PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Pening la Tok. Nak beli rumah, atau menyewa dulu?” – Alif

Ini topik yang agak famous pada bulan Mac tahun lepas, yang dipetik oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Maka, marhaen mula berperang antara satu sama lain. Ada yang menentang, dan ada yang setuju denga kenyataan ini.

Pada pandangan Tok, ada betul juga apa yang pak menteri kita cakapkan tu.

Bayangkan, anak muda yang baru bekerja selepas graduate. Gaji mungkin tak cukup nak tanggung kos membeli rumah. Tu tak campur lagi dengan kos sara hidup yang tinggi.

Jemput baca perkongsian Tok ni supaya korang dapat buat keputusan yang bijak.

Kenalkan, Alif. Umur 24 tahun, dan baru mula bekerja

Katakan, gaji bersih Alif sebanyak RM2,200 sebulan. Dan dia ada komitmen bulanan seperti berikut :

  • Kereta : RM600 sebulan,
  • PTPTN : RM200 sebulan,
  • Bagi mak ayah : RM300 sebulan,
  • Bil telefon : RM150 sebulan,
  • Kos minyak, tol & parking : RM400.

Dekat situ je, dah makan RM1,650 setiap bulan. Tolak gaji, tinggal RM550. Dengan baki sebanyak tu, mampu ke Alif tanggung bayaran ansuran bulanan rumah?

Secara asas, kalau nak beli rumah bawah RM3,000, DSR maksimum yang kebanyakan bank tetapkan adalah sebanyak 60%.

Bermakna :

  • DSR maksimum = Komitmen bulanan semasa / Pendapatan bersih X 100%
  • RM1,650 / RM2,200 X 100% =
  • 75%

Bila DSR burst, harapan untuk Alif lulus loan rumah amat tipis. Itu belum campur kira dengan NDI (Net Disposable Income) sebanyak minimum RM1,500 (untuk yang tinggal di kawasan bandar).

Alif pun pening kepala nak buat keputusan. Nak apply loan rumah, bank susah nak bagi lulus. Pilihan yang tinggal untuk Alif, adalah menyewa.

Alif dah tak ada harapan untuk beli rumah?

Kita tak boleh cakap macam tu. Alif masih ada harapan untuk membeli rumah. Cuma, bukan sekarang.

Ini apa yang Menteri Kewangan II maksudkan pada tahun lepas. Dia tak maksudkan, Alif kena menyewa buat selama-lamanya.

Selain tu, gaji Alif mungkin akan meningkat selepas ni. Bila gaji naik, harapan untuk Alif membeli rumah akan mekar semula.

Pada masa yang sama, Alif juga boleh usaha tingkatkan pendapatan dari masa ke semasa.  Buat bisnes kecil-kecilan, atau kerja jadi ejen Unit Trust atau ASB. Kalau malas dan duduk diam saja, memang tak jadi apa.

Tok yakin, ini dilema yang ramai anak muda hadapi pada zaman ini. Tapi, tak bermakna korang tak ada kuasa untuk ubah semua ini.

Sepatutnya, Alif tak perlu pun beli kereta selepas mula bekerja. Ini yang buatkan komitmen bulanan dia menggila.

Kalau dia teruskan naik motor seperti masa dia tengah study dulu, mungkin dia dah mampu untuk membeli rumah pertama.

Jadi, yang utama dekat sini adalah perancangan kewangan seseorang tu.

Apa kelebihan kalau Alif menyewa?

Untuk ini, Tok akan jelaskan dalam bentuk poin supaya korang lebih senang faham :

#1 : “Aduh. Kena tukar kerja ke tempat lain?”

Orang muda akan jadi target utama untuk bekerja di tempat yang jauh. Muda lagi, kan? Yang dah berumur dan berkeluarga, biasanya majikan susah sikit nak kacau.

Bila Alif menyewa, ini takkan jadi masalah yang besar. Sebab Alif boleh cari rumah sewa lain bila dia dah berpindah ke tempat kerja yang baru.

Lagipun, kalau Alif mampu beli rumah, kemungkinan besar dia akan beli rumah untuk tujuan duduk sendiri.

Ini masalah biasa yang ada pada kebanyakan pembeli rumah pertama. Ramai yang nak beli rumah landed (atas tanah) terus. Tak ramai yang nak beli rumah bertingkat (apartmen, kondominium, dan sebagainya).

Takde masalah kalau nak beli rumah landed. Cuma, rumah jenis ni agak susah nak break-even bila disewakan. Ansuran bulanan, biasanya lebih tinggi berbanding kadar sewa.

Secara tak langsung, ini akan ‘kacau’ kewangan Alif. Dia pulak nak kena tanggung beza bayaran ansuran bulanan kat bank.

Kalau beribu nak kena tanggung, tak pening kepala Alif?

#2 : Tak payah pening kepala tentang maintenance (kos penyelenggaraan)

Kalau beli rumah, dah tentu Alif kena ambil kira segala kos penyelenggaraan yang ada. Dan jumlah tu bukan sikit-sikit anak.

Silap hari bulan, boleh telan kos sehingga beribu-ribu Ringgit.

