PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Belajar cara brader ini kawal perbelanjaan masa baru mula bekerja

Teringat masa Tok mula-mula bekerja dulu. Masuk je gaji dalam bank, terus enjoy sana-sini. Tapi, kalau buat macam ni dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, masak korang nanti.

Dah tentu kita nak elakkan masalah lebih besar daripada berlaku berkaitan isu kewangan. Sebab itu, elok mula mencari ilmu dan belajar cara pengurusan kewangan yang betul dan efektif.

Dan korang tak perlu cari jauh-jauh. In Shaa Allah, korang boleh banyak belajar daripada perkongsian Abang Ensem pasal bab ini.

Tip uruskan duit gaji yang Abang Ensem masih praktikkan sampai hari ini

1) Masa awal kerjaya dulu, aku ada alami masalah sikit dalam menguruskan perbelanjaan bulanan. Macam-macam cara dah aku cuba usahakan, tapi masih gagal untuk aku turuti. Kekangan dari segi pemantauan perbelanjaan menjadi punca.

Sehinggalah aku terbaca satu kaedah penggunaan sampul berwarna oleh seorang financial guru pada pertengahan tahun 2002.

Ternyata, ilmu ini berjaya mengubah corak pengurusan perbelanjaan aku.

2) Tapi, aku tak gunakan sampul sepertimana yang dicadangkan. Sebaliknya, aku gantikan sampul itu dengan akaun simpanan kat bank.

3) Pada masa aku mulakan kaedah ni, gaji bersih aku mula mencecah RM3,000 sebulan. Dan 50% dari amaun ini biasanya, akan aku ketepikan untuk membayar pinjaman kenderaan, rumah kediaman, kad kredit, premium takaful, dan bayaran utiliti.

Untuk rekod, simpanan pelaburan, dan sumbangan kasih sayang untuk ibu bapa aku, aku ambil daripada lebihan sewa dari unit-unit sewaan tanpa perlu mengusik duit gaji aku sendiri.

4) Dengan jumlah sebanyak RM1,500 itu (50% daripada gaji bulanan), aku pindahkan ke 4 akaun bank yang berbeza, dengan jumlah simpanan yang sama (RM375 untuk setiap akaun).

5) Kenapa perlukan 4 akaun bank?

6) Sebab ia mewakili 4 minggu dalam sebulan dan setiap minggu. Bermakna, aku hanya boleh berbelanja maksimum RM375 (atau RM53.57) untuk perbelanjaan harian. Dan ini termasuk sekali dengan makan minum dan kos pengangkutan aku setiap hari.

7) Hasilnya, aku mula berdikit. Malah, aku cuba kurangkan perbelanjaan supaya terdapat baki dalam akaun untuk minggu itu. Rasional tindakan ini adalah supaya aku ada lebihan baki, yang boleh dibawa ke minggu yang sama pada bulan depan.

8) Aku buat perkara yang sama ini kat akaun-akaun bank yang mewakili minggu-minggu berikutnya.

Alhamdulillah, aku masih praktikkan amalan ni dan ternyata ia sesuai untuk memantau aliran tunai (cashflow) bulanan aku. Dan tak salah kalau korang nak cuba strategi ini.

Sila SHARE jika bermanfaat.

Tok cukup respek kat sifu-sifu yang tak lokek kongsikan ilmu bermanfaat yang ohsem macam ini. Sebab ilmu yang baik, pasti akan wujudkan kesan yang baik-baik belaka.

Bagi Tok, ini ilmu pengurusan kewangan yang baik untuk kita amalkan. Tak salah untuk kita cuba buat. Kalau Abang Ensem boleh uruskan duit gaji dengan baik, korang apatah lagi.

Kewangan yang parah selalu berpunca daripada kaedah pengurusan yang tak baik. Setuju tak dengan ayat Tok ni?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *