Tok ada baca posting yang tular berkenaan ada student hartanah tersontot disebabkan multiple submission. Beli hartanah berbijik-bijik, ingatkan boleh untung, sekali sebaliknya terjadi. Yang lagi sedihnya sampai hartanah yang dibeli kena lelong.
Tok bersimpati sangat. Bukan mudah nak ada duit beli hartanah.
Jadi, untuk artikel kali ni, Tok nak kongsikan kat korang apa itu multiple submission loan, keburukan dan kebaikan multiple submission ini.
Jemput hadamkan artikel ini. Kita sama-sama belajar.
–
Multiple submission ni maksudnya korang beli 2 buah rumah (ataupun lebih daripada 2 buah rumah) dalam masa yang serentak dengan bank yang berbeza.
Teknik ni digunapakai bagi orang yang nak beli rumah lebih banyak dalam satu masa.
Multiple submission ni tak sesuai untuk semua orang.
Kenapa?
Sebab bagi newbie yang baru nak berjinak dalam dunia hartanah dan takde pengalaman langsung, sangat bahaya.
Analoginya begini.
Bila ada kereta yang mahal, orang yang pandai memandu kereta tak akan ada masalah untuk bawa kereta tu kemana jua. Nak drive laju pun takde masalah.
Sebaliknya jika orang yang pandu tu langsung tak reti drive kereta (malah tak ada lesen pun), tapi dia bawa juga sebab dia rasa dia ada skill dan dia dah power, memang akan ada masalah. Kemalangan, terbabas, malah dia boleh main langgar je. A driver will determine how he drives the car.
Kalau property tu bagus, ok je nak buat multiple submission.
Kalau property tu tak bagus, beli satu unit je pun boleh bagi masalah.
Boleh faham setakat ni?
Mohon sambung baca sampai habis.
Mungkin ada yang terjebak dengan multiple submission sebab dah terpukau dengan ‘cashback’ sampai tak kira kemampuan kewangan. Perlu di ingat kalau korang nak beli rumah sebagai pelaburan, korang kena jelas dengan strategi sewaan apa nak guna.
Dalam membeli hartanah, penting untuk kita ada multiple option rental. Perlu ada plan A, plan B, plan C dan seterusnya dalam strategi sewaan. Contohnya sewaan per bulan / per rumah / per kepala / per bilik / buat homestay dan sebagainya.
Contoh case study yang Tok boleh kongsikan:
Si A beli hartanah yang bayaran bulanan kepada bank RM5,000 / sebulan. Dengan hartanah ni, dia buat airbnb. Bulanan yang dia dapat hanyalah RM300. Jadi, dia dah negative cashflow RM4,700 / sebulan.
Tu baru satu unit. Kalau dia beli beberapa unit dan multiple submission, tak ke lagi teruk cashflow?
“Jadi Tok, tak elok lah ye buat multiple submission ni?”
Ianya bergantung kepada sejauh mana korang tahu tentang multiple submission.
Nasihat Tok tentang multiple submission ni:
–
Amacam? Dah faham serba sedikit tentang multiple submission ni?
Tok tak galakkan korang buat kalau korang tak tahu langsung tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Yelah, penat – penat kumpul duit nak beli hartanah, ingatkan boleh bagi untung, lain pula jadinya. Sayang kan?
Jangan berhenti belajar.
Tok doakan korang dapat beli hartanah yang betul dan semoga urusan korang dipermudahkan.
Perkongsian ini bermanfaat? Silakan SHARE kepada kenalan dan famili korang biar mereka pun belajar sama – sama.
–
Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.
Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.
Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]