PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Apa anda perlu tahu tentang kawasan Cheras?

Apa yang timbul dalam minda korang bila Tok sebut perkataan ‘Cheras’?

Sebagai salah sebuah kawasan pinggir bandar terbesar di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Cheras menjadi tempat tinggal pilihan ramai.

Salah satu faktor utama adalah masa perjalanan yang singkat. Penduduk di sini boleh sampai ke Pusat Bandar kurang daripada 7 KM.

Bukan setakat itu sahaja. Cheras juga menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lengkap, mudah untuk anda pergi ke mana sahaja tanpa perlu bawa kenderaan sendiri.

Sebelum buat keputusan membeli rumah di sini, ini apa yang korang perlu tahu tentang kawasan Cheras. Jemput hadamkan perkongsian Tok hari ini.

Cheras – Terbahagi kepada Kuala Lumpur dan Selangor?

DJI 0350

Sumber gambar – Gila Hartanah

Terletak bersebelahan di sebelah Ampang, Cheras adalah sub-kawasan yang meliputi sebahagian besar kawasan Kuala Lumpur dan juga Selangor.

Pada 1 Februari 1974, sebahagian besar mukim Cheras (yang berada dalam lingkungan kawasan Kuala Lumpur) dipindahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan, bagi membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ini dilakukan melalui Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur 1974.

Semenjak itu, Cheras dipecahkan menjadi 2 bahagian yang berjiran dalam kawasan Selangor dan juga Kuala Lumpur (Sumber: Harian Metro).

Dengan jumlah kepadatan penduduk yang tinggi, Cheras sekarang semakin maju dengan membekalkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk kehidupan moden masa kini.

Kepadatan penduduk yang tinggi di sini merangkumi daripada jenis demografi yang pelbagai.

Bermakna, spektrum harga rumah dan jenis rumah di sini juga berlainan mengikut kelas pembeli – daripada yang berpendapatan tinggi sehingga ke berpendapatan rendah.

Nak ke Kuala Lumpur atau Seremban, semuanya mudah belaka?

Sumber gambar klia2.info

Sumber gambar – klia2.info

Mudah untuk korang ke mana-mana dari sini ke tempat lain. Ini sebab terdapat pelbagai sambungan lebuhraya yang sudah tersedia.

Antaranya seperti:

  • Terowong SMART,
  • Lebuhraya KL – Seremban,
  • Lebuhraya MEX,
  • Lebuhraya BESRAYA (BEE),
  • Lebuhraya KESAS,
  • Lebuhraya Cheras – Kajang (atau dikenali juga sebagai Lebuhraya Grand Saga),
  • Lebuhraya SILK, dan
  • MRR2.

Selain sambungan lebuhraya, korang juga ada akses mudah ke jalan raya utama seperti Jalan Loke Yew, Jalan Tun Razak, dan juga Jalan Cheras.

Sumber gambar klia2.info2

Sumber gambar – klia2.info

Tak cukup dengan itu, korang juga ada akses mudah ke kemudahan pengangkutan awam seperti stesen LRT dan juga MRT.

Antara stesen LRT dan MRT yang berdekatan seperti:

  • Stesen MRT Maluri,
  • Stesen MRT Cochrane,
  • Stesen MRT Taman Midah,
  • Stesen MRT Taman Pertama,
  • Stesen MRT Taman Mutiara,
  • Stesen LRT Maluri,
  • Stesen LRT Pandan Jaya,
  • Stesen LRT Miharja,
  • Stesen LRT Chan Sow Lin, dan
  • Stesen LRT Cheras.

Apa kemudahan lain yang tersedia di sini?

Sumber gambar tsitd.com

Sumber gambar – tsitd.com

Nak cari barangan runcit, keperluan harian, dan makanan dan minuman dekat sini? Ini pun bukan satu masalah kalau korang menetap dekat Cheras.

Penduduk di sini juga ada akses mudah ke pusat membeli-belah yang dekat belaka. Antaranya seperti:

  • IKEA Cheras,
  • MyTOWN Shopping Centre,
  • Sunway Velocity Mall,
  • Cheras Leisure Mall,
  • EkoCheras Mall,
  • AEON Cheras Selatan,
  • AEON Taman Maluri,
  • Giant Hypermarket Cheras,
  • AEON BIG Tun Hussein Onn,
  • AEON Cheras Selatan, dan
  • Tesco Cheras.

Kalau nak keluar jauh sikit, korang boleh sampai ke Mid Valley Megamall, The Gardens, dan Pavilion. Dua pusat membeli-belah ini terletak kurang 12KM daripada Cheras. Dekat, kan?

Macam mana pula dengan sekolah dan pusat akademik?

Sumber gambar ucsiuniversity.edu .my

Sumber gambar – ucsiuniversity.edu.my

Dekat Cheras juga, terdapat pelbagai pilihan sekolah dan pusat pengajian tinggi yang dekat belaka.

Antara pilihan yang ada seperti:

  • Wawasan Open University,
  • Taylor’s International School,
  • Universiti UCSI (Taman Connaught),
  • Kolej Teknologi YPC,
  • Cybernetics International College of Technology,
  • Masterskill College of Health Cheras,
  • UKM Medical Molecular Biology Institute,
  • Kolej Reliance.

Antara sekolah yang ada di sini pulak, termasuk:

  • SMK Seri Bintang Smart School,
  • SK Yacoob Latif,
  • SK Cochrane,
  • Kang Ming Pri-School, dan
  • Chin Woo Pri-School.
  • SMK Cheras,
  • SK Seri Cheras,
  • SMK Bandar Tun Hussein Onn 2,
  • SK Bandar Tun Hussein Onn 2,
  • SJK (Cina) Connaught,
  • SJK (Cina) Batu 9,
  • SJK (Cina) Batu 11, dan
  • SK Cheras Indah.

Kalau ahli keluarga sakit, dekat mana hospital yang terdekat di sini?

Sumber gambar ibanding.com

Sumber gambar – ibanding.com

Ini pun, korang tak perlu risau. Paling dekat korang boleh pergi adalah:

  • Pantai Hospital Ampang,
  • Prince Court Medical Centre,
  • Pantai Hospital Cheras,
  • Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre,
  • Columbia Asia Hospital – Cheras.

Jadi, berbaloi ke beli rumah dekat Cheras?

Pada pendapat personal Tok, kawasan Cheras sudah mencapai tahap matang. Jadi, korang boleh jangkakan pelbagai kemudahan yang lengkap tersedia dekat sini.

Sambungan lebuhraya juga banyak. Bermakna, mudah untuk korang ke mana-mana dengan mudah.

Tak rugi jadikan kawasan Cheras sebagai tempat pilihan untuk duduk sendiri, ataupun untuk tujuan pelaburan. Semoga analisa kawasan Cheras ini dapat bantu korang buat keputusan yang bijak.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *