Dari kiri: Jason Tan (Konsultan, wakil dari Hansgrohe, dan penaja utama), Rachel Gianchandani (Pengarah Pembangunan Perniagaan, PropertyGuru International), Sheldon Fernandez (Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia), Prem Kumar (Pengerusi jawatankuasa pengadil & Pengarah Eksekutif Jones Lang Wootton), Audrey Chan (Rakan kongsi - Audit, BDO), Pauline Rungruengrayupkul (Pengurus Anugerah Penyertaan, PropertyGuru International).

19 pemaju yang menang Anugerah Hartanah Asia Tenggara (Malaysia) 2016.

Pelopor industri hartanah Malaysia telah mengumumkan senarai rasmi pemaju yang memenangi Anugerah Hartanah Asia Tenggara (Malaysia) 2016.

SEA Property Award Malaysia

Ini merupakan tahun ke-3 bagi anugerah penuh berprestij ini, yang dianjurkan kumpulan PropertyGuru.

PropertyGuru

Genting Property mendominasi 4 anugerah bagi kategori pembangunan kediaman.

Antara 2 projek yang berjaya tercalon adalah The Raintree dan The Crystal.

2 projek ini bersaing antara satu sama lain bagi mendapatkan anugerah Pembangunan Rumah Kediaman Terbaik (Best Housing Development) untuk kawasan selatan Malaysia.

3 nama besar dalam industri – Sime Darby Property Berhad, United Malayan Land Berhad (UMLand), dan juga Pacific Star Group – meraih 3 pencalonan bagi kategori projek kondominium kelas pertengahan dan mewah.

Projek ini terletak di kawasan selatan dan juga pusat bandar Malaysia.

Meraikan pencapaian pemaju tersohor negara ini.

Sime Darby dan UMLand, yang berjaya meraih kategori anugerah Pemaju Terbaik pada tahun lepas, berjaya letakkan diri mereka dalam senarai pendek tahun ini bagi merebut peluang memenangi kategori Pengiktirafan Khas dan Pembangunan Mampan.

Ia merupakan kategori terbaru yang dimuatkan dalam anugerah tahun ini.

Anugerah yang berlangsung selama 3 tahun berturut-turut ini telah mengumpulkan pemaju-pemaju negara bagi meraikan pencapaian mereka, walaupun terdapat cabaran dalam industri ini sejak beberapa tahun yang lalu.

Prem Kumar, Pengarah Eksekutif Jones Lang Wootton, dan juga seorang veteran yang berpengalaman selama 30 tahun dalam industri hartanah negara, dilantik menjadi pengerusi panel hakim bagi anugerah tahun ini.

Sektor hartanah Malaysia yang terkenal kerana sifat daya tahan dan pertumbuhan yang baik untuk jangka panjang, tidak akan terjejas oleh pasaran hartanah yang lembap, ulas beliau.

Ini kerana wujudnya dasar-dasar kerajaan yang sentiasa menggalakan pertumbuhan sektor ini, sebagai salah satu penyumbang utama kemajuan ekonomi negara.

Kembalinya Anugerah Hartanah Asia Tenggara (Malaysia) untuk tahun ke-3, menjadi bukti kukuh yang mendukung fakta ini.

Platform pameran inovasi dan pembangunan bertaraf dunia.

Pelabur juga memainkan peranan dalam memanaskan lagi pasaran hartanah negara, dengan menumpukan perhatian dalam hal peningkatan modal jangka panjang (long-term capital appreciation).

Ini fakta berdasarkan laporan sentimen pelabur Malaysia daripada PropertyGuru.

“Kami gembira untuk kongsikan senarai pendek rasmi bakal pemenang Anugerah Hartanah Asia Tenggara (Malaysia) untuk meraikan perkembangan sektor hartanah yang baik di negara ini.”

“Walaupun industri ini pasti menghadapi beberapa halangan pada suku tahun yang lepas, program ini mengiktiraf kekuatan hartanah Malaysia dan menyediakan platform yang boleh dipercayai.”

“Tujuan utama anugerah ini adalah untuk mempamerkan inovasi dan pembangunan bertaraf dunia kepada audien yang luas.”

Ini adalah kata-kata Terry Blackburn, pengasas dan pengarah urusan Anugerah Hartanah Asia yang kini bakal berlangsung untuk tahun yang ke-11.

Pemenang anugerah ini akan bertanding untuk Anugerah Hartanah Asia Tenggara yang terakhir pada bulan November tahun ini di Singapura.

Selain senarai pendek ini (jumlah keseluruhan sebanyak 19 pencalonan), editor majalah terkemuka industri hartanah, Property Report, akan berikan anugerah Real Estate Personality of the Year kepada individu yang telah berikan sumbangan besar dalam sektor hartanah pada tahun lepas.