Tapi kalau menyewa, Alif tak payah pening kepala pasal ni. Tak kira la masalah paip pecah ke, atau bumbung bocor, tuan rumah Alif yang bertanggungjawab kat semua benda tu.

#3 : Pilihan yang lebih murah

Seperti yang termaktub dalam Tenancy Agreement (Perjanjian Sewaan), penyewa kena buat bayaran pendahuluan kepada tuan rumah.

Biasanya, kira-kira yang terlibat adalah seperti berikut :

  • Deposit sekuriti rumah : 2 hingga 3 bulan daripada kadar sewa yang ditetapkan,
  • Deposit utiliti : Setengah, atau 1 bulan daripada kadar sewa,
  • Deposit pendahuluan (advance rental) : Biasanya, 1 bulan daripada kadar sewa.

Katakan, kadar sewa yang tuan rumah tetapkan adalah sebanyak RM1,500. Bermakna, Alif kena sediakan antara RM5,250 hingga RM7,500.

Mungkin jumlah ni nampak banyak. Tapi kalau bandingkan dengan kos permulaan nak beli rumah, kos ni lebih 10 hingga 40% lebih murah.

Korang juga boleh kurangkan lagi kos ni kalau menyewa sekali dengan kawan-kawan.

Duit baki selepas bayar sewa, korang boleh simpan siit-sikit sebagai modal untuk beli rumah pada masa depan.

Alif patut menyewa dulu sebelum beli rumah?

Kalau kita tengok kes di atas tadi, adalah keputusan yang bijak untuk Alif menyewa terlebih dulu. Cuma, bukan untuk selama-lamanya.

Tak seperti membeli rumah, setiap Ringgit yang korang bayar untuk sewa rumah takkan meningkatkan jumlah aset korang.

Duit tu, akan tergolong dalam segmen perbelanjaan bulanan (monthly expenses) korang, dan bukan sebagai sebuah pelaburan.

Kalau rumah tu rumah korang sendiri, korang akan dapat nikmati peningkatan nilai untuk setiap Ringgit yang korang laburkan setiap bulan. Dalam kes ni, tuan rumah yang untung.

Selain tu, korang terdedah dengan kemungkinan yang tuan rumah akan naikkan kadar sewa pada bila-bila masa (biasanya, selepas habis tempoh kontrak sewa). Kalau tak, korang terpaksa cari dan sewa rumah baru.

Kenapa anda wajib rancang pembelian hartanah (walaupun belum mampu beli sekarang)

Bila korang beli rumah, korang tak perlu pening kepada dengan kadar sewa yang akan meningkat dari masa ke semasa.

Korang hanya perlu servis loan rumah pada kadar yang ditetapkan oleh bank.

Korang jugak boleh ubahsuai dan hias rumah tu, ikut suka hati korang. Tak perlu dapatkan kebenaran orang lain. Kalau menyewa, korang kena tanya tuan rumah dulu.

Dan yang paling best, korang akan rasa lebih selamat. Sebab bila dah habis bayar loan nanti, rumah tu akan jadi 100% hakmilik korang. Bukan orang lain punya.

Bermakna, kalau terjadi apa-apa yang tak diingini, keluarga korang dah ada sebiji rumah sebagai tempat berlindung.

Rumah juga adalah sebuah pelaburan. Terpulang korang nak pilih ‘game’ yang macam mana. Nak sewakan, atau jual bila nilai rumah tu meningkat nanti.

Hartanah, boleh dianggap sebagai ‘perisai’ kepada inflasi. Beli hartanah yang betul, dan korang boleh jangkakan peningkatan nilai yang baik dalam jangka masa panjang.

Bila bercakap pasal jangka masa panjang, korang jugak boleh jadikan hartanah sebagai persediaan waktu bersara nanti. Kalau dah ada rumah, tak payah pening kepala dan keluar duit lagi untuk bayar sewa.

Kalau tak pun, sediakan untuk masa depan pelajaran anak-anak korang. Tak perlu dah harapkan pinjaman seperti PTPTN atau MARA.

P/S : Tuan Harith Faisal pun setuju dengan Tok. Korang pulak, macam mana?
Screen Shot 2018 04 16 at 3.31.53 PM

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

Mana satu patut anda pilih? Sewa, atau beli?

Mana-mana pilihan yang ada pun, ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Dan bila melibatkan komitmen jangka masa panjang seperti loan rumah, pastikan korang buat kira-kira terlebih dulu.

Buat pasangan yang baru berkahwin, Tok nasihatkan korang kuatkan dulu kewangan sebelum buat keputusan membeli rumah. Perancangan tu, kena buat betul-betul.

Dan siapa yang gagal merancang, dia sebenarnya merancang untuk gagal.

Anak muda, korang tak perlu kelam-kabut untuk beli rumah segera. Cuma zaman sekarang ni, baik lagi korang pastikan kewangan stabil dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Nazlan Nasir says:

    Sekarang nie dah banyak developer sediakan kemudahan-kemudahan untuk anda beli rumah mereka. Tapi kena buat kira-kira la supaya tidak terperangkap dengan bebanan bayaran masa akan datang nanti.