PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Boleh ke beli hartanah ke-3 tanpa bayar sepenuhnya down payment 30%?

Mungkin tak banyak masalah yang korang kena hadap bila nak beli hartanah pertama dan ke-2. Janji cukup apa yang perlu, senang-senang je korang boleh dapatkan loan.

Semua orang dah tau, yang hartanah pertama dan ke-2 akan dapat MOF maksimum sehingga 90%.

Tapi, macam mana pulak kalau nak beli hartanah yang ke-3? Dah tentu korang tak layak lagi untuk dapatkan MOF 90% macam sebelum ini.

Jangan korang risau hati. Ada je cara korang boleh buat supaya tak payah tanggung kos down payment sehingga 30% tu.

Jemput hadamkan perkongsian simple tapi power Tuan Ky Yee ini.

Betul boleh buat ke? 

Tahun lepas, ramai kawan FB saya minta kongsikan ilmu tentang cara beli hartanah ke-3 dengan modal yang minimum.

Yang ni, saya rasa semua orang dah tau. Bila beli rumah kediaman pertama dan ke-2, kita hanya akan dapat margin of finance (MOF) sebanyak 90% je.

Bila tiba nak beli rumah kediaman ke-3, ramai orang akan stuck sebab MOF dah berkurang jadi 70%.

Dan bermakna, korang kena keluarkan deposit sebanyak 30% daripada harga rumah yang korang nak beli tu.

Contohnya kalau harga rumah tu RM300,000, bermakna korang kena sediakan deposit sebanyak :

  • RM300,000 X 30% =
  • RM90,000.

Kalau orang yang tak tau, mungkin mereka akan terkejut beruk tengok jumlah ni. Banyak tu, nak dekat RM100,000. Tak ramai yang boleh sediakan deposit sebanyak ni.

Ada tak jalan penyelesaian kepada masalah ini?

Cara #1 : Hartanah apa yang bank bagi pinjaman sehingga 85%?

Ramai yang akan stuck untuk membeli hartanah ke-3, sebab MOF dah berkurang jadi 70%. Dan tak semua orang mampu sediakan 30% down payment.

Tapi korang perlu ingat. Perkara ni hanya tertakluk kalau korang nak beli hartanah jenis kediaman je (seperti kondominium, apartmen, doube storey, dan sebagainya).

Bermakna, korang ada lagi satu pilihan.

Korang boleh je beli hartanah jenis komersial, dan tak semestinya lot kedai. Ada banyak hartanah yang dwifungsi (dual function) seperti SoHo, SoVo, SoFo, dan sebagainya.

Yang paling menarik, korang masih boleh buat loan sebanyak 80 hingga 85% untuk membeli hartanah komersial. Tak payah lagi pening kepada sebab kena sediakan 30% down payment tadi tu.

Anda wajib double confirm dengan pemaju sebelum beli

Dah ramai orang yang beli 2 buah hartanah jenis residential (kediaman), dan untuk hartanah ke-3, mereka akan pilih hartanah jenis komersial untuk dapatkan pinjaman yang lebih tinggi.

Kalau korang tak pasti sama ada hartanah tu berstatus komersial atau kediaman, korang boleh check dengan pemaju terlebih dulu untuk pastikan betul-betul sebelum membeli.

Kalau hartanah tu dibawah HDA (Housing Development Act), rumah tu boleh dapat pinjaman maksimum sehingga 90%.

Dan kalau hartanah tu berstatus non-HDA pulak, biasanya bank akan bagi pinjam sebanyak 80 hingga 85%.

Lebih banyak kalau korang bandingkan dengan membeli hartanah kediaman, kan?

Hartanah under HDA akan direkod dalam CCRIS sebagai pinjaman perumahan (housing loan).

Kalau untuk hartanah non-HDA, akan direkod dalam CCRIS sebagai pembiayaan lain (other financing). Pinjaman ini akan dikodkan sebagai ’10,’ yang bermaksud hartanah.

Biasanya, hartanah under HDA adalah rumah kediaman seperti :

  • Kondominium,
  • Apartmen,
  • SoHo (Yup, ini tergolong under HDA),
  • Double storey, dan lain-lain.

Contoh hartanah non-HDA pulak seperti :

  • Pejabat,
  • shop lot,
  • SoFo,
  • SoVo, dan sebagainya.

Cara #2 : “Macam mana kalau saya nak beli jugak hartanah jenis kediaman?”

Kalau korang dah ada 2 biji hartanah kediaman, dan korang tetap nak beli jugak hartanah kediaman ke-3 dan nak kurangkan down payment, macam mana nak buat?

Ada satu lagi cara yang korang boleh gunakan.

Korang boleh gunakan kaedah top-up financing. Bermakna, korang boleh gunakan hartanah pertama dan ke-2 tadi, dan buat top-up financing dengan bank yang sama.

Tok sertakan sekali contoh mudah untuk jitukan pemahaman korang.

Contohnya, si Ali beli rumah pertama pada tahun 2010 harga RM100,000, dengan meminjam pada bank A.

Dan pada tahun 2013, Ali beli satu lagi rumah (yang ke-2) pada harga RM200,000 dengan meminjam kat bank B.

Pada hari ini, market value rumah pertama tadi adalah RM300,000, dan rumah yang ke-2 adalah RM350,000.

Gunakan ‘ini’ untuk tanggung 20% daripada 30% down payment yang anda kena bayar

Ali berniat nak beli lagi sebiji rumah kediaman under HDA. Jadi, pinjaman Ali dah capai maksimum 70% MOF.

Bermakna, Ali boleh buat top-up financing untuk loan rumah pertama dan ke-2 dengan bank yang sama.

Maksudnya, Ali boleh buat top up 10% cash out daripada rumah pertama dengan bank A, sebab market value rumah tu dah meningkat.

Ini sama jugak dengan rumah yang ke-2.

Jadi, Ali boleh dapat 20% cash out menggunakan top-up financing. Dan bila Ali nak beli rumah ke-3, Ali cuma perlu keluarkan 10% je (sebab dah dapat cash out 20% (10% + 10%) daripada top-up financing bank A dan B tadi.

Kenapa anda patut gunakan top-up financing berbanding refinancing?

Kenapa gunakan top-up financing? Sebab ini lebih cepat dan fi peguam lebih murah kalau nak bandingkan dengan refinancing.

Kalau rumah freehold buat top-up financing, dalam masa 2 minggu dah boleh dapat cash out. Ini sebab top-up financing gunakan bank yang sama.

Cuma, ada satu keburukan bila korang gunakan kaedah ini. Bank cuma bagi korang tempoh 10 tahun untuk bayar balik top-up financing yang korang buat tu.

Contohnya, kalau korang buat RM40,000 top-up financing, setiap bulan korang kena bayar RM468 kepada bank.

Terpulang kat korang nak pilih cara yang mana satu. Saya kongsikan 2 cara dulu. Selamat menimba ilmu ya.

Pada pandangan Tok, cara ke-2 tu lebih senang daripada korang nak refinance loan rumah untuk dapatkan cash.

Tapi sebelum korang ambil apa-apa tindakan, buat berfikir panjang dulu.

Tok tak kisah korang nak pilih untuk gunakan strategi yang mana satu. Tapi sebelum buat sebarang keputusan, timbal balik segala apa yang perlu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *