Bagi yang terkesan dengan penularan coronavirus, korang boleh memohon Bantuan Khas COVID-19 oleh Lembaga Zakat Selangor.
Maklumat ini Tok dapat daripada website Lembaga Zakat Selangor (LKS).
Jemput baca sampai habis. Semoga membantu.
–
Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.
LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh COVID-19.
** Note : Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.
Proses permohonan dalam tempoh 7 hari tertakluk kepada jenis bantuan.
Pemohonan ini dibuka bermula 25hb Mac 2020 (Rabu) hingga 6 April 2020 (Isnin). Sebarang perubahan tarikh akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat naik (upload) ke dalam Portal BKC19.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 (Isnin-Jumaat 10.00 pagi hingga 3.00 petang).
Untuk mengetahui Status Permohonan Bantuan Khas Covid-19 Zakat Selangor ini, anda boleh menyemak dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan di pautan ini : Portal Bantuan Khas Covid-19.
Bagi yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE kami di pautan ini : Sistem eZakatONLINE
Tidak perlu.
Tidak boleh, bantuan ini hanya berbentuk ONE OFF (sekali sahaja) bagi setiap keluarga atau individu. Permohonan KALI KEDUA adalah TIDAK DIBENARKAN demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.
Melalui pindahan tunai ke akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon.
–
Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.
Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.
Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]