Ini adalah satu-satunya anugerah yang tidak dipilih oleh panel hakim.

Nak datang ke anugerah berprestij ini? Tempah tiket anda sekarang.

Yang Amat Berhormat, Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) disahkan menjadi Tetamu Kehormat Malam Gala Anugerah Hartanah Asia Tenggara (Malaysia) 2016.

Ia menjangkakan kedatangan kira-kira seramai 300 orang tetamu.

Anugerah ini mendapat sokongan penuh daripada Hansgrohe (penaja utama dan pengeluar global produk bilik air inovatif) dan Property Report (rakan media rasmi dan hos persidangan hartanah kos mewah, Property Report Congress Malaysia 2016).

Kongres ini bakal muncul buat kali pertama di Kuala Lumpur sebelum Anugerah Malam Gala berlangsung, serta rangkaian 16 juta pengguna Kumpulan PropertyGuru, termasuk portal hartanah No.1 Malaysia, PropertyGuru.com.my.

Tiket awal (early bird tickets) untuk acara hartanah terulung di Malaysia ini hanya ditawarkan sehingga 26 Julai sahaja.

Nota: Untuk membeli tiket sekarang atau mendapatkan maklumat lanjut, hubungi mereka dengan melayari laman web rasmi (klik sini), atau hantar emel kepada info@asiapropertyawards.com.

Senarai lengkap calon rasmi Anugerah Hartanah Asia Tenggara (Malaysia) 2016.

Kategori Pemaju – Anugerah Pengiktirafan Khas Pembangunan Lestari.

  • Sime Darby Property Berhad.
  • United Malayan Land Berhad (UMLand).

Kategori Pembangunan –  Anugerah Pembangunan Kediaman Terbaik (bagi kawasan Utara Malaysia).

  • Moulmein Rise (Luxury Suites) by Belleview Group.
  • Upper East @ Tiger Lane, Ipoh by Curah Bahagia Sdn Bhd.

Kategori Pembangunan – Anugerah Pembangunan Kondominium Mewah Terbaik (bagi kawasan Pusat Bandar Malaysia).

  • Serai, Bukit Bandaraya, KL by BRDB Developments Sdn Bhd.

Kategori Pembangunan – Anugerah Pembangunan Kondominium Kos Sederhana Terbaik (bagi kawasan Pusat Bandar Malaysia).

  • BSP21 by LBS Bina Group Berhad.
  • Serini Melawati by Sime Darby Property Berhad.
  • Skyz Residence by IOI Properties Group Berhad.

Kategori Pembangunan – Anugerah Pembangunan Perumahan Terbaik (bagi kawasan Pusat Bandar Malaysia).

  • Clusia by Sime Darby Property Berhad.
  • Elymus Resort Homes by Matrix Concepts Sdn Bhd.
  • Tamansari, Rawang by BRDB Developments Sdn Bhd.

Kategori Pembangunan – Anugerah Kondominium Mewah Terbaik (bagi kawasan Selatan Malaysia).

  • Imperio Residence by Hatten Group Sdn Bhd.
  • Puteri Cove Residences by Pacific Star Group.

Kategori Pembangunan – Anugerah Kondominium Kos Sederhana Terbaik (bagi kawasan Selatan Malaysia).

  • D’Lagoon – Development by the Lake by United Malayan Land Berhad (UMLand).
  • The Atlantis Residences @ Kota Laksamana, Melaka by Asal Harta Sdn Bhd.

Kategori Pembangunan – Anugerah Pembangunan Perumahan Terbaik (bagi kawasan Selatan Malaysia).

  • The Crystal by Genting Property.
  • The Raintree by Genting Property.

Kategori Pembangunan – Anugerah Pembangunan Komersial Terbaik.

  • Medini 10 by Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd.

Kategori Pembangunan – Anugerah Pembangunan Bercampur Terbaik.

  • D’Sara Sentral by Mah Sing Group.

Kategori Reka Bentuk – Anugerah Reka Bentuk Projek Perumahan Terbaik.

  • City Of Dreams by EweinZenith Sdn Bhd.
  • Puteri Cove Residences by Pacific Star Group.
  • The Crystal by Genting Property.

Kategori Reka Bentuk – Anugerah Reka Bentuk Dalaman Projek Perumahan Terbaik.

  • Puteri Cove Residences by Pacific Star Group.
  • The Crystal by Genting Property.

Kategori Reka Bentuk – Anugerah Reka Bentuk Seni Bina Landskap

  • D’Lagoon – Development by the Lake by United Malayan Land Berhad (UMLand).

Nota: Anugerah Pemaju Terbaik, Pemaju Butik Terbaik, Pembangunan Perumahan Terbaik (Malaysia) dan Pembangunan Komersial Terbaik (Malaysia) akan diumumkan di Malam Gala pada 11 Ogos 2016, bertempat di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.

Leave a Reply