Tok akan pastikan Tok tak terlepas tengok pembentangan bajet negara setiap tahun. Bahagian yang Tok akan fokuskan dah tentulah topik berkaitan hartanah dan kewangan.
Mungkin ada antara korang yang tak berkesempatan nak tengok Bajet 2020. Jadi jangan bimbang. Tok akan berikan korang maklumat yang terkini.
Jemput baca sampai habis perkongsian Tok berkaitan Belanjawan 2020 kali ni.
1. Untuk mengurangkan rumah kondominium dan apartmen siap yang tak terjual berjumlah RM8.3 billion pada suku kedua 2019, kerajaan akan menurunkan harga hartanah di bandar untuk pemilikan asing dari RM1 juta kepada RM600 ribu pada 2020.
2. Sebagai respons berkenaan pandangan umum tentang RPGT, kadar yang dicaj selepas tahun ke-5 pelupusan hartanah, pihak kerajaan akan menyemak semula tahun asas untuk pengambilalihan aset bermula 1 Januari 2013, berbanding 1 Januari 2000 sebelum ini.
3. RM330 juta diperuntukkan untuk membaiki dan menyelenggara kuarters penjawat awam . RM150 juta diperuntukkan untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) . RM250 juta diperuntukkan untuk kuarters PDRM.
4. Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk membaik pulih perumahan awam berstrata kos rendah dan sederhana
5.Kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021
6. Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki : Pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan Kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30% atau RM3 bilion
1. Kerajaan mencadangkan gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,200 sebulan di wilayah bandar-bandar utama pada tahun 2020
2.Rangsangan digital secara one-off bernilai RM30 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM 100,000. Rangsangan digital ini boleh ditebus melalui e-Dompet dan digunakan bermula dari 1 Januari 2020 hingga 29 Februari 2020.
3.#MalaysiaKerja bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
4.#GraduanKerja
Insentif gaji kepada graduan selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan. Insentif pengambilan pekerja kepada majikan sebanyak RM300 sebulan.
5.#WanitaKerja
Insentif gaji kepada pekerja selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan. Insentif pengambilan pekerja kepada majikan sebanyak RM300. Pengecualian cukai pendapatan bagi wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023.
6.#WatanKerja
Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan bergantung kepada sektor. Insentif pengambilan kerja kepada majikan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.
7. #PerantisKerja
Elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar dalam kursus TVET.
8.Rakyat boleh menikmati diskaun sebanyak 18% secara purata di semua lebuh raya milik PLUS.
9. Caj kesesakan di mana caj pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30% berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak, akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun.
10. Program Subsidi Petrol Bersasar
Setiap rakyat yang memiliki tidak melebihi 2 kereta dan 2 motosikal yang layak, akan berhak menerima PSP untuk satu kenderaan sahaja.
Kelayakan kenderaan:
1) Kereta dengan kapasiti enjin <1,600cc dan ke bawah
2) Kereta dengan kapasiti enjin >1600cc yang berusia lebih 10 tahun
3) Motosikal dengan kapasiti enjin <150cc
4) Motosikal dengan kapasiti enjin >150cc yang berusia lebih 7 tahun
11. Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol sebanyak RM30/bulan untuk pemilik kereta atau RM12/bulan untuk pemilik motosikal. Dikreditkan terus ke akaun bank penerima BSH (B40). Bagi pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, Kad95 membolehkan mereka menikmati subsidi 30 sen/liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.
–
Pada pandangan Tok, banyak perkara menarik dibentangkan dalam Bajet 2020.
Nak beli rumah pertama pun senang dan banyak inisiatif disediakan.
Apa pendapat korang tentang bajet 2020 ni? Jom kongsikan pendapat korang kat komen, Tok nak baca.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]