Baca nasihat 5 pakar kewangan ini dan selamatkan banyak duit anda daripada melebur

| | ,

Korang tahu Tok sayang kat korang kan?

Sebab itu, Tok sentiasa kongsikan tip kewangan yang baik-baik supaya kita boleh amalkan bersama.

Tiap kali Tok dapat ilmu baru, akan terdetik rasa tanggungjawab untuk kongsikan kat korang semua. Biar sama-sama pandai, dan bertambah ramai jemaah yang bijaksana dalam bab uruskan duit dengan baik.

Semalam, Tok ada baca artikel Elyssa Kirkham kat blog Go Banking Rates. Dan yang paling menarik, artikel ini himpunkan ilmu ramai pakar dalam industri kewangan antarabangsa.

Dan mereka bukan calang-calang orang. Mereka adalah pemenang Plutus Award, sebuah anugerah yang mengiktiraf dan menyokong komuniti penerbit blog kewangan. Tok gerenti korang suka baca.

Nasihat #1: “Rajinkan diri mengaudit perbelanjaan” – Lauren Bowling

Lauren adalah pengasas blog LBeeandtheMoneyTree.com dan juga pemenang Plutus Award (tahun 2013).

Dan nasihat yang beliau kongsikan ini boleh selamatkan nyawa kewangan kita dengan berkesan.

Amalan mengira perbelanjaan setiap bulan berikan kita peluang meneliti setiap perbelanjaan yang kita buat. Dari sini, kita boleh kesan ke mana duit itu mengalir dan menepis perbelanjaan yang tak perlu.

Kebocoran dalam kewangan adalah satu penyakit, dan virus yang sebabkan penyakit ini adalah sikap berbelanja yang tak dikawal. Kalau nak kewangan sentiasa sihat, mula tumpukan perhatian kat perkara ini.

Mula jadikan resit dan rekod perbelanjaan sebagai kawan karib kita. Buat satu fail khas dan simpan segala rekod perbelanjaan untuk mudahkan kita audit balik bila tiba hujung bulan.

Nasihat #2: “Tumpukan perhatian menjana pendapatan tambahan” – Steve Chou

Sanggup ke habiskan duit gaji (yang susah payah kita nak dapatkan) kat perkara yang tak berfaedah?

Pilihan sentiasa kat tangan kita. Sama ada habiskan duit, atau gunakan duit buat lebih banyak duit. Mana satu yang korang rasa lebih untung?

Ini nasihat bertaraf emas yang Steve kongsikan. Sentiasa kekalkan fokus kat aktiviti yang menjana pendapatan sampingan. Dan belajar jinakkan nafsu berbelanja sebagai persediaan awal ke arah bebas masalah kewangan.

Kita sentiasa ada potensi untuk kembangkan portfolio kewangan dengan baik. Tapi ia tak akan berlaku selagi tak ubah sikap boros itu. Baik lagi laburkan duit itu kat ilmu berbanding tambah koleksi kasut atau baju.

Steve adalah pemenang Plutus Award bagi kategori blog usahawan terbaik. Dan nasihat ini wajib kita pasakkan dalam minda sentiasa.

Nasihat #3: “Buat analisis tentang tabiat perbelanjaan anda” – Todd R. Tressider

“Adakah perbelanjaan ini berikan nilai yang baik untuk duit aku?”

“Adakah perbelanjaan ini buatkan aku semakin hampir dengan matlamat kewangan aku, atau sebaliknya?”

Jawapan untuk 2 soalan ini bakal tentukan nasib kewangan kita untuk jangka masa panjang. Ia juga akan tingkatkan kesedaran tentang cara belanjakan duit secara berhemat.

Perhatikan rentak perbelanjaan yang selalu kita buat, seperti kerap membeli kopi setiap pagi, atau belanjakan duit kat air mineral setiap kali. Padahal dua minuman ini kita boleh buat dan bawa dari rumah, dan ia jelas lebih jimat.

Todd adalah pemenang anugerah blog kewangan terbaik untuk tahun ke-5 Plutus Award. Nasihat beliau ini elok kita amalkan supaya kewangan kita sentiasa selamat.

Nasihat #4: “Buat bajet untuk simpanan dan pelaburan” – Holly dan Greg Johnson

“Cara terbaik untuk selamatkan duit adalah menganggap simpanan seperti bil (yang perlu kita jelaskan setiap akhir bulan).”

Ini kata-kata keramat Holly dan Greg Johnson, pasangan yang asaskan blog ClubThrifty.com, dan pemenang anugerah blog yang fokus kat tip berjimat dalam bab kewangan.

Bagi Tok, nasihat mereka cukup logik. Dengan ini, kita akan anggap simpanan sebagai tanggungjawab utama.

Ia tetapkan gaya fikir (mindset) menyimpan dulu, baru belanjakan baki yang ada. Bukan belanja dulu, baru simpan. Ramai yang buat macam ini, dan akhirnya gagal menyimpan walaupun sikit.

Dengan tetapkan prioriti untuk perkara ini, kita tak ada ruang mencipta alasan untuk tak menyimpan. Sebab ia perkara pertama yang wajib kita lunaskan.

Nasihat #5: “Konsisten ingatkan diri tentang matlamat kewangan yang nak dicapai” – Jim Wang

Blog Bargaineering.com dan WalletHacks.com adalah pemenang anugerah pencapaian sepanjang hayat Plutus Award.

Dan Jim berpengalaman menulis pasal kewangan peribadi selama 10 tahun. Jadi, tak patut kita endahkan nasihat beliau ini.

Tip ini fokus 100% kat cara kita tetapkan matlamat yang nak dicapai. Jim cadangkan kita tulis matlamat kat atas kertas (nota kecil) dan selitkan nota itu kat dalam dompet kita. Supaya senang nak baca setiap kali kita terfikir nak berbelanja.

Seorang mentor Tok ada buat strategi ini. Beliau siap tulis kat duit not RM50. Dah jadi lumrah manusia, kita ada sifat pelupa. Cara ni boleh ingatkan diri kita kat matlamat yang kita nak capai secara konsisten.

Ini dapat elakkan kita jadi hamba duit yang setia. Patut kita yang kawal duit kita, bukan sebaliknya.

Tok berani cakap. Kalau korang amalkan nasihat pakar ini, korang boleh bebas masalah kewangan satu hari nanti.

Ilmu adalah asas dalam semua perkara, termasuk dalam usaha mencapai matlamat kewangan yang korang impikan.

Tak salah mulakan perlahan-lahan. Banglo yang besar pun bermula dengan sekecil bata, kan?

Previous

Apa yang korang wajib tahu pasal Multiple Submission Loan?

Pinjaman perumahan – 3 kesilapan yang ramai pelabur baru buat dan rugikan mereka

Next

Leave a Comment