapa kisah aku ingin kongsikan supaya jadi iktibar pada korang yang dilamun cinta, dan asyik fikir tentang relationship goals je.

Banyak lagi benda yang penting dan realistik korang patut fikir.

Kes #1 : Langit tak sentiasa cerah?

Si isteri begitu bahagia dengan si suami dan anak-anak. Pakai, makan, tempat tinggal dijaga rapi oleh si suami. Rumah banglo tersergam indah.

Tapi langit tak selalu cerah, si suami mahu bernikah lain.

Si suami yakin mampu tanggung 2 isteri. Si isteri tak setuju. Si suami kata, jika tak setuju, boleh pindah. Si isteri setuju dalam duka.

Rumah tangga mereka diuji lagi. Si suami diberhentikan kerja. Si suami tak mampu bayar komitmen bulanan rumah.

Dan akhirnya, rumah nak kena lelong. Apa la nasib.

Kes #2 : Ajal tak pernah mengenal masa

Si isteri bekerja di sektor kerajaan.

Si suami suruh si isteri berhenti kerja, fokuskan pada keluarga. Si suami mampu tanggung si isteri dan anak-anak.

Si isteri setuju dalam duka. Nak memberi pendapat atau memberi pandangan, nanti takut dianggap derhaka.

Malang tak berbau, si suami meninggal kemalangan ketika balik daripada kerja. Si isteri hilang punca. Sumber pendapatan sudah tiada.

Rumah sewa sudah 3 bulan tertunggak. Si isteri dan anak-anak dipaksa pindah.

Kes #3 : Salah plan, bahagia jadi mangsa

Si suami menyuruh si isteri berhenti kerja. Nak kerja sangat, dapat gaji peluk la duit gaji erat-erat, kata si suami.

Si isteri pasrah. Masuk anak umur 5 tahun, pendapatan si suami tak mampu nak tanggung isteri dan anak.

Sewa rumah, kereta, hutang mula tertunggak. Kebahagiaan mereka mula retak.

Dulu-dulu dah habis?

Kaum Hawa, zaman mengharapkan kaum Adam sepenuhnya sudah berlalu. Zaman sekarang, perlukan pendapatan dan aset sendiri.

Masa muda ni, beli rumah sorang satu. Buat pelaburan hartanah. Janganlah terlalu mengharap pendapatan si suami.

Ada peluang sambung belajar, pergi sambung. Jangan gatal-gatal nak nikah awal. Jangan yakin pakwe korang boleh tanggung selamanya bila nikah nanti.

Wahai para suami, ingatlah! Kita tak tahu masa depan kita.

Biarkan si isteri bina kerjaya dan pendapatan mereka sendiri. Si isteri nak buat ASB Financing kau tak bagi, nak buat simpanan emas, korang kata rugi. Akal ade ke?

Tolong buka sikit minda tu.

Buatlah pelan simpanan, perlindungan takaful, tabung kecemasan dan ada sekurang-kurangnya satu aset hartanah. Belilah rumah pertama. Kalau ada rumah sendiri tak perlulah tanggung bayar sewa rumah dah.

Nak ikut nasihat ni atau tak, terpulang

Berubahlah, tak mampu beli tunai jangan nak berhutang kalau benda tu tak penting. Jangan buat pinjaman peribadi sana sini, kad kredit sampai 3 keping. Gaji naik tukar kereta baru.

Tapi, ikut korang lah. Tengah bahagia kan. Tengah sedap, tengah senyum nipis sekarang ni nasihat dan peringatan pun tak nak dengar.

Sekadar memberi peringatan. Kah!

P/S : Silakan SHARE artikel ini jika bermanfaat.

Zaman sekarang, agak susah kalau bergantung 100% pada pendapatan suami.

Walaupun si suami mampu tanggung atas bawah, tak bermakna ia akan kekal berpanjangan. Sekali kalau dah kena uji, takut korang yang menggelabah nanti.

Jadi, baik lagi korang sediakan diri. Faham tak apa Tok cakap ni?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *