PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Apa yang special sangat rumah pelaburan di 4 lokasi strategik ini?

Lokasi hartanah antara salah satu topik hot yang selalu pelabur bincangkan.

Susah kita nak rugi dalam pelaburan ini kalau beli dekat tempat yang betul.

Dan kita boleh pastikan sesuatu hartanah tu boleh buat banyak untung, walaupun dibeli pada harga yang murah.

“Macam mana nak tahu Tok?”

Tok hidangkan korang dengan perkongsian ilmu Tuan Eliayes Hamzah ni. Korang akan tahu rumah dekat kawasan mana yang senang jana untung berterusan.

#1: Pernah tak kaji harga rumah dekat kawasan komersial?

Hartanah yang dekat dengan pusat komersial mega atau kompleks membeli-belah ada nilai yang tinggi.

Cuba kita kaji harga rumah yang dekat dengan mall seperti MidValley, KLCC, Pavilion atau sebagainya. Susah nak cari yang harga murah, betul?

Kalau ada pelan nak beli rumah kat kawasan ini dengan harga murah, kaji projek mega yang sedang dalam perancangan atau pembinaan.

Lepas dah dapat tahu apa yang perlu, beli rumah yang dekat dengan kawasan projek ini cepat-cepat.

Buat masa sekarang, ini adalah antara projek kompleks membeli-belah kat negara ini:

  • The Two, Rawang,
  • Pavilion 2, Bukit Jalil,
  • KSL Mall, Klang,
  • Fox Studios, Genting Highlands.

#2: Nilai rumah apa pun senang naik bila beli dekat kawasan “ini”

Kemudahan pengangkutan awam juga salah satu sebab permintaan hartanah meningkat di sesuatu kawasan.

Mari kita ambil contoh kemudahan MRT yang dah beroperasi sekarang ni.

Banyak rumah flat kos rendah yang terletak dekat dengan stesyen MRT naik harga secara mendadak.

Walaupun rumah ini berstatus low cost, tapi lokasi yang strategik jadi sebab rumah ni meningkat dari sudut harga jualan.

Projek pengangkutan awam semakin berkembang dari masa ke semasa. Antara yang akan datang termasuk:

  • LRT3,
  • MRT2,
  • BRT.

Kita dah boleh mula kaji hartanah yang ada di sekitar kawasan projek ini, dan siapkan pelan tindakan seawal mungkin.

#3: Kawasan rumah yang ramai pelabur seasoned tunggu masa nak serang

Rumah yang dekat dengan universiti sentiasa jadi tumpuan para pelabur. Sebab ada permintaan daripada pelajar universiti berdekatan.

Tapi, kita jugak harus berhati-hati. Tak bermakna ada permintaan, bermakna korang akan sentiasa jana untung.

Kalau ada banyak sangat rumah dalam sesuatu kawasan tu, ini boleh rendahkan peratus mereka yang berminat nak menyewa.

Benda ni ikut logik je. Sebab penyewa ada pilihan yang lebih luas.

Mereka bebas memilih hartanah yang terbaik dari segi nilai dan harga sewaan yang sesuai dengan bajet mereka.

Sentiasa ambil tahu tentang universiti yang sedang dibina. Dah ada pun beberapa universiti yang baru siap dan tengah tunggu masa diserang pelabur.

Antara beberapa contoh seperti:

  • Xiamen University, Sepang.
  • Manipal University, Negeri Sembilan.
  • UiTM Dengkil.
  • Nilai University.

#4: Memang jackpot kalau dapat. Ramai orang tak kisah bayar lebih untuk sewa rumah dekat kawasan ini

Fungsi lebuhraya adalah untuk kurangkan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas. Hartanah yang ada kemudahan ini boleh meningkat daripada sudut permintaan serta nilai sewaan.

Antara faktor yang boleh kita ambil kira adalah jarak hartanah ke pusat bandar, melalui akses lebuhraya yang ada.

Ini sebab ramai yang bekerja di pusat bandar. Kalau jarak lebih dekat, hartanah itu boleh disewa pada kadar yang lebih tinggi.

Antara lebuhraya yang sedang dalam pembinaan adalah:

  • SUKE (Sungai Besi – Hulu Kelang Expressway),
  • DASH (Damansara – Shah Alam Elevated Expressway),
  • EKVE (East Klang Valley Expressway),
  • KIDEX (Kinrara – Damansara Expressway),
  • WCE (West Coast Expressway).

Gunakan tanpa was-was – Semua tip ini berdasarkan pengalaman sebenar

Tuan Eliayes Hamzah pernah duduk di Kampung Kerinchi, 25 tahun lepas. Dulu, kawasan ni adalah kawasan rumah low cost.

Universiti Malaya adalah punca pertama. Ini adalah booster pertama yang buatkan Kampung Kerinchi semakin padat dengan penduduk.

Bila bilangan pelajar dah semakin ramai, kerajaan mula bina Putra LRT, dan ini menjadi booster ke-2.

Booster ke-3 pula adalah MidValley Megamall. Siap je kompleks ini, Kampung Kerinchi mula jadi tumpuan ramai pihak. Ramai pelabur mula beri perhatian kat kawasan ini.

Beberapa tahun kemudian, lebuhraya SPRINT, Kerinchi Link, dan NPE pula naik. Ia jadi booster ke-4, dan secara langsung jadikan Kampung Kerinchi lokasi pelaburan yang amat strategik.

Sampai sekarang, kawasan ni (yang juga dikenali dengan nama Bangsar South) tak pernah lekang dengan pembangunan.

Rumah yang ada dulu kat kawasan ini dah digantikan dengan apartmen yang bernilai hampir RM500,000. Dulu, harga rumah kat kawasan ini berharga RM50,000 je.

Peningkatan harga adalah 1000%, dan ini adalah petunjuk yang bagus untuk seorang pelabur.

Tok nak korang kaji dulu 4 lokasi ni sebelum apa-apa hal. Lepas tu fikir dan buat keputusan membeli yang betul.

Senang nak jana untung kalau korang beli hartanah betul. Dah beli nanti, hanya tunggu masa nak tuai je. Nak lagi best, sewakan dulu.

Tapi, semua yang Tok kongsi tadi hanya sekadar maklumat, selagi korang tak beli rumah cepat-cepat. Alasan yang selalu buat telinga Tok berdesing adalah bab modal.

“Ada tak cara beli rumah pertama kalau duit deposit tak banyak Tok?”

Takde apa yang mustahil dalam dunia ni. Dan ini termasuk membeli rumah dengan modal yang minima.

Nak bukti? 16 otai ini hidangkan korang dengan pengalaman mereka beli rumah walaupun tak banyak modal.

Berita baik – korang pun boleh buat. Janji korang sanggup belajar.

Klik link bawah ni sekarang.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<

Cover eBook Tak Ada Duit Boleh Beli Rumah Ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *